'AUDIT FINDING' - PAC TUMPU 10 ISU

Monday, November 8, 2010

23 Dzulka'edah 1431 H
31 Oktober 2010

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan menyiasat 10 masalah membabitkan ratusan juta ringgit dan menjadi antara faktor utama mengapa hutang kerajaan melonjak kepada paras yang paling tinggi dalam tempoh lima tahun:

Tindakan Kementerian Pertahanan menggunakan peruntukan daripada Pakej Rangsangan Ekonomi untuk membeli sistem audio visual, lampu hiasan bernilai RM10,000 dan kerusi sofa berharga RM26,000.

Mengapa kementerian yang sama terpaksa membayar lebih RM800,000.00 untuk menjalankan kerja-kerja baik pulih untuk projek yang menelan belanja RM1.27 juta.

Mengapa Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia mengikat perjanjian dengan pihak ketiga dan sekali gus melanggar syarat bahawa kerajaan persekutuan tidak terikat untuk membayar RM240 juta dalam bentuk bon terbitan LKIM.

Mengapa Kementerian Kewangan tidak menamatkan kontrak sebuah syarikat yang gagal menyiapkan projek mengikut jadual untuk Pelabuhan Pulau Pinang Sdn Bhd (PPSB), mengakibatkan kosnya naik RM6.71juta. Syarikat itu diberikan kontrak berkenaan tanpa ditender. PPSB kemudian bertindak untuk menambah anggaran kos projek untuk fasa ketiga dari lebih RM400 juta kepada RM600 juta. Dua syarikat kontraktor kemudian dilantik secara terus untuk melaksanakan projek itu untuk RM682 juta.

Mengapa Perbadanan Tabung Pusat Pengajian Tinggi PTPTN member pinjaman berjumlah RM23 juta kepada lebih 6,000 pelajar yang tidak memohon bantuan itu.

Menapa program rawatan haemodialisis Kementerian Kesihatan dibelenggui masalah termasuk pesakit menunggu terlalu lama untuk rawatan, peralatan dan perubatan masih belum diterima walaupun pembayaran sudah dibuat. Malah Kementerian Kesihatan membayar hampir RM300,000.00 kepada Persatuan Haemodialisis Klang namun persatuan itu belum membuka pusat rawatan setakat ini.

Program Makanan Tambahan kepada murid-murid Sekolah (RMT) membekalkan makanan jauh lebih kurang daripada syarat kontrak. Mereka hanya diberikan roti putih dan marjerin dan bukan sandwic sardin serta buah-buahan dan minuman berkhasihat .

Mengapa Kementerian Pertahanan menyerahkan dua bidang tanah kepada sebuah syarikat yang kemudian mencagarkannya untuk mendapat pinjaman bank RM465 juta. Syarikat berkenaan hanya menyiapkan 18% daripada projek membina kompleks tentera bernilai RM256 juta.

Mengapa projek Institut Politeknik Muadzam Shah di Pahang tiga kali bertukar tangan sejak ia dimulakan pada September 2001 dengan kontrak bernilai RM219 juta. Kos projek berkenaan kini meningkat 34.6 peratus kepada RM294.74 juta, dan ini tidak termasuk RM10.55 juta yang terpaksa dibayar sebagai kos perunding dan juga sejumlah RM130,000.00 yang terpaksa ditanggung kerajaan bagi kos penyewaan bangunan untuk penuntut institut berkenaan.

Mengapa Perbadanan Aset Keretapi (PAK) yang ditubuhkan pada 1992 iaitu selepas Keretapi Tanah Melayu diswastakan, hanya 30% aset tanah berkenaan telah dipindahkan kepada PAK. KTMB pula telah menjual lima lot kepada pemaju swasta sebelum PAK dapat mengambil semula hak milik menyebabkan PAK kerugian RM335.32 juta.

http://tuanibrahim.blogspot.com/

0 comments:

Post a Comment