[68.6] Siapakah orangnya yang gila di antara kamu semua.
[68.7] Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk.
Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) bersama-sama- Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) akan mengadakan Ekspedisi Dakwah atau 'Ziarah Kasih' sempena Sambutan Malam Tahun Baru 2010 malam ini.
Program yang akan diketuai oleh Ketua DPPP, Nasrudin Hasan itu dan turut disertai oleh muslimat dan Nisa' Wilayah Persekutuan bermula jam 10 malam dan akan berakhir pada jam 12 malam.
ULAMA' & USTAZ
POLITIKUS
SAHABAT
EX-FALAHIAH
SAHABAT D'GAMIS
TANZIM ISLAM
TEMAN2 ARTIS
Feedjit Live
Ziarah Kasih Dari DPPP, Muslimat & Nisa'
Thursday, December 31, 2009Posted by abusafuan at 12/31/2009 05:18:00 PM 0 comments
Labels: Dakwah
Mana Satu Pemimpin Kita?
Wednesday, December 30, 2009Assalamua’laikum..
[14.26] Dan bandingan Kalimah yang jahat dan buruk samalah seperti sebatang pohon yang tidak berguna yang mudah tercabut akar-akarnya dari muka bumi; tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup.
[14.27] Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat; dan Allah menyesatkan orang-orang yang berlaku zalim (kepada diri mereka sendiri); dan Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendakiNya.
Posted by abusafuan at 12/30/2009 04:25:00 PM 0 comments
MAJLIS DIALOG ANTARA KAUM
Thursday, December 24, 2009Posted by abusafuan at 12/24/2009 05:42:00 PM 0 comments
Labels: Dakwah
Palestin & Kita...
[2.120] Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.
Pakar air bawah tanah Palestin, Nizar al-Wahidi memberi amaran pada Isnin lepas bahawa pembinaan dinding keluli di sempadan Palestin-Mesir merupakan satu ancaman serius kepada sumber air bawah tanah di Semenanjung Gaza.
Posted by abusafuan at 12/24/2009 07:58:00 AM 0 comments
Labels: Palestin
Kempen Daftar Pemilih
Wednesday, December 23, 2009Assalamualaikum w.b.t.
[23.28] "Kemudian apabila engkau dan orang-orang yang bersamamu telah berada di atas bahtera itu maka hendaklah engkau (bersyukur kepada Allah dengan) berkata: ` Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menyelamatkan kami daripada orang-orang yang zalim '.
Kepada para blogger PAS khususnya di kawasan Pasir Gudang dan kawasan-kawasan lain juga, harap dapat menyahut kempen pendaftaran pemilih baru.
Untuk makluman, berdasarkan daftar pemilih terkini sehingga Mac 2009, UMNO lebih terkehadapan dan agresif mendaftarkan pengundi dengan nisbah 10:1 (10 pengundi ahli UMNO, 1 pengundi ahli PAS).
Posted by abusafuan at 12/23/2009 04:47:00 PM 0 comments
Labels: SPR
Hilang RM50 Juta, Macam Hilang 50 Sen
Assalamua'laikum
[30.41] Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).
Berita yang nendukakan hati pak cik dan mak cik era sebelum merdeka. Kita sanggup bergadai harta dan jiwa untuk sebuah kemerdekaan sampai tinggal sehelai sepinggang. Bila sudah merdeka enjin jet yang digunakan untuk mempertahankan negara hilang pun boleh wat dek je.. memang panas.
Posted by abusafuan at 12/23/2009 10:36:00 AM 0 comments
Labels: Isu Semasa
Tarbiyah Tulen VS Semangat Kepartisan
Wednesday, December 16, 2009Assalamua’laikum wbt
[5.54] Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya.
Alhamdulillah pada 12 Desember 2009 yang lalu Pas Kawasan Pasir Gudang dengan kerjasama Pas Kawasan Tebrau telah mengadakan suatu seminar yang diberi nama seminar memperkasakan parti. Antara tujuan seminar ini diadakan adalah untuk memberi penerangan kepada semua ahli berkenaan dengan hala tuju pas yang sebenar biarpun mungkin sesetengah ahli sudah hadam dan tahu tentang perkara ini.
Posted by abusafuan at 12/16/2009 05:38:00 PM 1 comments
Labels: Tarbiyah
MY BLOG
Friday, December 11, 2009Assalamua’laikum wbt.
[30.8] Patutkah mereka merasa cukup dengan mengetahui yang demikian sahaja, dan tidak memikirkan dalam hati mereka, (supaya mereka dapat mengetahui), bahawa Allah tidak menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya itu melainkan dengan ada gunanya yang sebenar, dan dengan ada masa penghujungnya yang tertentu, (juga untuk kembali menemui Penciptanya)? Dan sebenarnya banyak di antara manusia, orang-orang yang sungguh ingkar akan pertemuan dengan Tuhannya.
Bila mana suasana yang dipaksa mencorakkan diri dan bukannya kita yang mencorakkan suasana banyak perkara yang menjadi korban, termasuklah laman blog yang sentiasa saya rindu untuk sama-sama berkongsi pahit manis perjuangan hidup bersama dengan pembaca budiman sekalian. Selepas balik ke kampong minggu lalu untuk sama – sama merayakan eiduladha bersama keluarga, sanak saudara dan sahabat handai, banyak pengalaman menarik yang saya kutip tapi malangnya tidak punya kesempatan untuk menaip dan berkongsi dengan pembaca.
Posted by abusafuan at 12/11/2009 11:14:00 AM 0 comments
Labels: Mau'izah
SOLAT HAJAT UNTUK FAMILY DAY (AUK) SEMALAYSIA
Wednesday, December 9, 2009Posted by abusafuan at 12/09/2009 05:35:00 PM 0 comments
Hari Keluarga PAS Cawangan Taman Air Biru
Monday, November 23, 2009Assalamua’laikum wbt.
Posted by abusafuan at 11/23/2009 04:30:00 PM 1 comments
Maher Zain & InshaAllah Memukau Hati Saya!
Thursday, November 19, 2009Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
Posted by abusafuan at 11/19/2009 01:07:00 PM 0 comments
Labels: Halwa Qalbi
Sedikit Tentang Kahwin
Sunday, November 15, 2009Terdapat pelbagai reaksi di kalangan golongan muda terhadap realiti gerbang perkahwinan. Malah Ketua Perunding Psikologi, Pusat Psikologi Malaysia, Dr Edward Chan berkata pasangan remaja kini lebih mementingkan kehebatan majlis perkahwinan daripada pengisian hubungan sebagai suami isteri. Beliau juga berpendapat betapa pasangan remaja ini banyak menekankan tentang hubungan seks pada awal perkahwinan, tetapi tidak kepada penekanan terhadap hubungan sebenar dalam sesebuah perkahwinan. (Akhbar KOSMO m/s 4, Khamis 16 MAC 2006)
Namun yang amat mendukacitakan pada zaman mutakhir ini, ramai pemuda muslim menahan diri untuk segera menikah kerana takut pada beban tanggungjawab yang akan dipikul walaupun sudah sampai seru@
sudah pandai berkasih-kasihan dengan kaum bukan sejenis mereka. Hari ini kita melihat ramai pemuda Islam
Posted by abusafuan at 11/15/2009 02:42:00 PM 2 comments
Labels: Munakahat
Generasi Baru Islam...
Friday, November 13, 2009Assalamua'laikum wbt
Masih ingat kah lgi teman-teman tentang kehebatan generasi baru umat Islam di bumi bertuah Malaysia ini. Di sini, mari kita sama-sama tonton, dengar dan hayati sajak yang disampaikan oleh beliau. Jangan hanya menghayati secara tersurat dan membuat andaian secara persepsi tetapi renugilah dan ambillah iktibar daripadanya.
"Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, Rasul-Nya, dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan solat dan menunaikan zakat, seraya mereka tunduk (kepada Allah). Dan barangsiapa mengambil Allah, Rasul-Nya dan orang-orang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhnya pengikut (agama) Allah itulah yang pasti menang." (Surah Al-Maaidah 55 & 56)
Posted by abusafuan at 11/13/2009 08:17:00 AM 0 comments
Di Mana Garisan Keikhlasan Kita?
Wednesday, November 11, 2009Assalamua’laikum wbt..
Persoalan demokrasi, pilihan raya dan perjuangan Islam telah dibincangkan dengan meluas oleh para ulama dan sarjana Islam. Kefahaman terhadap isu-isu berkaitan, adalah amat penting di dalam meneruskan gerakan dan merangka strategi menghadapi musuh Islam. Era globalisasi kini telah memperlihatkan kejelekan musuh-musuh Islam berselindung di sebalik demokrasi dan pilihan raya di dalam meluaskan pengaruh mereka untuk menguasai dunia.
