'Turning Point' Untuk Hukum Hudud Di Malaysia

Friday, August 28, 2009



Assalamua'laikum

Nama Kartika Seri Dewi semakin hari semakin hangat disebut-sebut terutamanya dalam kalangan barisan kabinet negara ataupun pengamal undang-undang syariah di Malaysia yang mungkin sedang meneliti kembali sistem perundangan syariah di Malaysia kerana permintaan saudari Kartika untuk disebat dirinya atas kesalahan meminum arak di hotel. Kalau dulu orang yang buat dosa dengan Allah merasa bongkak dengan Allah bahkan bangga dengan maksiatnya tapi hari ni muncul seorang PEREMPUAN yang buat salah dengan Allah dan minta hukum Allah dilaksanakan ke atas dirinya supaya Allah mengampunkan dosanya tiba-tiba dihalang pula oleh manusia yang kerdil lagi hina di sisi Allah. Memang kadang-kadang manusia ni pelik.

Berdasarkan kenyataan orang nombor satu negara, kita tidak dapat laksanakan hukum sebat ke atas Saudari Kartika kerana menghormati bulan Ramadhan kemudian dengar-dengarnya pula sebab tidak ada tukang sebat. (Saya tak mahu ulas panjang tentang kenyataan beliau sebab mungkin pakcik kedai kopi pun boleh tolong ulas)

Mungkin para pembaca perasan sebelum tiba isu Kartika ni terlebih dulu terjadi isu arak di Selangor kan? dan para ulama' kita telah mengupas dan menjawab persoalan tentangnya. Kemudian datang seorang perempuan yang telah minum arak di hotel dan minta dirinya dihukum dengan hukum Islam atas kesalahannya itu.. agak-agaknya apa maksud tersurat dan tersirat mengenai 'Perbicaraan' Allah dengan kita sekarang ni ye?

Pada pandangan saya, mungkin sudah tiba masanya untuk masyarakat malaysia samada Muslim atau Non-Muslim membuka mata tentang hukum Allah ini. Bagaimana perlaksanaannya? Betul ke tidak sesuai di Malaysia? Siapa yang bertanggungjawab dan dipertanggungjawabkan untuk melaksanakannya? Apa hikmahnya? Saya tinggalkan beberapa persoalan untuk kita sama-sama berfikir tentang apa yang berlaku sekarang ini. tepuk dada tanya iman masing-masing. Kes Saudari Kartika ini insyaAllah akan menjadi batu loncatan kepada suatu perubahan positif sistem undang-undang syariah negara dan masa depan Agama Islam di Malaysia tercinta ini.

Sepertimana kita selalu yakin dan percaya bahawa masa depan dunia ini di tangan Islam, kita juga optimis bahawa hukum Allah akan dilaksanakan juga di Malaysia ini, persoalan sama ada cepat atau pun lambat itu kita tidak tahu. Akan tetapi yang pentingnya usaha dan kerja-kerja Islam untuk meletakkan Al-Quran dan As-Sunnah di tempat yang tertinggi dan sepatutnya mesti dilaksanakan non-stop...

Syabas kepada Kartika semoga Allah mengampunkan dosa saudari dan kita semua.
Sekian..

0 comments:

Post a Comment