SABTU CORNER...!

Wednesday, November 4, 2009

Assalamua’laikum wbt.

Mukaddimah
Corak warna politik Malaysia semakin hari semakin berwarna warni, pelbagai isu cuba diketengah dan dipanaskan. Tidak lain dan tidak bukan bagi, meraih simpati rakyat, ni mungkin pandangan masyarakat umum biasa tetapi bagi kita sebagai pendokong ahli gerakan Islam isu dimainkan kerana untuk menuntut kebenaran bukannya semata-mata untuk menagih simpati rakyat. Itu mukadimmah saya..
Semalam saya sempat berbual sambil minum malam bersama KP Kawasan PG dan juga sahabat-sahabat lain selepas tamat mesyuarat khas DPPKPG di kedai SABTU CORNER, PG. Banyak isu dan polemik dalam politik negara kita hari ini yang berlaku. Kalau nak senaraikan isu-isu yang berlaku membazirkan masa saya saja menaip artikel ni cuma apa yang nak saya kongsikan pada artikel kali ini adalah mengenai luahan suara rasa bakal pimpinan muda negara pada masa akan datang.
Pinjam ayat KP saya semalam INDIVIDU AKAN TINGGALKAN KITA TAPI PAS DAN PERJUANGAN ISLAM TETAP AKAN KEKAL. Kekal di sini maksudnya berdasarkan firman Allah yang lebih kurang maksudnya:

….sehingga tidak ada lagi fitnah dan (sehingga) agama itu hanya untuk Allah semata-mata… (al-baqarah: 193)

Kita Yakin
Saya dan kita semua sentiasa yakin dan terus optimis bahawa PAS akan memerintah Malaysia suatu masa nanti kalau bukan PAS pun mungkin jemaah yang memenuhi syarat sebagi jemaah Islam yang sebenar, tapi hari ini kalau dalam negara Malaysia ni PAS sajalah yang telah memenuhi syarat-syaratnya. Tak apalah saya tak nak ulas panjang tentang perkara ni. Apa yang perlu kita persoalkan adalah PAS sudah bersediakah memegang amanah memerintah Malaysia kalau Allah berikan kemenangan kepada PAS?

Kebanyakan sahabat-sahabat saya bila saya tanya dia cakap tak mampu lagi kita ni, banyak kerja nak kena buat ni, kerja yang sedia ada pun tak terbuat lagi, apatah lagi nak memerintah negara nak pegang kerajaan nak pandu rakyat. Bukan senang.

Mungkin sesetengah orang cakap ni cakap orang pengecut tapi tak apa walau apa pun insyaAllah kita sentiasa bersedia untuk menghadapinya.

Walau bagaimanapun KP saya cakap kita perlukan kuasa kalau orang nak cakap kita gila kuasa pun cakaplah yang penting memang kita perlukan kuasa sekarang. Kerana apa? Sebab dengan kuasa inilah baru kita boleh laksanakan hukum Allah, nak memobilisasi masyarakat, nak meletakkan agama Allah ni ditempat yang sepatutnya.

Isu Semasa
Hari ini UMNO masih lagi nak mainkan isu Unity Government (UG), supaya berlaku perpecahan dalam PAS tapi kita ahli gerakan jangan sambut bola tanggung UMNO lebih-lebih lagi pimpinan jangan cepat melatah, biarkan mereka bermain sampai letih. Kita teruskan saja tugas kita bertemu dengan masyarakat, pamerkan PAS, tunjukkan akhlak mulia ahli PAS,terjun dalam masyarakat, rasa bagaimana kesusahan hidup masyarakat, bagi penerangan tentang perjuangan PAS dan dalam masa yang sama eratkan ukhuwah ahli kita dan rapatkan saf perjuangan. Ni antara pesanan KP kami sambil menikmati burger dan Nescafe panas…huh bersemangat dia.

Rakyat sebenarnya sentiasa perhatikan kita, mereka dah lama siap sedia nak bagi undi pada kita cuma kita saja yang kena bagi kepercayaan kepada rakyat untuk rakyat benar-benar yakin yang kita boleh bina negara dengan adil dan saksama.

“Tambahnya lagi, hang muda lagi hang tak pa hang tak ada anak lagi lebih-lebih lagi ana ada anak perempuan” kalau hang nak tau berapa orang anak luar nikah dilahirkan setiap hari kat Malaysia ni. Hang tau berapa orang? 22 orang sehari. Cuba hang pi hospital tanya nurse-nurse dan doktor kalau hang tak percaya” begitulah lebih kurang luahan KP saya semalam dalam loghat utaranya. Membuat kami sedikit tersentak.

Kita sebenarnya takut dan risau tentang proses pembesaran anak kita, dalam suasana masyarakat yang dah tak ingat Tuhan sekarang ni. Kes-kes rogol dan bunuh yang saban hari semakin meningkat umpama sudah tiada formula untuk menanganinya sedangkan Islam telah lama membuka jalan penyelesaian kepada kita. Budaya meniggalkan solat yang semakin berleluasa siapa nak bertanggungjawab? Akhir sekali “pi mai pi mai” terkena juga pada sistem pemerintah. Dahlah jomlah balik.

Lebih kurang pukul 12.09 tengah malam kami pun balik….(lebih kurang macam tulah suasana semalam)
Sekian.

0 comments:

Post a Comment