Strategi Amerika melancarkan ‘perang salib’ moden (crusader) yang dinamakan ‘War Against Terrorism’ juga telah menjadikan demokrasi sebagai alasan mereka melancarkan serangan terhadap Iraq, Afghanistan dan Somalia serta melindungi Zionis memusnahkan umat Islam di Palestin dan menceroboh masjid Al-Aqsa.
Posted by abusafuan at 11/11/2009 08:52:00 PM 1 comments
SABTU CORNER...!
Wednesday, November 4, 2009Assalamua’laikum wbt.
Mukaddimah
Corak warna politik Malaysia semakin hari semakin berwarna warni, pelbagai isu cuba diketengah dan dipanaskan. Tidak lain dan tidak bukan bagi, meraih simpati rakyat, ni mungkin pandangan masyarakat umum biasa tetapi bagi kita sebagai pendokong ahli gerakan Islam isu dimainkan kerana untuk menuntut kebenaran bukannya semata-mata untuk menagih simpati rakyat. Itu mukadimmah saya..
Posted by abusafuan at 11/04/2009 07:35:00 PM 0 comments
Labels: Politik
Haji Menuju Allah
Saturday, October 31, 2009Assalamua'laikum wbt
kalau tak silap saya pada 20.Oktober yang lalu jemaah haji pertama dari Malaysia telah berangkat ke Mekah bagi menunaikan haji pada musim ini.
Pada 24.Oktober pula nenek dan mak ngah saya juga telah berangkat ke Mekah bagi menyahut seruan Allah menunaikan rukun Islam ke 5 itu.
Posted by abusafuan at 10/31/2009 11:49:00 AM 0 comments
Mahkota Tarbiyah
Thursday, October 29, 2009Forest Gump adalah seorang anak yang cacat kaki dan harus berjalan tertatih-tatih dengan menggunakan alat bantu. Di sisi lain, ia menjadi seorang anak yang terkebelakang mental dan sulit untuk berbicara. Kondisi ini membuat Forest menjadi minder di kalangan teman-temannya dan selalu menjadi bahan cemohan.
Posted by abusafuan at 10/29/2009 04:45:00 PM 0 comments
Labels: Tarbiyah
Pesan Pada Diri..
Monday, October 26, 2009Assalamua'laikum wbt.
Manusia hanya akan beroleh ketenangan apabila fitrah atau rohaninya terisi, subur dan sihat. Yang dimaksudkan dengan kerohanian yang subur dan sihat ialah persediaan dan keteguhan hatinya untuk mengalahkan musuh-musuh batin, iaitu syaitan dan hawa nafsu. Musuh batin ini sangat payah untuk ditumpaskan jika kita tidak mempunyai persediaan asas yang lengkap.
Posted by abusafuan at 10/26/2009 08:02:00 PM 0 comments
Pasca Ijab Dan Kabul (Akhi Firdaus & Ukhti Fazreen)
Saturday, October 24, 2009Assalamua'laikum wbt.
(sila layari laman perkahwinan ini)
Posted by abusafuan at 10/24/2009 10:36:00 AM 1 comments
Labels: Munakahat
Carilah Perbendaharaan Yang Kekal.
Wednesday, October 21, 2009Kurnia dan nikmat Allah yang banyak adalah harta simpanan yang abadi bagi pemiliknya. Hanya itulah yang akan mengiringi mereka menuju tempat tinggal abadi. Yakni,keIslaman,keimanan,ihsan, amalan yang baik, ketaqwaan, jihad, taubat dan kembali ke jalanNya:
Posted by abusafuan at 10/21/2009 04:44:00 PM 0 comments
Dedikasi Untuk Akhi Firdaus Sempena Walimahnya Pada 17.10.2009
Saturday, October 17, 2009 Assalamua'laikum wbt.
Posted by abusafuan at 10/17/2009 07:38:00 PM 0 comments
Say No To Pork
Thursday, October 15, 2009
Video di atas antara hikmah kenapa syariat Islam mengharamkan babi. Semoga bermanfaat untuk kita semua. Sebarkan
Posted by abusafuan at 10/15/2009 07:15:00 PM 0 comments
KETIKA CINTA BERTASBIH
Wednesday, October 14, 2009
satu lagi cerita yang telah dibikinkan hasil daripada adaptasi sebuah novel ketika cinta bertasbih 1 & 2, karya pak habib. tahniah kepada Pak Habib saya ucapkan. Semoga terus maju berkarya terutamanya dalam menyampaikan mesej-mesej dakwah cinta yang sebenar dan hasilnya jelas mampu memberi impak positif kepada jiwa muda mudi sekarang. Semoga ia bermanfaat untuk kita semua...
Posted by abusafuan at 10/14/2009 07:17:00 PM 0 comments
Dekat Di Mata, Dekat Di Hati
Tuesday, October 6, 2009Assalamua’laikum
‘To know You is To Love You’ antara salah satu tajuk lagu nasyid yang dinyanyikan oleh saudara Suhaimi dalam album Kias Cinta, lagunya telah menarik hati saya untuk menulis artikel pada malam ini. Tapi bukanlah maksud saya untuk menulis makna tersirat atau tersurat tentang lagu tersebut tetapi hanya cuba untuk melontarkan pandangan berdasarkan pembacaan-pembacaan saya untuk dikaitkan dengan peristiwa semasa yang terjadi mutakhir ini.
Hari ini kita melihat ramai manusia yang telah lupa asal usulnya.. asal usul sebagai hamba, hamba yang datang dari Pencipta yakni Allah Tuhan yang maha Esa dan hamba yang akan kembali semula kepada Tuhannya. Bermula hanya dengan setitis mani yang hanyir kalau jatuh ke tanah ayam tak patuk itik tak sudu pun. Tiba-tiba, apabila dikurniakan akal yang sihat dan mampu berfikir secara waras kononnya, makhluk yang bergelar manusia ini boleh menjadi musuh Allah yang tegar melakukan maksiat kepada Tuhannya..Nau’zubillah
Allah terus dan terus saja menzahirkan sifatNya yang maha penyayang dan maha kuasa kepada hamba-hambaNya. Walaupun hamba-hambaNya sentiasa lupa dan tidak mahu mengingatiNya. Namun Dia sentiasa saja mahu “berbicara” dengan hamba2Nya baik manusia, haiwan, angin, air, tumbuhan dan sebagainya dalam pelbagai bentuk suasana “bicara” sama ada hambaNya itu sedar ataupun tidak sedar, tidak lain dan tidak bukan supaya hambaNya sentiasa mengingatiNya. Jadi Sentiasalah mengingatiNya.. Peristiwa yang melanda Asean sekarang ini seperti taufan Ketsana di Filipina dan Vietnam serta gempa bumi di Jawa Barat Indonesia menunjukkan sifat maha penyayang Nya kah atau sifat maha Kuasa Nya kah?
Jawapannya terpulang pada kita bagaimana kita memandangnya tetapi bagi orang beriman mereka akan sentiasa mengambil ibrah daripada apa saja yang berlaku. Sama ada dalam keadaan susah atau pun senang, bahagia atau derita, sengsara atau gembira semuanya itu datang dari Allah untuk mengingatkan hamba-hambaNya supaya jangan lupakanNya. Bagaimana kita bias mengingatiNya kalau Dia pun kita tidak kenal? Bagaimana pula untuk mengenaliNya?
Teringat saya kepada Kata Ustaz Al-Gazzali dalam buku Aqidah Muslim menjelaskan ketidak mampuan manusia ini, “Demikianlah, dan yang menyebabkan akal kita tidak mampu untuk mengetahui itu ialah dua hal! Pertama kerana tersembunyinya dirinya, dan kerana gelapnya. Dan ini tidak perlu diterangkan. Dan yang kedua kerana teamat jelasnya. Sebagai contoh
Binatang Kalong itu dapat melihat di waktu malam, dan tidak dapat melihat di waktu siang. Sebabnya bukanlah kerana siang itu gelap dan tersembunyi, tetapi adalah kerana teramat terangnya. Penglihatan kalong itu lemah, hingga silau ditimpa cahaya matahari. Maka kerana amat terangnya waktu siang dan lemahnya alat penglihatannya, terhalanglah penglihatan itu, hingga ia tidak dapat melihat sesuatu, kecuali bila cahaya itu remang-remang dan tidak terlalu keras atau terik. Demikianlah pula otak kita amat lemah, dan keindahan kudrat Ilahi demikian terang dan cemerlang, dan teramat luas serta meliputi, hingga tidak satu atom pun di kerajaan langit dan bumi yang menyaksikan wujudNya yang amat sempurna, Maka teramat terang serta jelas itulah yang menjadi sebab tersembunyiNya, dan Maha Sucilah Ia yang terhalang penampilanNya oleh sinar cahayaNya dan tertutup dari pandangan dan penglihatan kehadiranNya. Jadi tepuk dada Tanya Iman masing-masing sejauh manakah kita rasa berTuhan di dalam hati dan kehidupan ini. Sama-samalah kita belajar mencari hikmahNya dalam setiap apa yang berlaku.
