UNTUK PARA TETAMUKU

Saturday, May 30, 2009


RAMLI SARIP – BUKAN KERNA NAMA

JANGAN KAU PANDANG
BIBIR YANG MANIS
KERNA DIA BISA MENGHANCURKAN.
JANGAN KAU PANDANG
WAJAH YANG INDAH
KERNA DIA BISA MERACUNMU.
DENGARLAH HAI TEMAN
DENGARKAN BERSAMA
AKU MENULIS BUKAN KERNA NAMA,
KERNA SIFAT KASIH PADA SESAMA INSAN
DAN MENYATAKAN KASIH SAYANGKU,
KITA SAMA SEMUANYA SAMA,
APA YANG ADA HANYALAH KEHIDUPAN,

JANGAN KAU DENGAR
PUISI DUSTA
KERNA DIA MEROSAKKAN JIWAMU,
DENGARKANLAH PUISI DIPUSAKA
YANG TELAH TURUN MENURUN HARI INI,
DENGARLAH HAI TEMAN
DENGARKAN BERSAMA
AKU MENULIS BUKAN KERNA NAMA,
KERNA SIFAT KASIH PADA SESAMA INSAN
DAN MENYATAKAN KASIH SAYANGKU,
KITA SAMA SEMUANYA SAMA,
APA YANG ADA HANYALAH KEHIDUPAN
INI HANYALAH SATU KEHIDUPAN
HANYALAH SATU KEHIDUPAN

JANGAN KAU ALAS
HATIMU ITU
DENGAN SECEBIS WARNA KEHITAMAN,
BIARLAH SEPERTI ANAI-ANAI
LAMBAT LAUN HANCURLAH DIRIMU,
DENGARLAH HAI TEMAN
DENGARKAN BERSAMA
AKU MENULIS BUKAN KERNA NAMA,
KERNA SIFAT KASIH PADA SESAMA INSAN
DAN MENYATAKAN KASIH SAYANGKU,
KITA SAMA SEMUANYA SAMA,
APA YANG ADA HANYALAH KEHIDUPAN

A PART OF MY LIFE




MUKMIN PILIHAN ALLAH DIHADIAHKAN DUGAAN HEBAT TANDA KASIHNYA, TIDAK DIBIARKAN LENA DALAM DAKAPAN LAZAT MELIMPAH, TETAPI DIHIDANGKAN KEPERITAN SUSAH DAN PAYAH YANG TIADA SUDAH...JADI, JANGAN TAKUT UNTUK MELANGKAH DAN JANGAN BERMUSUH DENGAN KESUSAHAN KERANA IA BANYAK MENGAJAR KITA TENTANG KEHIDUPAN.

PERJALANAN YANG JAUH UNTUK MENUJU CITA YANG BESAR




1. THE MOST DIFFICULT LESSON TO LEARN IS WHICH BRIDGE IN LIFE TO USE OR WHICH ONE TO BREAK OFF...

2. MUKMIN PILIHAN ALLAH DIHADIAHKAN DUGAAN HEBAT TANDA KASIHNYA, TIDAK DIBIARKAN LENA DALAM DAKAPAN LAZAT MELIMPAH, TETAPI DIHIDANGKAN KEPERITAN SUSAH DAN PAYAH YANG TIADA SUDAH.

3.JADI, JANGAN KITA TAKUT UNTUK MELANGKAH DAN JANGAN BERMUSUH DENGAN SUSAH.

AKU BUKAN PEJUANG SEBENAR

Kriteria Keahlian Brigade As-Syahid Izzuddin Al-Qassam
Menjadi anggota Hamas samada penyokong atau pendokong, sesiapa sahaja rakyat Palestin dibenarkan kerana ianya terbuka kepada umum sebagai ciri-ciri sebuah gerakan Islam yang tidak menghadkan keahlian atau keanggotan kepada kelompok tertentu sahaja. Namun, untuk menjadi anggota sayap ketenteraan Hamas iaitu Brigade Al-Qassam tidak semudah itu kerana ianya memerlukan jiwa-jiwa yang kental dan siap memikul senjata menghadapi Israel.

