Tarbiyah Tulen VS Semangat Kepartisan

Wednesday, December 16, 2009

Assalamua’laikum wbt


[5.54] Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya.

Alhamdulillah pada 12 Desember 2009 yang lalu Pas Kawasan Pasir Gudang dengan kerjasama Pas Kawasan Tebrau telah mengadakan suatu seminar yang diberi nama seminar memperkasakan parti. Antara tujuan seminar ini diadakan adalah untuk memberi penerangan kepada semua ahli berkenaan dengan hala tuju pas yang sebenar biarpun mungkin sesetengah ahli sudah hadam dan tahu tentang perkara ini.

Orang muda memang geng kita
Pada mulanya berdasarkan perancangan awal program, pembentang kertas kerja yang telah dijemput adalah Senator Ustaz Hassan Shukri mantan Timbalan Presiden Pas Pusat dan Ustaz Abdullah Husin Ketua dewan Ulama’ Pas Negeri Johor. Walau bagaimanapun perancangan Allah adalah sentiasa terbaik, kedua-dua tetamu jemputan kita tidak menghadirkan diri atas sebab yang tidak dapat dielakkan dan telah diambil alih oleh kedua-dua YDP Pas kawasan Pasir Gudang dan Tebrau iaitu Tuan Haji Azhari dan Ustaz Khir.

Antara yang menarik untuk dikongsi bersama teman-teman seperjuangan adalah semasa sesi perbentangan dan brainstorming memperkasakan parti. Kami telah dibahagikan kepada 6 kumpulan bagi muslimin dan 2 kumpulan bagi muslimat. Antara tajuk-tajuk yang diberi untuk dibincang dan dibentangkan adalah:

1. Memperkasakan Pas Cawangan.

2. Memperkasakan tarbiyah.

3. Memperkasakan ekonomi

4. Memperkasakan muslimat

                                          YDP Kawasan Pasir Gudang & Tebrau
Semasa sesi perbentangan untuk tajuk memperkasakan tarbiyah berlaku saya ditanya oleh seorang sahabat saya yang lebih kurang bunyinya

“we, enta perasan tak beza presenter pertama dengan presenter kedua? Tanya akhi firdaus.

“apa dia ye?” saya bertanya kembali.

Sama-sama present berkenaan memperkasakan tarbiyah tetapi presenter pertama merupakan orang yang ditarbiyah daripada kampus manakala presenter kedua merupakan orang yang dulunya dari parti lawan tetapi sekarang telah berhijrah kepada Pas. Jelas akhi Firdaus.

Ooo..memang sangat berbeza. Saya membenarkannya.

ni tengah nyanyi ke tengah sengih ni?


Kita lahir dari jemaah islam kampus (JIK) bermaksud telah ditarbiyah di peringkat “grass root” lagi dan Alhamdulillah telah melalui pelbagai metodologi tarbiyah sedangkan sesetengah ahli kadang-kadang bukanlah lahir atas kesedaran tarbiyah tetapi semangat kepartisan semata-mata. Minta maaf bukanlah maksud saya untuk menghukum cuma untuk menjelaskan perkara yang berlaku di peringkat kawasan mahupun cawangan. Oleh sebab itulah, sangat sayang jika mereka yang telah ditarbiyah diperingkat kampus tetapi “sejuk” dan membeku tidak terjun bersama-sama ke lapangan ummah apabila telah keluar daripada kampus. Kita berlapang dada jika mereka masih lagi bergiat aktif dalam gerakan dakwah walaupun mungkin dengan cara berbeza tetapi bersama-samalah dengan kami bukannya bersifat “lone ranger”.

wakil kumpulan saya...mantop la pak cik


Jangan ingat Islam tinggi kerana kita tetapi ingatlah bahawa kita yang perlukan Islam dan Islam sesekali tidak pernah memerlukan kita. Teringat saya kepada kata-kata Saidina Umar Al-Khattab yang lebih kurang maksudnya,

“ kita adalah suatu kaum yang Allah muliakan kita dengan Islam, selama mana kita mencari kemuliaan selain apa yang dimuliakan oleh Allah, maka kita akan dihina oleh Allah”.

Sekian.

sahabat2 kawasan sedang menuggu tetamu kehormat

1 comments:

tahniah kepada pimpinan PAS serta ajk yg terlibat dlm menjayakan prog ini..semoga antum terus thabat dlm pejuanagn& gerak kje ISLAM..amin (^_^)

Post a Comment