Sedarkah kita? Mulianya kita adalah kerana Islam yang ada pada kita. Islam yang mengajar kita hidup bertuhan, kita adalah suatu kaum yang Allah muliakan kita dengan Islam, selama mana kita mencari kemuliaan selain apa yang dimuliakan oleh Allah, maka kita akan dihina oleh Allah. Wal’iyazubillah, Justeru kepentingan gabungan kekuatan Iman dan Ilmu sangat dominan bagi melahirkan manusia unggul yang merasa dirinya sentiasa bertuhan dalam erti kata lain mampu menimplimentasikan akhlah seorang muslim yang sejati sama ada dalam khalayak umum atau pun ketika bersendirian serta pada zahirnya atau dalam batinnya. Kita malu bila mana seorang intelektual barat yang baru memeluk Islam berkata “ syukur kepada Allah kerana memperkenalkan aku kepada Islam dulu sebelum memperkenalkan ku kepada Muslim” Bukanlah niatnya untuk menghina muslim tapi bagi mereka yang makan cili sudah semestinya akan terasa pedasnya. Ironiknya realiti yang berlaku kepada umat Islam yang ada pada hari ini tidak sama dengan ajaran yang dianjurkan dalam agama Islam itu sendiri.
Pernahkah saudara dengar orang berkata ‘aku melihat Islam di Eropah sedangkan muslim ramai di tanah Arab’? Sudah tentu pernah kan, terutamanya bagi mereka yang pernah berkunjung ke negara Eropah. Islam adalah untuk semua bukan hanya untuk bangsa Arab ataupun bangsa Melayu sahaja. Sepertimana firman Allah dalam surah al-Maidah ayat 54 yang bermaksud:
[5.54] Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya.
Begitulah juga kaum Arab mahupun kaum Melayu jika mereka tidak inginkan Islam maka Allah akan gantikannya dengan kaum yang lain seperti mana maksud ayat di atas.
Kata Albert Einstein “ Sesungguhnya inti kesedaran beragama pada pokok dasarnya ialah agar kita mengetahui bahawa Zat yang tak ada jalan buat mengetahui hakikatNya itu benar-benar ada. Dan Ia menampakkan diriNya dengan bukti-bukti hikmat yang paling tinggi dan cahaya keindahan yang paling agung. Dan saya tak dapat membayangkan betapa seorang yang benar-benar sarjana tidak mengetahui bahawa prinsip-prinsip yang betul tentang alam wujud ini dibina atas dasar hikmat yang menjadikannya dapat difahami oleh akal. Maka ilmu tanpa Iman adalah seperti berjalannya orang pincang (cacat), sedangkan Iman tanpa Ilmu adalah seperti meraba-rabanya orang yang buta.
Justeru, Dekat Di Mata itu bermaksud bila mana kita mampu melihat dalil wujudnya Allah yakni adanya alam ini dengan pancaindera yang dipandu iman yang sejahtera sehingga sampai kepada mata hati yang akan membenarkan dan membesarkan Allah dan demikianlah pula yang akan menerbitkan makna Dekat Di Hati yakni hati yang sentiasa mengingati Allah dan merasa dirinya bertuhan.
Sekian
(abusafuan.blogspot.com)
Posted by abusafuan at 10/06/2009 12:15:00 PM 0 comments
MAKLUMAN PENTING
Sunday, October 4, 2009Kepada semua kawan-kawanku batch SPM 2004 SMKA Falahiah yang berminat untuk menyatukan semula ukhwah kita yang mungkin telah gersang dan kering anda bolehlah memaklumkan kepada saya beberapa perkara berikut:
1. Nama penuh seperti dalam IC
2. Alamat Tetap.
3. No IC
4. No Handphone
5. Emel
6. Blog (jika ada)
7. Status sekarang (Kerja @ Belajar dan nyatakan tempat kerja & belajar)
Sila hantar maklumat di atas kepada saya melalui emel di khalifah_soleh@yahoo.com atau SMS kan kepada nombor 0197892505.
Antara tujuannya adalah untuk saya (moderator) menjemput (invite) anda join ke yahoogroup kita yang baru ditubuhkan yang diberinama syababfalahiah04. Justeru itu juga sebarang maklumat terkini akan dimaklumkan melalui yahoogroup ini nanti. Sebarang isu semasa, perkembangan terkini kawan-kawan kita, hebahan-habahan berita dan lain-lain lagi juga sangat dialu-alukan melalui yahoogroup ini selagi mana tidak bercanggahan dengan hukum syarak. Sebarkan.
[49.10] Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.
Sekian..
Posted by abusafuan at 10/04/2009 09:13:00 AM 0 comments
REDHA
Wednesday, September 30, 2009Assalamu'alaikum
Usah di salahkan takdir yang melanda
Renung kembali sejarah silam
Dengan membiarkan ku sendiri
Ku terumbang ambing mengenal diri
Mujurlah Allah itu mengasihi
Aku diberi arah petunjuk
Berlindung dengan Allah
Menerus kehidupan
Ku mengenal makna
Dosa dan pahala
Dengan kehendakNya
Kau datang semula menghampiri ku
Dan aku terpaku
Hingga ku hilang tiap bicara
Bukan ku menjauhi
Tetapi amat sukar sekali
Bila kenang kembali
Aku disisih dan dibuang ke tepi
Malah aku tidak dipeduli
Allah Maha Mengetahui
Yang ada di hati
Biar Dia menentukannya
Usah disalahkan takdir yang melanda
Renung kembali sejarah silam
Ku redha dan sedia, terima
Yang tertulis dalam kehendakNya
Lagu : Syah Inteam (inteam Records)
& Salleh Brotherz (Arteffects Productions)
Lirik : Lukman S. (Inteam Records)
Hakcipta : Inteam Records
Penerbit : Frizdan
Susunan Muzik : Along Exist
Tabla & Udu : Ijan ASK
Posted by abusafuan at 9/30/2009 08:56:00 PM 0 comments
Eidulfitri di Kampung..
Sunday, September 27, 2009
Posted by abusafuan at 9/27/2009 11:24:00 PM 0 comments
SALAM EIDULFITRI KEPADA SEMUA UMAT ISLAM
Thursday, September 17, 2009Ramadhan bakal melabuhkan tirainya beberapa hari lagi. Bagi mereka yang bertaqwa dan merasa kemanisan beribadat dalam bulan Ramadhan ini pasti akan merasa sedih, pilu, sebak dan bimbang pemergian Ramadhan nanti. Bimbang kerana takut tiada lagi kesempatan untuk berjumpa dengan Ramadhan akan datang yang telah mendidik kita untuk mengenal erti perjuangan dan pengorbanan. Lebih-lebih lagi kita sebagai pendokong agama Islam yang pada kita terpikul amanah yang sangat berat. Sahabat bertanya kepada Rasulullah adakah bila mana berlalunya Ramadhan maka itu adalah suatu musibah yang besar kepada manusia? Rasulullah menjawab : Ya.. Justeru ini menunjukkan bahawa Ramadhan yang kita gelar sebagai Madrasah Tarbiyah atau University Of Tarbiyah ini telah banyak mengajar kita tentang kehidupan sebenar dan rugilah bagi mereka yang tidak mengambil kesempatan untuk meningkatkan ibadah kepada Allah dalam erti kata memenuhi maksud sebenar hidup kita diutuskan sebagai hamba.
Di malam 1 Syawal sehingga menunaikan solat sunat eidulfitri pada 1 Syawal nanti kita diingatkan pula oleh Rasulullah saw supaya memperbanyakkan bertakbir dan bertahmid iaitu membesar dan memuji Allah tanda kesyukuran kita kepada Allah di atas segala nikmat yang tidak terhingga dikurniakan kepada kita terutamanya nikmat Iman dan nikmat Islam. Dengan kedua-dua nikmat ini banyak nikmat-nikmat lain yang telah menyusul bersamanya datang kepada kita. Baik nikmat sihat, berilmu, masa lapang, berharta dan sebagainya. Jadi sebagai hamba, wajib ke atas kita untuk mensyukurinya. Bukan menjadikan segala nikmat ini adalah antara jalan untuk berlaku curang kepada Allah dengan mengkhianati dan melakukan maksiat kepadaNya.