Selain dari seorang Muslim yang baik, berakhlak, mampu menjaga kerahsiaan dan kewaspadaan ( sir & hazar ) dan berdisiplin tinggi, pimpinan Hamas meletakkan beberapa kriteria khusus untuk seseorang itu layak direkrut sebagai anggota Al-Qassam. Antaranya adalah seperti berikut :

1) Mendapatkan keizinan dari ibu bapa – ini tidak rumit kerana rata-rata ibu bapa di Palestin inginkan anak mereka syahid.
2) Mendapatkan keizinan dari ketua masjid di tempat tinggalnya yang mengesahkan bahawa : selama 3 bulan berturut-turut pemuda ini tidak meninggalkan solat Subuh berjama'ah di masjid.
3) Anggota Hamas dan Al-Qassam bukan sahaja tidak bermaksiat, menghisap rokok pun tidak.
4) Setiap anggota wajib mempelajari Tafsir Al-Qur'an.
5) Setiap anggota wajib membaca Al-Qur'an sehari satu juz'.
6) Setiap anggota wajib menghafaz 40 Hadith Arba'in ( Imam Nawawi ).
7) Melazimi puasa sunat dan bertahajud.
8) Kecerdasan yang tinggi – buktinya anggota mereka yang banyak melakukan akis bom syahid semuanya golongan hafaz Al-Qur'an, ilmuwan dan intelektual Palestin.
9) Melazimi hadir di majlis-majlis pengajian dan halaqah ilmu.
10) Melazimi zikir harian.
11) Melazimi olahraga atau beriadhah.
12) Anggota Al-Qassam adalah mereka yang sudah siap untuk syahid bila-bila dan dimana sahaja tempat yang akan ditugaskan.

Catatan pengalaman anggota Misi Kemanusian Indonesia
Ketika, Dr.Joserizal Jurnalis, doctor spesialis bedah tulang (orthopedy) yang merupakan Ketua Presidium Medical Emergency Resque Committee ( MER-C) di Indonesia yang sering terlibat dalam misi kemanusiaan dipelbagai belahan dunia pulang dari Gaza baru-baru ini, beliau menyebut mengenai pejuang Hamas:

" paling tidak, setiap pejuang harus boleh menembak tepat sebagai kemampuan standard. Mereka berumur minima 18 tahun "
Untuk menguji sejauhmana, tetamu mereka bukan inteligen Israel, maka Hamas atau Brigade Al-Qassam akan membuat ujian terlebih dahulu. " saya sempat bertemu anggota Al-Qassam dan apabila tahu saya bukan Hafiz Al-Qur'an, saya ditest dulu oleh mereka. Mereka sempat bertanya saya Muslim atau tidak? Saya jawab "ya". Setelah itu mereka bertanya saya tentang hafazan Al-Qur'an. Saya pun membaca Surah Al-A'la. Setelah itu mereka langsung memeluk saya. Kemudian mereka pun membuka album foto saat latihan dan membela diri dan saya memberitahu mereka supaya berhati-hati kerana tidak semua doktor baik (tujuannya) ".

" ketika saya masuk ke Afghanistan dulu, bukan sekadar hafazan Qur'an yang ditanya oleh pejuang-pejuang Afghan. Mereka sangat mahir dalam menghadapi penyusup (intelegen). Kerana agen Mossad( perisikan Israel ) dan agen Russia juga ada yang hafaz Al-Qur'an. Pertanyaan mereka saya tidak duga. Mereka menanya saya siapa bapa saudara Rasulullah? Dihadapan saya senjata M60 sudah terdongak. Padahal pada awal pertemuan, biasa sahaja, tapi lama kelamaan berubah menjadi interogasi (soal selidik). Mereka juga menanya saya siapa anak kesayangan Rasulullah"

" Ini dibuat kerana mereka tahu agen Soviet, NATO, Amerika atau Britain juga telah menyiapkan hafazan ayat-ayat Al-Qur'an, tetapi biasanya mereka akan lupa apabila berhadapan pejuang Afghan. Mereka akan gugup apabila ditanya"..

