Eksklusif Dari Mas’ul Sempena Ramadhan 2 Tahun Lepas

Wednesday, September 2, 2009


Izinkan Kami Tumpang Berjuang..Sebenarnya kenyataan ini tidak perlu ku keluarkan tetapi demi kemaslahatan umat dan Islam, ku memaksa diriku untuk menulis. Biasanya, SMS yang ku hantarkan kepada kalian tetapi ruang tidak membenarkan… Ramadhan bulan tarbiyah untuk umat Islam dan ia adalah bulan yang ditunggu oleh semua pendokong dan pejuang Islam seluruh dunia… Tetapi ku memerhatikan hampir seminggu Ramadhan berlalu, tidak ramai pejuang yang mengambil kesempatan.. Tadarus al-quran ada yang tidak bersama, berbuka puasa jarang di masjid atau surau, solat berjemaah terutamanya Subuh diabaikan malah ada yang lewat… Ku ingin bertanya diriku dan kalian semua, adakah ada bulan lain yang lebih mulia dari bulan ini? Untuk apa kalian bersama perjuangan Islam? Bersyukurkah kita dengan hidayah yang mahal ini? Untuk siapa keletihan dan kepenatan kita selama ini? Waktu bila lagi yang sesuai untuk mendidik jiwa dan roh?... Sahabat, kita pejuang Islam dan kita berbeza dengan yang lain…kenapa yang bukan pejuang lebih ke hadapan dalam tarbiyah berbanding kita? Cuba perhatikan… sebenarnya tadarus, berbuka puasa di surau atau masjid dan solat berjemaah adalah waktu untuk eratkan ukhuwwah dan berkenalan dengan mad’u yang baru di bulan ini. Tunjukkan akhlak pejuang pada mereka, bagi yang baru inilah peluangnya untuk lebih rapat dengan yang lain…

Sahabat, 30 minit selepas terawih peruntukan untuk tadarus dan jangan berkira dengan Allah. Alasan memang memang tidak dinafikan kerana otak kita berfikir untuk beralasan bukan berfikir untuk perjuangan… memang susah tetapi sebenarnya mudah Cuma kita yang menyusahkan.. memang berat tapi sebenarnya ringan Cuma kita yang memberatkan. tidak ku nafikan ramai juga ahli kita yang istiqomah, terima kasih Allah kerana mengurniakan mereka kepada kami.. Sekurang-kurangnya mereka pembakar semangat bagi kami.. main game, beralasan, malas bukan kamus dari perjuangan Islam.. ku memohon maaf jika ada yang tersentuh dan terasa dengan coretan ini… Tetapi demi kesinambungan Islam di sini ku terpaksa. Demi Allah ku sayangkan kalian tetapi aku lebih menyayangi perjuangan Islam dari segalanya kerana aku hanya ada Islam… Ya Allah, terima kasih kerana sudi tumpangkan kami dalam perjuangan ini.. Sepatutnya ku menegur dalam liqa’, tetapi ku tak mampu kerana air mataku pasti mengalir jika ku bercakap tentang perkara ini.. ketika ku menulis coretan ini pun air mata ku mengalir tanpa disedari... Ini adalah bekalan ku kepada kalian sempena kem Tamsas... maaf kerana tidak dapat bersama bukan tidak sudi tetapi keadaan tidak membenarkan.... ku menyedari kekurangan diri, namun ku ingin diriku dan kalian turut serta berjuang dengan melaksanakan tugasan setakat kemampuan.. moga Tuhan menerimanya untuk menjadi bekalan kita di akhirat kelak.

Ya Allah sedikitnya sumbanganku untuk agamaMu...Kehidupanku menyibukkanku sehingga amat sedikit masa yang aku curahkan untuk agamaMu

............Bukan Sekadar Muhasabah........

0 comments:

Post a Comment