Ramadhan mengajar kita erti sabar dan insaf. Dengan sabar dan insaf ini telah meniggikan rasa syukur kita kepada Allah. InsyaAllah dengan rasa syukur yang tinggi inilah mampu menjadikan kita hamba Allah yang bertaqwa sebagaimana harapan kita dan tuntutan Allah dalam menjayakan misi ibadah puasa ini. Berlapar, dahaga dan menahan nafsu daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa di siang hari, bermunajat di dinihari, berterawih di malam hari, dan setiap hela nafas dalam Ramadhan ini telah menjadikan kita rasa kebersamaan dengan Allah dan mengajar kita erti HAMBA yang sebenar.
Selepas menunaikan solat sunat eidulfitri Di pagi hari raya nanti kita digalakkan juga untuk kunjung mengunjung ke rumah saudara -mara, jiran-jiran tetangga dan sahabat-sahabat untuk saling menghubungkan silaturrahim antara satu sama lain sebagai tanda meraikan kemenangan serta kesyukuran selepas sebulan menunaikan ibadah puasa. Kita juga diingatkan untuk saling bermaaf-maafan di atas segala dosa dan noda pada hari raya nanti. Selepas berlalunya Ramadhan ini nanti kita mengharapkan juga kita seumpama seorang bayi yang baru lahir ke dunia bersih dari segala dosa dan noda. InsyaAllah.
Dalam kesempatan ruang dan peluang yang ada ini dan masih lagi diizinkan oleh Allah untuk hidup dan ingat-mengingati antara satu sama lain, di sini saya mengambil kesempatan ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA EIDULFITRI MAAF ZAHIR & BATIN kepada seluruh umat ISLAM di dunia ini sama ada yang saya kenal ataupun tidak kenal. Kepada sahabat-sahabat di perantauan jangan bersedih jika tidak dapat beraya bersama keluarga anggaplah ini sebagai tarbiyah Allah untuk kita. Saya juga ingin menjemput sahabat-sahabat semua berkunjung ke rumah saya pada hari raya ini nanti.
Sekian….. abusafuan.blogspot.com
Posted by abusafuan at 9/17/2009 10:01:00 AM 0 comments
AMANAT KETUA LAJNAH TARBIYAH DPPNJ
Monday, September 14, 2009
'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.
'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu, ' kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi.
'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?'
'Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.
Posted by abusafuan at 9/14/2009 10:50:00 PM 0 comments
RAMADHAN DI AMBANG PENGHUJUNG
Saturday, September 12, 2009Aku rindukan kamu….
Betapa lama aku menantimu kembali padaku…
Tak sabar rasanya hati menantikan detik-detik waktu itu…
Kini kau kembali setelah sekian lama menyepi…
Mungkinkah kali ini saja kita bisa bersua?...
Aku mengharapkan sesuatu yang terdapat pada malam-malam mu seperti kebiasaan yang kau janjikan…
AHLAN WASAHLAN YAA RAMADHAN
Ayat di atas merupakan antara SMS yang pernah saya terima dari sahabat sempena kedatangan Ramadhan al-mubarak kali ini. Kini Ramadhan hanya tinggal beberapa hari saja lagi. Rasanya sangat sekejap kedatangannya. Rasanya belum cukup lagi bekalan amalan untuk dipersembahkan padaNya.
Tawaran di 10 malam terakhir ini sangat besar daripada Allah kepada hambanya iaitu pelepasan dari api neraka sepertimana Rasulullah SAW bersabda dalam hadithnya yang lebih kurang maksudnya di 10 awal ramadhan adalah rahmat, di pertengahannya maghfirah atau keampunan dosa dan di akhirnya pelepasan dari api neraka. walau bagaimanapun 10 malam terakhir ini juga manusia saling membuat tawaran sesama manusia dengan menjanjikan potongan harga barang sempena menyambut kedatangan eidulfitri.
Malangnya ramai manusia lebih suka memilih tawaran manusia daripada tawaran Allah. Buktinya? Jemaah terawih di masjid sudah tidak ramai seperti di awal Ramadhan lagi. Tapi di pusat membeli belah jemaahnya sangat ramai tidak seperti di awal Ramadhan. Inilah manusia selalu saja alpa dan leka. Selalu terpesona dengan keindahan dunia yang sementara. Teringat saya kepada kata-kata Khalifah Umar bin Abdul Aziz kepada kaum Kawarij. “Kamu mengingini kebahagiaan di akhirat tetapi, kamu keliru memilih jalannya”. Kadang-kadang bukan keliru tetapi kita sengaja mengelirukan diri sedangkan di depan sana terbentang limpahan ganjaran Allah kepada kita apatah lagi sempena Ramadhan kali ini.
Justeru, saya menyeru kepada diri saya sendiri dan berpesan kepada saudara seaqidah semua sama-samalah kita terus mempertingkatkan amal ibadah kepada Allah di baki-baki malam ramadhan yang masih ada ini semoga kita dipertemukan dengan malam al-qadar oleh Allah yang mana malamnya lebih baik daripada seribu bulan.
Suka untuk saya menutup artikel saya dengan firman Allah dalam Surah Al-Hajj ayat 78 yang berbunyi:
“Dan dia (Allah) sekali-kali tidak menyediakan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan”
(QS. Al-Hajj: 78)
Fastabiqul Khairat…
Posted by abusafuan at 9/12/2009 12:16:00 PM 0 comments
Jangan Lupa Bayar Zakat
Wednesday, September 9, 2009Wang KWSP yg dikeluarkan utk beli rumah perlu dibayar zakat sebyk 2.5% dr jumlah...jadinya jika keluarkan RM10,000 x 2.5% = RM250.
Dividen dr ASB/ASN tidak dikenakan zakat tetapi tidak boleh digunakan oleh pencarum dan diberikan kepada surau/masjid utk kegunaan membeli sabun basuh tandas, membaiki longkang, dsbnya...jadinya kalau nak beri dividen kpd surau dan masjid kenalah beritahu yg diberi ini adalah dividen dr ASB/ASN.
Ada org yg bayar zakat kepada anak yatim dgn cara bayar ke rumah anak yatim....sebenarnya yg wajib terima zakat adalah lapan golongan yang disebutkan di dalam Al-Quran. Iaitu:
(1) Fakir (orang yang tidak mempunyai pendapatan langsung)
(2) Miskin (Mempunyai pendapatan tetapi tidak mencukupi)
(3) Amil (Orang yang memungut dan mengurus Zakat)
(4) Muallaf (Orang yang baru memeluk Islam)
(5) Riqab (Hamba yang hendak memerdekakan dirinya. Di Singapura Muis gunakan untuk pendidikan
(6) Gharimin (Orang yang berhutang untuk menampung keperluan asas yang halal
(7) Fisabilillah (Mereka yang berjuang dijalan Allah)
(8) Musafir (Mereka yang terkandas dalam perjalanan).
Pendapatan yang kita dapat pada setiap bulan perlulah dibersihkan supaya anak-anak , istri /suami, ibubapa memakan hasil pendapatan yang bersih. Maklumlah gaji kita ni diperolehi dari pelbagai sumber yang kita tidak ketahui. Rata-rata masih ramai yang ambil ringan pengeluaran zakat sedangkan ianya merupakan salah satu rukun Islam yg wajib dikeluarkan oleh setiap muslimin/muslimat.
Zakat dalam Islam sama nilainya dengan rukun Islam yang lain, seperti syahadat, shalat, puasa di bulan Ramadhan dan Haji. Mengingkari zakat sama halnya dengan mengingkari shalat dan yang lainnya.Kewajiban zakat dalam Islam berlandaskan al quran, sunnah dan ijma (ketetapan para ulama).
Landasan pertama di dalam al quran banyak sekali berbicara tentang zakat. Allah SWT Berfirman: "Dirikanlah shalat dan tunaikan zakat dan rukuklah bersama orang-orang yang rukun". (QS. Al Baqarah : 43).
Dalam ayat lain Allah SWT berfirman :"Ambillah zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka dan doakanlah mereka karena sesungguhnya doamu dapat memberi ketenangan bagi mreka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (QS. At Taubah : 103)
Firman Allah SWT dalam surat Al An€am ayat 141 :"Makanlah buahnya jika telah berbuah dan tunaikan haknya (kewajibannya) dihari memetik hasilnya (dengan dikeluarkan zakatnya)."