" hafaz Al-Qur'an adalah standard anggota Al-Qassam. Pada saat menunggu untuk melakukan serangan, mereka menghafaz Al-Qur'an dan menghayati ayat-ayatnya, bukan minum kopi, mereka, apalagi berbual-bual. Dari pelbagai informasi yang saya terima, setiap anggota mereka hanya dibekali dengan sebotol air minum (mineral kecil) 250 ml dan makanan sekadarnya untuk tempoh dua hari. Padahal dalam sebuah front, pertempuran boleh menjadi lebih dari seminggu".

" Inteligen Mesir, Israel, Amerika, Negara-negara Eropah dan Negara Timur Tengah lainnya, banyak berkeliaran di Gaza dan Tebing Barat saat perang baru-baru ini. Tapi Hamas pintar menjaga kerahsiaan. Banyak inteligen adalah rakyat Palestin sendiri yang dibayar oleh agen-agen asing. Memang ada sahaja rahsia yang bocor. Contohnya, ada sebuah gudang dibom Israel sampai tembus ke bahagian dalam dan bawah tanah. Ternyata tempat itu adalah tempat perkumpulan pejuang Palestin. Israel telah tahu dari mata-mata bayaran mereka".

Catatan: Ini bermakna, mempelajari Sirah dan menghafaznya adalah syarat bagi pejuang Afghanistan dan Palestin.

Melihat kepada criteria ini, maka wajarlah kalau Hamas yang dihentam teruk dalam tempoh 22 hari saat serangan Israel ke atas Ghazzah baru-baru ini dan ditambah lagi dengan beberapa hari serangan tambahan, mampu bertahan bahkan menghasilkan korban yang banyak di pihak Israel baik tentera mahupun rakyatnya.

Hamas bukanlah sebuah gerakan jihad yang terlalu mempercayai statistik atau jumlah pihak lawan, namun disudut lain mereka optimis bahawa `bantuan dari langit' adalah penting. Maka bantuan khusus dari Allah dan para Malaikatnya ini tidak mungkin dianugerahkan kepada mereka yang tidak mencukupi syarat sebagai pejuang dan tidak serius. Apatah lagi pejuang yang tidak mempunyai hubungan baik dengan Allah dalam urusan ibadahnya atau sering membiasakan diri dengan maksiat dan kemungkaran.

Fakta Menarik:
a) Dalam pilihanraya 2006, Hamas berjaya memenangi 74 kerusi dan Fatah hanya 45 sahaja.
b) Di Palestin ada 16 daerah besar iaitu 11 di Tebing Barat dan 5 daerah di Semenanjung Ghazzah.
c) Hamas berjaya menguasai 6 kerusi di Jerusalem, 4 kerusi di Jenin, 3 kerusi di Tulkarem, menang kesemua kerusi di Tubas, berjaya mendominasi di Nablus, 5 kerusi di Ramallah dan Al-Birreh, 4 kerusi di Baitlehem dan berjaya memenangi semua kerusi di Jericho dan Qalqiya.
d) Di Ghazzah semua daerah disapu bersih oleh Hamas seperti Hebron, Gaza Utara, Gaza City, Deir Al-Balla, Khan Yunus dan Rafah.
e) Rakyat Palestin ditarbiyyah dengan budaya keilmuan yang tinggi walaupun berada dalam kondisi pengajian yang terbatas akibat situasi peperangan. Namun, dalam setiap kali konvokesyen di Palestin, terdapat 3500 orang Hafidz yang berjaya dilahirkan. Maka Israel menjadikan anak-anak kecil sebagai sasaran serangan mereka kerana melihat bahayanya anak-anak kecil yang ditarbiyyah sebegini hebat dengan jiwa Al-Qur'an.
f) Sangat menakjubkan dalam tempoh 22 hari serangan Israel ke atas Gaza yang mengorbankan lebih 1300 orang dan mencederakan ratusan yang lain, Allah menggantikan dengan kelahiran seramai 3150 bayi-bayi baru Palestin dalam tempoh 22 hari itu.