Landasan kedua, yaitu dengan sunnah nabawiyah. Rasulullan SAW bersabda: "Islam dibangun diatas 5 perkara: rukun syahadat tiada Tuhan selain Allah dan Muhamad saw utusan Allah, menegakkan shalat, menunaikan zakat, membayar zakat, menunaikan haji dan puasa Ra! madhan." (HR. Bukhori dan Muslim dari Abdullah bin Umar).
Sabda Nabi SAW: "Sesungguhnya Allah mewajibkan zakat atas orang-orang kaya dari umat Islam pada harta merekadengan batas sesuai kecukupan fuqoro diantar mereka. Orang-oramng fakir tidak akan kekurangan pada saat mereka lapar atau tidak berbaju kecuali karena ulah orang-orang kaya diantara mereka. Ingatlah bahwa Allah akan menghisab mereka dengan keras dan mengadzab mereka dengan pedih." (HR. Ath Thabrani dari Ali ra).
Landasan ketiga, yaitu dengan Ijma (ketetapan para ulama). Para ulama salaf (klasik) dan khalaf (kontemporer) telah sepakat bahwa zakat merupakan kewajiban yang harus ditunaikan dan mengingkarinya berarti kafir.
Posted by abusafuan at 9/09/2009 09:19:00 AM 0 comments
Eksklusif Dari Mas’ul Sempena Ramadhan 2 Tahun Lepas
Wednesday, September 2, 2009Izinkan Kami Tumpang Berjuang..Sebenarnya kenyataan ini tidak perlu ku keluarkan tetapi demi kemaslahatan umat dan Islam, ku memaksa diriku untuk menulis. Biasanya, SMS yang ku hantarkan kepada kalian tetapi ruang tidak membenarkan… Ramadhan bulan tarbiyah untuk umat Islam dan ia adalah bulan yang ditunggu oleh semua pendokong dan pejuang Islam seluruh dunia… Tetapi ku memerhatikan hampir seminggu Ramadhan berlalu, tidak ramai pejuang yang mengambil kesempatan.. Tadarus al-quran ada yang tidak bersama, berbuka puasa jarang di masjid atau surau, solat berjemaah terutamanya Subuh diabaikan malah ada yang lewat… Ku ingin bertanya diriku dan kalian semua, adakah ada bulan lain yang lebih mulia dari bulan ini? Untuk apa kalian bersama perjuangan Islam? Bersyukurkah kita dengan hidayah yang mahal ini? Untuk siapa keletihan dan kepenatan kita selama ini? Waktu bila lagi yang sesuai untuk mendidik jiwa dan roh?... Sahabat, kita pejuang Islam dan kita berbeza dengan yang lain…kenapa yang bukan pejuang lebih ke hadapan dalam tarbiyah berbanding kita? Cuba perhatikan… sebenarnya tadarus, berbuka puasa di surau atau masjid dan solat berjemaah adalah waktu untuk eratkan ukhuwwah dan berkenalan dengan mad’u yang baru di bulan ini. Tunjukkan akhlak pejuang pada mereka, bagi yang baru inilah peluangnya untuk lebih rapat dengan yang lain…
Sahabat, 30 minit selepas terawih peruntukan untuk tadarus dan jangan berkira dengan Allah. Alasan memang memang tidak dinafikan kerana otak kita berfikir untuk beralasan bukan berfikir untuk perjuangan… memang susah tetapi sebenarnya mudah Cuma kita yang menyusahkan.. memang berat tapi sebenarnya ringan Cuma kita yang memberatkan. tidak ku nafikan ramai juga ahli kita yang istiqomah, terima kasih Allah kerana mengurniakan mereka kepada kami.. Sekurang-kurangnya mereka pembakar semangat bagi kami.. main game, beralasan, malas bukan kamus dari perjuangan Islam.. ku memohon maaf jika ada yang tersentuh dan terasa dengan coretan ini… Tetapi demi kesinambungan Islam di sini ku terpaksa. Demi Allah ku sayangkan kalian tetapi aku lebih menyayangi perjuangan Islam dari segalanya kerana aku hanya ada Islam… Ya Allah, terima kasih kerana sudi tumpangkan kami dalam perjuangan ini.. Sepatutnya ku menegur dalam liqa’, tetapi ku tak mampu kerana air mataku pasti mengalir jika ku bercakap tentang perkara ini.. ketika ku menulis coretan ini pun air mata ku mengalir tanpa disedari... Ini adalah bekalan ku kepada kalian sempena kem Tamsas... maaf kerana tidak dapat bersama bukan tidak sudi tetapi keadaan tidak membenarkan.... ku menyedari kekurangan diri, namun ku ingin diriku dan kalian turut serta berjuang dengan melaksanakan tugasan setakat kemampuan.. moga Tuhan menerimanya untuk menjadi bekalan kita di akhirat kelak.
Ya Allah sedikitnya sumbanganku untuk agamaMu...Kehidupanku menyibukkanku sehingga amat sedikit masa yang aku curahkan untuk agamaMu
............Bukan Sekadar Muhasabah........
Posted by abusafuan at 9/02/2009 04:10:00 PM 0 comments
HADIAH UNTUK BONDA
Monday, August 31, 2009KELAHIRAN - ADI PUTRA
AnNur menyuluh
seluruh alam semesta
Terangnya amat menyilaukan
Pancaindera
Hanya Ibunda
Sentiasa memuja
Ikhlas dari lubuk hatiku
Puspawarna
Bertahun dah berlalu
Tinggalkan rasa pilu
Amat sukar disembuh lagi
Menjadikan sayup
Kelahiran
bagiku istimewa
Ku bersyukur padamu
Bonda….
Kekusutan
Akan ku hadapi
Kerna berjauhan darimu
Telah sekian lama
LAMAN INI MENJADI SAKSI UNTUK SAYA MENZAHIRKAN RASA RINDU DAN SAYANG SAYA PADA BONDA..
HIDUPNYA SAYA SELAMA 22 TAHUN INI ADALAH KERANA BERKAT DOA DAN KASIH SAYANG BONDA DAN AYAHANDA KEPADA SAYA..
TIADA RASA YANG MEMBAHAGIAKAN SAYA MELAINKAN BOLEH MEMBUAT BONDA TERSENYUM.
REDHA ALLAH TERLETAK PADA REDHA BONDA..
SESUNGGUHNYA SYURGA SAYA DI BAWAH TELAPAK KAKI BONDA..
SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 48 UNTUK BONDA TERSAYANG
(31 OGOS 1961)
Posted by abusafuan at 8/31/2009 12:05:00 AM 0 comments
Kemerdekaan yang terjajah
Sunday, August 30, 2009
Apakah yang anda faham tentang kemerdekaan?
Antara jawapan yang berkemungkinan:
1. British sudah meniggalkan kita dan memberi ‘kemerdekaan’ kepada kita.
2. Kita sudah bebas daripada penjajah dan sudah boleh memerintah Negara kta sendiri.
3. Kita bebas bersuara dan melaksanakan apa yang kita suka dalam konteks tidak menyalahi perlembagaan Negara.
4. Tak pastilah saya (malang sungguh jawapan ini)
Antara jawapan-jawapan di atas bukan rekaan saya tetapi inilah reality berdasarkan pertanyaan secara rawak kepada muda-mudi pewaris kepimpinan Negara kita ini.
Sudah genap 52 tahun Malaysia tercinta ini telah merdeka betul ke?
Akan tetapi pernahkah kita lihat dan kaji statistik kes-kes jenayah dalam negara kita bermula dari 1957 hingga 2009. Membanggakan Negara kah statistik itu? 52 tahun sudah merdeka mungkin kita bangga kerana kita telah lahirkan ramai pakar-pakar dari segenap disiplin ilmu yang ada, kita ada kereta dan motosikal kita sendiri untuk bergerak atas jalan bertar kita sendiri, kita sudah ada angkasawan sendiri, pakar ekonomi, pakar perubatan, dan sebagainya tapi dari sudut moral dan nilai manusiawi berjayakah kita?
Kadar jenayah yang semakin meningkat.:
• Ragut
• Pecah rumah (Rumah saya kat kg. pun kena)
• Rompak
• Rogol
• Culik
• Rempit
• Bunuh (Jangan Terasa pula Dato’ Seri)
• Dadah (Edar dan tagih sama je)
• Zina
• Curi
• Rasuah
Saya suka meninggalkan beberapa persoalan kepada para pembaca dalam setiap artikel saya kerana saya ingin mengajak anda berfikir. Berfikir bukan untuk kepentingan diri sahaja tetapi untuk kepentingan agama dan umat ini. Kita digalakkan selalu mendidik diri kita dan masyarkat kita berfikir melangkaui zaman sepertimana ungkapan Rasulullah “ Biarlah aku berlapar sekarang supaya umatku tidak akan berlapar suatu hari nanti”. Ungkapan ini menunjukkan pemikiran yang disusuli dengan tindakan Baginda berfikir dan bertindak melangkaui zaman.
Garis panduan inilah yang telah meletakkan Islam gah di dunia ini suatu masa dulu. Sepertimana kata Saidina Umar al-khattab mulianya kita adalah kerana Islam kalau kita tinggalkan Islam hinalah kita. Hari ini sudah ramai meninggalkan Islam terutamanya dari sudut menjadikan Islam suatu cara hidup. Disebabkan itulah hari ni kita telah menjadi bangsa yang hina, hina kerana kita tidak mengambil Islam sebagai cara hidup yang sebenar.
Ingatlah sabda Rasulullah SAW
“Sesunguhnya perkara yang paling aku takut berlaku kepada umatku ialah menyengutukan Allah. Aku tidak mengatakan yang mereka menyembah matahari, bulan atau berhala, tetapi mereka membuat amalan-amalan bukan untuk Allah tetapi untuk keinginan nafsu yang tersembunyi.”
(diriwayatkan oleh Ibnu Majah)
Jadi, kita sebagai umat yang telah mengecapi nikmat Islam dan iman hasil dari perjuangan dan pengorbanan Baginda dan sahabat-sahabat terdahulu yang telah ‘memerdekakan’ kita dari penjajahan taghut seharusnya mesti membela, mempertahan dan menyampaikan ajaran Islam ini semampu mungkin. Bukannya mengangkat undang-undang taghut mengatasi hukum Allah dan mengagungkan perjuangan kebangsaan bawaan idealisme penjajah taghut.
Sudah masanya untuk kita berubah dan mengembalikan Islam di tempatnya yang sebenar
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-52 UNTUK MALAYSIA TERCINTA....
sekian..
Posted by abusafuan at 8/30/2009 11:10:00 PM 0 comments
TAZKIRAH RAMADHAN (2)
Khutbah Rasulullah SAW Menyambut Bulan Suci Ramadhan
Wahai manusia! Sungguh telah datang pada kalian bulan Allah dengan membawa berkah rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia disisi Allah. Hari-harinya adalah hari-hari yang paling utama. Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling utama. Jam demi jamnya adalah jam-jam yang paling utama. Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tetamu ALLAH dan dimuliakan oleh-Nya. Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu ibadah, amal-amalmu diterima dan doa-doamu diijabah.
Bermohonlah kepada Allah Rabbmu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu untuk melakukan shiyam dan membaca Kitab-Nya.Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah di bulan yang agung ini. Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu, kelaparan dan kehausan di hari kiamat. Bersedekahlah kepada kaum fuqara dan masakin. Muliakanlah orang tuamu, sayangilah yang muda, sambungkanlah tali persaudaraanmu, jaga lidahmu, tahan pandanganmu dari apa yang tidak halal kamu memandangnya dan pendengaranmu dari apa yang tidak halal kamu mendengarnya.
Kasihilah anak-anak yatim, niscaya dikasihi manusia anak-anak yatimmu. Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosamu. Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdo'a pada waktu shalatmu karena itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah Azza wa Jalla memandang hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih;
Dia menjawab mereka ketika mereka menyeru-Nya, menyambut mereka ketika mereka memanggil-Nya dan mengabulkan doa mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.
Wahai manusia!
Sesungguhnya diri-dirimu tergadai karena amal-amalmu, maka Bebaskanlah dengan istighfar. Punggung-punggungmu berat karena beban (dosa) mu, maka ringankanlah dengan memperpanjang sujudmu.
Ketahuilah!
Allah ta'ala bersumpah dengan segala kebesaran-Nya bahwa Dia tidak akan mengadzab orang-orang yang shalat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan Rabbal-alamin.
Wahai manusia!
Barang siapa di antaramu memberi buka kepada orang-orang mukmin yang berpuasa di bulan ini, maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang budak dan dia diberi ampunan atas dosa-dosa yang lalu.
Sahabat-sahabat lain bertanya: "Ya Rasulullah! Tidaklah kami semua mampu berbuat demikian." Rasulullah meneruskan: Jagalah dirimu dari api neraka walau pun hanya dengan sebiji kurma. Jagalah
dirimu dari api neraka walau pun hanya dengan seteguk air.
Wahai manusia!
Siapa yang membaguskan akhlaknya di bulan ini ia akan berhasil melewati sirathol mustaqim pada hari ketika kaki-kaki tergelincir. Siapa yang meringankan pekerjaan orang-orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai atau pembantu) di bulan ini, Allah akan meringankan pemeriksaan-Nya di hari kiamat.
Barangsiapa menahan kejelekannya di bulan ini, Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barang siapa memuliakan anak yatim di bulan ini, Allah akan memuliakanya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barang siapa menyambungkan tali persaudaraan (silaturahmi) di bulan ini, Allah akan menghubungkan dia dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.
Barang siapa memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa melakukan shalat sunat di bulan ini, Allah akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka. Barangsiapa melakukan shalat fardu baginya ganjaran seperti melakukan 70
shalat fardu di bulan lain.
Barangsiapa memperbanyak shalawat kepadaku di bulan ini, Allah Akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan meringan. Barangsiapa di bulan ini membaca satu ayat Al-Quran, ganjarannya sama seperti mengkhatam Al-Quran pada bulan-bulan yang lain.
Wahai manusia!
Sesungguhnya pintu-pintu surga dibukakan bagimu, maka mintalah kepada Tuhanmu agar tidak pernah menutupkannya bagimu. Pintu-pintu neraka tertutup, maka mohonlah kepada Rabbmu untuk tidak akan pernah dibukakan bagimu.
Setan-setan terbelenggu, maka mintalah agar ia tak lagi pernah menguasaimu. Amirul mukminin berkata: "Aku berdiri dan berkata: "Ya Rasulullah! Apa amal yang paling utama di bulan ini?" Jawab Nabi: Ya Abal Hasan! Amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah".
Marhaban Yaa Ramadhan......
Posted by abusafuan at 8/30/2009 12:16:00 PM 0 comments
'Turning Point' Untuk Hukum Hudud Di Malaysia
Friday, August 28, 2009
Assalamua'laikum
Nama Kartika Seri Dewi semakin hari semakin hangat disebut-sebut terutamanya dalam kalangan barisan kabinet negara ataupun pengamal undang-undang syariah di Malaysia yang mungkin sedang meneliti kembali sistem perundangan syariah di Malaysia kerana permintaan saudari Kartika untuk disebat dirinya atas kesalahan meminum arak di hotel. Kalau dulu orang yang buat dosa dengan Allah merasa bongkak dengan Allah bahkan bangga dengan maksiatnya tapi hari ni muncul seorang PEREMPUAN yang buat salah dengan Allah dan minta hukum Allah dilaksanakan ke atas dirinya supaya Allah mengampunkan dosanya tiba-tiba dihalang pula oleh manusia yang kerdil lagi hina di sisi Allah. Memang kadang-kadang manusia ni pelik.
Berdasarkan kenyataan orang nombor satu negara, kita tidak dapat laksanakan hukum sebat ke atas Saudari Kartika kerana menghormati bulan Ramadhan kemudian dengar-dengarnya pula sebab tidak ada tukang sebat. (Saya tak mahu ulas panjang tentang kenyataan beliau sebab mungkin pakcik kedai kopi pun boleh tolong ulas)
Mungkin para pembaca perasan sebelum tiba isu Kartika ni terlebih dulu terjadi isu arak di Selangor kan? dan para ulama' kita telah mengupas dan menjawab persoalan tentangnya. Kemudian datang seorang perempuan yang telah minum arak di hotel dan minta dirinya dihukum dengan hukum Islam atas kesalahannya itu.. agak-agaknya apa maksud tersurat dan tersirat mengenai 'Perbicaraan' Allah dengan kita sekarang ni ye?
Pada pandangan saya, mungkin sudah tiba masanya untuk masyarakat malaysia samada Muslim atau Non-Muslim membuka mata tentang hukum Allah ini. Bagaimana perlaksanaannya? Betul ke tidak sesuai di Malaysia? Siapa yang bertanggungjawab dan dipertanggungjawabkan untuk melaksanakannya? Apa hikmahnya? Saya tinggalkan beberapa persoalan untuk kita sama-sama berfikir tentang apa yang berlaku sekarang ini. tepuk dada tanya iman masing-masing. Kes Saudari Kartika ini insyaAllah akan menjadi batu loncatan kepada suatu perubahan positif sistem undang-undang syariah negara dan masa depan Agama Islam di Malaysia tercinta ini.