3 Tokoh Yang Menjadi Inspirator Jihad Hamas

1) As-Syahid Yahya Ayyash – nama sebenarnya adalah Yahya Abdul Latif Ayyash, seorang jurutera yang merupakan individu penting dalam membuat bom dan merancang aksi-aksi bom syahid. Kehebatan beliau menyamar menyebabkan Israel menggelarnya " Lelaki Dengan Seribu Wajah ". Beliau lahir pada 22 Feb 1966 dan syahid pada Jumaat, bulan Jan 1996 apabila telefon tangan yang diangkatnya meletup dan meledakkan dirinya. Rupanya, telefonnya itu telah dipasang bom seberat 50 gram.

2) As-Syahid Sheikh Ahmad Yasin – nama sebenarnya adalah Ahmad Ismail Yasin, lahir tahun 1938 di Utara Gaza dan menjadi sheikh atau murabbi kepada pergerakan Hamas. Dengan tubuh badan yang hampir lumpuh sebahagiannya akibat penderaan didalam penjara Israel dan penjara kerajaan Palestin sendiri, dirinya tetap menjadi kebimbangan yang cukup menakutkan Israel. Arahan beliau dan nasihatnya kepada rakyat Palestin dan pejuang Hamas ibarat malapetaka bagi Israel. Beliau syahid tanggal 22 Mac 2004 selesai Solat Subuh di masjid setelah dibedil 3 peluru dari Apache Israel.

3) As-Syahid Abdul Aziz Ar-Rantisi – nama sebenarnya adalah Abdul Aziz Ali Abdul Hafiz Ar-Rantisi, lahir tanggal 23 Okt 1947 dan syahid dibedil Apache Israel pada 18 April 2004.

Sumber rujukan:
Majalah Sabili, Indonesia – keluaran 12 Feb 2009 – edisi 15..
Majalah Sabili, Indonesia – keluaran 12 Mac 2009 – edisi 17

HIDAYAH ALLAH

Thursday, May 7, 2009



Kali ini terasa berat pula untuk menulis, walau bagaimanapun Alhamdulillah jari jemari ini terus saja menekan keyboard komputer dengan dipandu akal yang waras, ilmu yang cetek dan insyaAllah Iman yang sejahtera bagi terus menyampaikan buah-buah pendapat dan fikiran saya. Tiba-tiba saja saya terfikir, sungguh berbahagia dan beruntungnya manusia yang sedang, dan telah diberi hidayah oleh Allah. Lebih beruntung lagi jika mereka terus istiqomah dengan hidayah Allah sehingga akhir hayat mereka. Allahuakbr!

Sedikit pengalaman saya untuk dikongsi bersama dengan para pembaca yang budiman. Di salah sebuah masjid di Pasir Gudang, Semalam, lepas saja mendengar kuliah maghrib yang telah disampaikan oleh salah seorang ustaz haraki, iaitu Ustaz Nizamuddin berkenaan hinanya dunia di sisi Allah menggunakan kitab Imam Al_ghazali yang bertajuk Penenang Jiwa , kami terus saja solat Isyak secara berjemaah, disusuli dengan tahlil dan doa selamat yang dikepalai oleh ustaz Nizam sendiri. Tidak berapa lama kemudian, selepas saja selesai berdoa datang dua orang pemuda salah seorang darinya Islam dan salah seorang lagi belum lagi Islam. Rupa-rupanya pemuda yang belum Islam itu datang kepada Ustaz Nizam kerana untuk melafazkan kalimah Syahadah, Allahuakbr. Tidak disangka pada malam ini ada seorang hamba Allah yang telah dipilihNya untuk menerima cahaya Islam, suasana di dalam masjid tiba-tiba saja menjadi sayu, gembira dan bersyukur ke hadrat Allah. Para ahli jemaah yang mengerumuni Ustaz dan pemuda tersebut diam saja sambil mendengar penerangan Ustaz Nizam kepada pemuda tersebut. Kalimah Syahadah pun diajar oleh Ustaz kepada pemuda tersebut. Alhamdulillah pemuda tersebut telah pun berjaya diIslamkan. Cuma satu ayat ustaz yang tidak dapat saya lupakan, yang disampaikan kepada pemuda tersebut adalah ‘kamu sekarang telah bersih dari segala dosa umpama bayi yang baru lahir’ ayat ini telah menyentuh dan memukul hati saya, supaya insaf dan sentiasalah bertaubat kepada Allah memohon keampunan kepadaNya. Kadang-kadang walaupun saya telah lama Islam, sebenarnya pemuda itu lebih suci daripada saya. Malunya diri ini dihadapan Allah!