Sepertimana kita selalu yakin dan percaya bahawa masa depan dunia ini di tangan Islam, kita juga optimis bahawa hukum Allah akan dilaksanakan juga di Malaysia ini, persoalan sama ada cepat atau pun lambat itu kita tidak tahu. Akan tetapi yang pentingnya usaha dan kerja-kerja Islam untuk meletakkan Al-Quran dan As-Sunnah di tempat yang tertinggi dan sepatutnya mesti dilaksanakan non-stop...
Syabas kepada Kartika semoga Allah mengampunkan dosa saudari dan kita semua.
Sekian..
Posted by abusafuan at 8/28/2009 09:30:00 AM 0 comments
6 PEGANGAN (TAZKIRAH RAMADHAN)
Saturday, August 22, 2009
1. Agama hanya akan dapat dirasakan oleh orang yang menegakkan dia dalam dirinya.
2. Bahagia dan sa’adah hanya akan dirasakan oleh orang yang membela keyakinan, kebenaran dan keadilan.
3. Kemenangan dan kejayaan hakiki hanya akan diberikan kepada para pejuang yang rela berkorban, kuat menahankan penderitaan dan kepapaan.
4. Kesabaran dan ketahanan berjuang hanya akan diberikan kepada Mukmin yang mendekatkan dirinya kepada Allah s.w.t.
5. Tegaklah dengan keyakinan dan perjuangan, kerana makna dan guna hidup terletak pada keyakinan dan perjuangan.
6. Belajarlah menfanakan diri guna kepentingan Cita dan Agama.
Inilah perutusanku kepada saudara-saudara para Mujahidin didalam “Ikhwan Muslimin” yang beriman kepada kemuliaan Dakwah mereka, beriman kepada kesucian Fikrah (Falsafah Hidup) mereka, dan sungguh-sungguh berazam hendak sehidup dan semati dengan Dakwah serta Fikrah mereka: kepada hanya saudara saudara tertentu inilah sahajalah saya mengemukakan kata-kata yang ringkas ini iaitu kata-kata yang herupa arahan-arahan (directives) yang mesti ditunaikan bukan mata pelajaran yang dihafadz dibibir mulut. Oleh itu marilah segera kearah “bekerja” wahai saudara saudara Saduqun, dan segala amalan kamu itu akan dibuktikan oleh Allah, RasulNya, dan oleh orang-orang Mukminin, dan kamu sekalian akan dikembalikan kelak kepada Tuhan Maha Mengetahui segala sesuatu yang tersembunyi dan yang nyata lalu diterangkannya kepada kamu apa-apa yang telah kamu “Kerjakan”.
FASTABIQUL KHAIRAT
SEKIAN
Posted by abusafuan at 8/22/2009 09:46:00 PM 0 comments
AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN
Assalamua'laikum wbt.
alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi yang masih lagi mengekalkan nikmat Iman, nikmat Islam dan dipertemukan lagi dengan Ramadhan kali ini.. Jadi di kesempatan ini saya ingin memohon maaf kepada semua yang mengenali diri ini kerana berdasarkan doa malaikat Jibril menjelang Ramadhan: Ya Allah tolong abaikan puasa umat Nabi Muhammad SAW bila sebelum masuknya Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal berikut: tidak memohon maaf dari ibu bapa, suami isteri dan orang disekitarnya. Maka Rasulullah mengaminkannya sebanyak 3X.
Saya juga menyeru kepada diri saya sendiri dan berpesan kepada sahabat-sahabat semua supaya marilah kita sama-sama berlumba-lumba mengerjakan amal kebajikan di bulan yang mulia ini dan mencari malam lailatul Qadr yang mana malamnya lebih baik dari seribu bulan..
Fastabiqul khairat..
Sekian...
Posted by abusafuan at 8/22/2009 10:06:00 AM 0 comments
THINK BEYOND YOUR MIND
Saturday, August 15, 2009
Barangkali ada di antara kita yang pernah mendengar satu anekdot kira-kiranya berbunyi:
Pada satu hari, seorang peniaga otak sedang mempromosikan koleksi otak terpakai yang terdapat di kedainya kepada seorang pelanggan. Lalu diperkenalkanlah otak-otak terpakai yang ada dan nilaiannya sekali.
"Ini otak orang Jepun, harganya RM 50."
"Ini otak orang Jerman, harganya RM 500."
"Ini otak orang Perancis, harganya RM 5 000."
"Ini otak orang Amerika, harganya RM 50 000."
"Dan ini otak orang Melayu, harganya RM 5 juta."
Si pelanggan terkejut kerana otak terpakai orang Melayu paling mahal. Lalu ditanyakan kenapa. Maka jawapan si peniaga otak terpakai adalah kerana otak terpakai orang Melayu masih banyak mempunyai ruang yang boleh digunakan lagi berbanding otak terpakai bangsa lain.
Saya tidak tahu siapa yang mencipta anekdot ini, tetapi saya pernah mendengarnya sejak dari sekolah rendah lagi mengenai sifat orang Melayu malas berfikir. Berfikir itu seronok. Apatah lagi kalau memikirkan sesuatu yang baru dan bermanfaat untuk diri sendiri. Berfikir itu juga mudah. Tetapi tidak ramai juga orang yang benar-benar menggunakan otaknya untuk berfikir.
Barangkali orang yang tidak berfikir ini adalah orang yang tidak tahu memanfaatkan kelebihan akal yang telah dianugerahkan. Langkah pertama untuk berfikir adalah kita perlu membuka kerangka minda kita seluas-luasnya atau dalam erti kata lain, melakukan anjakan paradigma.
"Mind is like a parachute, it will be useful when it is opened."
Bila sebiji epal jatuh ke atas kepala orang yang tidak berfikir, dia akan terus memaki dan marah-marah. Tetapi orang yang berfikir akan menemui teori graviti, seperti Isaac Newton. Orang yang tidak berfikir juga akan hanya melihat air berlalu begitu sahaja bila dicurahkan ke atas daun keladi, tetapi orang yang berfikir akan mencipta peribasa,-Bagai mencurah air di daun keladi- dan orang yang berfikir lebih jauh akan menjadikannya sebagai asas penciptaan visor helmet F1 yang kalis air.
Orang tidak berfikir akan membaca al-Quran sama seperti membaca bahan bacaan lainnya. Tetapi orang yang berfikir, dia akan membaca al-Quran sambil mentadabbur makna dan isi kandungannya lalu dijumpakan olehNya penemuan-penemuan sains yang menakjubkan yang telah termaktub di dalam al-Quran.
Manusia diciptakan dengan otak manusia terletak di bahagian yang paling atas sejajar dengan pengiktirafan Allah swt terhadap manusia yang dijadikan sebaik-baik kejadian. Tetapi ramai juga manusia meletakkan otaknya di kepala lutut malah lebih teruk lagi di bawah tapak kaki. Allah telah mengumpamakan manusia lebih teruk daripada binatang sekiranya mereka tidak memanfaatkan anugerah akal.
Pejuang wanita aliran liberal seperti Sisters In Islam selalu mengatakan hukum memakai tudung bagi wanita itu adalah diskriminasi. Tetapi penemuan pasangan penyelidik, Allan dan Barbara Pease yang mengkaji perbezaan lelaki dan wanita dalam bukunya,Why Men Can't Listen And Women Can't Read Maps serta Why Woman Cry and Men Lie, telah menyatakan, pengunjung terbanyak laman web pornografi model-model wanita adalah lelaki. Dan pengunjung terbanyak laman web pornografi model-model lelaki juga adalah lelaki. Penonton teramai Miss Universe adalah lelaki, tetapi yang menonton Mr Universe itu tidak ramai, dan amat sedikit wanita yang menontonnya.
Kerana menurut mereka, lelaki itu memang akan berasa ghairah cukup melalui pandangan. Tetapi wanita perlu dahulu dibelai dahulu untuk meransang mereka. Justeru, melihat bahan lucah, bagi kebanyakan wanita, ia adalah perbuatan yang jijik. Tetapi bagi lelaki ia adalah seronok lagi menghiburkan. Sebab itulah kadang-kadang Tok Imam dan Pak Bilal pun mengeluh,"Kalau camni, mau terangkat kopiah aku." bila melihat wanita berbaju ketat dan berseluar sendat lalu di hadapan mereka.