Selain itu juga saya ada satu lagi cerita yang saya dapat dari kawan saya, mungkin boleh digunakan sebagai metod dakwah kalau anda menghadapi keadaan seperti ini juga. Suatu hari, Ada seorang lelaki pergi ke kedai gunting rambut untuk menggunting rambut dan janggutnya. Apabila barber itu memulakan tugasnya, mereka pun berborak dan bercakap mengenai banyak perkara. Tapi bila mereka mula berbicara mengenai Allah, barber itu pun berkata, saya tak percaya Allah itu wujud, kenapa kamu kata begitu? Tanya si lelaki tadi. Cuba kamu keluar di tengah jalan itu dan tunjukkan pada saya bahawa Allah itu wujud. Kalau betul Allah wujud, kenapa ramai sangat orang sakit kat luar tu? Kenapa masih ada kanak-kanak yang terbiar? Kalau betul Allah wujud dah tentu tiada kesakitan dan keperitan hidup dalam dunia ni. Saya tak dapat bayangkan Allah yang Maha Penyayang boleh membenarkan semua ini berlaku? Si lelaki itu pun berfikir sejenak. Tapi dia tidak memberi sebarang jawapan kerana tidak mahu memulakan pertengkaran. Selepas barber itu menghabiskan tugasnya, si lelaki tadi pun pergi. Selepas beberapa langkah, si lelaki tadi ternampak seorang lelaki berambut panjang, selekeh, kotor dan janggut yang tidak terurus. Si lelaki tadi pun berpatah balik dan pergi semula ke kedai gunting rambut tadi dan berkata “kamu tahu tak yang sebenarnya barber juga tidak wujud!” kenapa kamu kata macam tu? Sedangkan saya baru saja gunting rambut kamu tadi.” Kata barber. Tidak! Kata si lelaki tadi. Kalau barber wujud. Dah tentu tidak ada orang yang berambut panjang, tidak terurus dan kotor macam lelaki di tepi jalan itu. Ah! Barber memang wujud! Lelaki tu jadi macam tu sebab dia tak datang pada saya untuk menggunting rambutnya . kata Barber. Tepat sekali. Kata si lelaki tadi. That’s the point Allah juga wujud. Itulah yang terjadi keperitan & penderitaan jika manusia tidak mengingati Allah dan kembali pada Allah untuk memohon pertolongan.

Antara cara untuk mendapatkan hidayah Allah atau kita hendak hidayah Allah itu sampai kepada kita, kita kenalah menyediakan bekasnya. Apa dia? Iaitu Bekas untuk kita terima hidayah Allah adalah amalan yang ikhlas. Susah pula nak jelaskan maksud ikhlas ni. Tidak mengapa, yang penting kita buat saja amalan-amalan baik yang tidak menyalahi syariat Allah dan pastikan setiap amalan kita itu semata-mata kerana Allah. Rezki, habuan dan ganjaran apa sekalipun biarlah Allah saja yang menentukanNya.

Saya akhiri tulisan saya dengan sepotong ayat quran yang bermaksud:

Al-Baqarah
[2.42] Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.