Maka sebab itulah wanita perlu memakai tudung, memakai pakaian yang labuh, kerana secara fitrahnya lelaki akan boleh terus teransang bila melihat kecantikan wajah wanita, bentuk tubuh badan wanita dan lenggok suara mereka. Tetapi lelaki cukup untuk menutup bahagian antara pusat hingga lutut kerana tidak ada wanita yang teransang melihat rambut lelaki dan melihat lelaki memakai seluar. Malah keseluruhan badan lelaki pun belum tentu dapat mengghairahkan kebanyakan wanita.
Mempertikaikan hukum Allah yang sabit nas yang qati’e adalah tindakan orang yang tidak berfikir. Persoalan kasihan kepada pencuri yang dipotong tangannya adalah kata-kata orang yang tidak berfikir. Seharusnya yang perlu dikasihankan adalah orang yang dicuri barangnya bukan yang mencuri barang orang lain. Dan pencuri yang mencuri disebabkan kemiskinan tidak akan dipotong tangannya kerana bercampurnya perkara syubhah.
Seterusnya,mempertikaikan persoalan pewarisan harta 2:1 antara anak lelaki dan perempuan juga menunjukkan mereka tidak berfikir jauh. Dalam Islam, seorang suami wajib memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak. Justeru, mendapat 2 bahagian pewarisan harta sekalipun, adakalanya bahagian yang dinikmati oleh si suami tidak sampai 1 bahagian pun setelah harta tersebut digunakan untuk menyara keluarga. Berbanding wanita, mereka tidak wajib menyara keluarga, justeru dah dapat 1 bahagian pewarisan adalah mencukupi. Yang salah bukannya hukum Islam, tetapi sikap suami-suami yang menzalimi para isteri, dan mereka mempersoalkan hukum.
Kenapa orang murtad perlu dibunuh? Ia melanggar hak asasi manusia. Begitulah kira-kira dakwaan mereka dengan secara jahil menggunakan hujah “Tiada paksaan dalam beragama.” (al-Baqarah: 256)
Islam itu bukan semata-mata agama, tetapi ia adalah satu cara hidup yang sempurna. Mempunyai sistem kehidupan yang lengkap dalam semua aspek. Sejahat-jahat kumpulan samseng mahupun along dan tonto, mereka juga patuh kepada sistem yang menjadi teras aktiviti jenayah mereka. Tetapi kenapa Muslim dihalang mengikut sistem hidup yang digariskan?
Kalaulah isu hak asasi manusia itu penghalang, kebebasan peribadi itu dan ini, maka sudah tentu jabatan askar, polis, bomba juga mesti dikecam oleh mereka yang memperjuangkan hak asasi manusia membabi buta ini. Mereka dimestikan memakai pakaian seragam hampir sepanjang waktu. Tidak ada askar dihantar ke medan perang dengan jersi bola sepak. Tidak ada polis trafik menjaga lalu lintas dengan baju Melayu lengkap bersampin. Tidak ada bomba memadamkan kebakaran dengan berbaju punk mahupun hip hop. Sedangkan mereka juga ada hak peribadi untuk memakai jersi, baju kebangsaan dan baju yang mereka minati pada bila-bila masa.
Lalu jawapan mereka sudah pasti itu adalah kerana undang-undang, peraturan,sistem dan tugas mereka sudah begitu. Lantas tidak ada salahnya pada jabatan-jabatan tersebut. Manakala apabila Islam mahu melaksanakan undang-undang, segala sistem dan peraturannya ia dihalang dengan pelbagai alasan yang tidak masuk dek akal. Seterusnya untuk berfikir dengan matang, kita adakalanya perlu berfikir dari luar kotak diri sendiri. Think outside the box. Kalau kita pelajar, cuba fikir sebagai guru dan pensyarah. Kalau kita bos, cuba berfikir sebagai pekerja bawahan. Kalau kita bapa, cuba berfikir sebagai anak. Kalau kita menteri, cuba berfikir sebagai rakyat biasa. Kerana manusia selalunya tidak nampak gajah di depan mata tetapi boleh melihat kuman nun jauh di kutub selatan.
Kita adakalanya perlu berfikir di luar dari kelompok dan golongan kita sahaja. Kadang-kadang kita dah rasa cukup bagus, tetapi sebenarnya tidak. Akibatnya, kita rasa kita sahaja yang betul dan orang lain itu semuanya salah. Sedangkan konsep yang perlu kita pegang adalah keseluruhan manusia itu saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.
Orang yang suka berfikir tidak dapat dibodoh-bodohkan sewenangnya. Orang yang boleh membenarkan dirinya diperbodoh, dipergunakan dan dieksploitasi itu adalah orang yang tidak dapat berfikir dengan normal. Pelajar undang-undang akan menemui kes Geron Ali. Kes pembunuhan yang berlaku di Calcutta India pada tahun 1941. Kerana mempercayai membunuh orang boleh membawa ke syurga, dia akhirnya telah memenggal kepala seorang pemuda dan anak perempuannya kemudiannya tanpa rasa bersalah membawa kedua-dua kepala itu di khalayak ramai dan seterusnya menyerahkan kepala-kepala tersebut kepada ketuanya. Akhirnya, mahkamah telah mendapati dia seorang yang tidak dapat berfikir dengan normal.
Itu kisah orang yang memang gila. Tetapi bagaimana pula orang yang boleh berfikir tetapi masih membenarkan diri mereka dipergunakan? Seperti diberi jawatan mufti, imam besar dan qadhi lalu dikehendaki berceramah dan berkhutbah mengikut selera pemerintah semata-mata bukannya bercakap berlandaskan kebenaran. Diberi jawatan tinggi dalam pentadbiran kerajaan lalu tugasnya hanya menurunkan tandatangan di bawah kata-kata,”Saya Yang Menurut Perintah.”
Bukannya tidak boleh berfikir. Tetapi perihal duit selalu menjadi penghalang kepada mereka yang sudah bekerja untuk berfikir dan bertindak dengan sewajarnya. Kerana itulah bekerja sendiri itu jauh lebih baik dari makan gaji. Orang yang berfikir dan berani bertindak selalunya digelar aktivis. Sama ada aktivis pelajar, aktivis buruh dan lain-lain. Mereka ini adalah golongan yang perlu dibendung dan disekat oleh pemerintah yang mengamalkan kuasa pemerintahan aliran seni kediktatoran. Kalau dipandang sekali imbas, apa yang nak ditakutkan kepada manusia yang masih membeli buku dengan duit ibu bapa ini? Apa yang nak digeruni kepada manusia-manusia yang bekerja bagai nak rak 24 jam sehari semalam ini? Tetapi bila difikirkan pengaruh dan kuasa tersembunyi yang ada pada mereka, lalu diperkenalkanlah segala macam akta serta peraturan biar mereka takut untuk berfikir jauh serta kritis supaya tidak ada penentangan yang berlaku terhadap seni kediktatoran mereka.
Negara-negara maju tidak pernah menghalang kebebasan berfikir terhadap rakyat mereka. Lalu mereka terus maju dan maju. Tetapi negara-negara mundur dan membangun begitu takut kepada rakyat mereka yang boleh berfikir secara kritis. Lalu berterusanlah mundur dan terbantut dan tidak maju-maju.
Rasulullah saw tidak menyukai sahabat-sahabat besar bertanyakan hal-hal kecil kepada baginda. Kerana dalam perkara-perkara cabang, berfikir sendiri pun mereka sudah boleh mendapat jawapannya sendiri berdasarkan prinsip-prinsip umum yang digariskan baginda. Malah, baginda sendiri banyak mengamalkan syura dengan para sahabat, sedangkan baginda adalah nabi yang sentiasa boleh meminta wahyu dari Allah. Tetapi untuk menggalakkan budaya berfikir, maka suasana yang sihat perlu diwujudkan dengan saling berbincang, tegur-menegur dan mengkritik secara baik. Sekiranya semua perkara itu perlu kepada penurunan wahyu yang khusus, sudah tentu Islam tidak akan berkembang dengan baik selepas kewafatan Nabi saw.
Justeru, jadilah ubi berisi dan bukannya tong kosong. Fikirlah seluas-luasnya selagi mana ia tidak bertentangan dengan batasan syariat. Sesungguhnya keseronokan berfikir ini hanya dikecapi oleh orang-orang yang sudah melaluinya sahaja. Berfikir membebaskan diri kita dari budaya jumud dan taklid. Orang yang berfikir tidak akan membiarkan dirinya dipergunakan untuk kepentingan pihak-pihak tertentu.
Wallahua’lam.
Posted by abusafuan at 8/15/2009 12:56:00 PM 1 comments