Kepercayaan, Ukhuwwah Plastik & Mind Set Materialistik.

Monday, October 25, 2010

Salam Korban….
Cubaan ke 2 saya menulis tentang tajuk ni.. Tak tahu kenapa tajuk ni terlalu berat bagi saya untuk diceritakan… mungkin bimbang takut ada yang tersinggung.
Kalau kita hadam tentang 10 rukun bai’ah yang digariskan oleh As-Syahid Imam Hassan Al-Banna, kita akan dapati ukhuwah @ persaudaraan berada di tangga ke-9. Apa maknanya ya? Saya biarkan sahabat2 yang saya sayangi menjawabnya.
 Walau bagaimanapun  bukanlah maksud saya untuk mengatakan ukhuwwah itu tidak penting, cuma ada beberapa perkara lain yang mesti kita laksanakan dan teruskan sebagai contoh  tentang amal dan jihad yang masing-masing berada di tangga ke 3 dan ke 4 dalam 10 rukun baiah kita.
(Mereka kata kita berukhuwwah seperti biasa). Imam masjid kampung saya pernah menjelaskan tentang makna ukhuwwah dalam khutbah jumaat raya aidilfitri yang lepas. Ukhuwwah ialah persamaan. Sama ada dari segi matlamat, harapan, gerak kerja dan sebagainya. Maknanya apa ya kawan-kawan? Maknanya tiada ukhuwwah lagi antara kita yang ada hanyalah ukhuwwah plastik

Sebenarnya antara kita dengan mereka yang ada hanya kawan biasa. Bukan kita yang putuskan tapi mereka yang inginkan. Kesiannya kepada mereka yang menjadi mangsa keadaan. Walau bagaimanapun insyallah kita akan terus berusaha dan berdoa semoga keadaan akan menjadi semakin baik dan lebih baik daripada sekarang.
Berbalik kita kepada perkara yang lebih utama iaitu tentang amal dan jihad. Atau dengan kata lain gerak kerja kita lah. Dalam mana-mana organisasi lebih-lebih lagi dalam organisasi jemaah islam banyak perkara penting yang mesti kita laksanakan sehingga ada ungkapan arab menyatakan “al-wajibat aksaru minal aukaat” iaitu kewajipan lebih banyak daripada masa yang ada.
Nasihat naqib saya pada usrah mingguan yang lepas kalau boleh ahli jemaah minta tolong kurangkan atau tinggalkan perkara yang sia-sia dan merugikan masa kita sebab terlalu banyak kewajipan kita kepada amanah-amanah Allah.
Dalam jemaah islam (alumni),  kita ada presiden, ahli-ahli majlis tertingginya, jawatankuasa2 yang telah dilantik dan ahli-ahli jemaah yang lain. Tidak mungkin bagi seorang presiden untuk memantau kesemua ahli bawahannya seorang demi seorang. Tapi apa yang ada adalah Kepercayaan kepada sahabat-sahabatnya untuk sama-sama melaksanakan amanah yang telah diberikan. Serta dalam masa yang sama, kita sama-sama saling jaga menjaga antara satu sama lain bukan saling memecah belahkan.
Bila bergelar alumni ni, saya yakin dan percaya kita semua semakin sedar tarbiyah midaniah (realiti) yang kita alami sekarang terlalu Jauh bezanya antara tarbiyah nizamiah yang penah kita bina sewaktu di kampus dulu.
Mungkin ada setengahnya masih tercari-cari hala tuju selepas grad, ada yang sedang mencari pekerjaan yang tetap, bagi muslimin ada yang sedang merancang untuk kahwin, bagi muslimat ada yang sedang menunggu jodohnya, ada yang menunggu kelahiran anak pertama ada juga yang ingin sambung belajar dan sebagainya.
 Walau apa pun keadaan kita saya mengingatkan diri saya dan sahabat-sahabat saya supaya jangan kita lari dari matlamat dan sasaran kita. Mungkin ada yang berkata saya dah tak layak untuk bersama jemaah kerana tak mampu, dan mungkin ada yang berkata saya dah tak layak bersama jemaah kerana saya semakin jahat dan ada yang berkata saya dah tak layak bersama jemaah kerana saya semakin jauh dengan jemaah. Jangan sahabat-sahabat…nyahkan bisikan-bisikan syaitan dalam diri kita itu.
Cubalah untuk positifkan diri dan sentiasa memperbaiki diri kita kea rah yang lebih baik seperti mana kata Ustaz saiful Islam “Ubah diri & seru orang lain.” Islam (jemaah) sesekali tidak pernah perlukan kita tapi kita selalu perlukan Islam (jemaah).
Saya ada baca satu buku menarik dan mungkin sahabat-sahabat saya juga pernah membacanya iaitu “Jalan Da’wah Antara Keaslian Dan Penyelewengan” karangan Ustaz Mustafa Masyhur. Dalam bab peratama beliau ada menyebut tentang penyelewengan dari matlamat dan bab kedua pula tentang penyelewengan dari sudut sasaran.
Adapun matlamat kita adalah Allah dan 2 sasaran kita adalah
1.    Membebaskan watan islami dari apa saja kuasa asing.
2.    Menegakkan daulah islamiyyah yang bebas merdeka di negara ini dengan mengamalkan hukum-hukum islam.
Sehari-harian kehidupan kita sebenarnya, kita selalu dipermainkan oleh pemikiran logik kita sehingga Allah selalu diketepikan dari hati dan otak kita. Inilah dosa akhir zaman yang mesti kita tanggung. Penyakit “Cintakan dunia dan takutkan mati” Mind Set Materialistik yang melampau menjadikan kita hanyut mengejar dunia. Seolah-olah tak ada duit susah nak bergerak. Tak ada duit susah nak kahwin. Tak ada duit susah nak berprogram. Saya tidak menafikan duit itu penting tapi kalau boleh biarlah berpada-pada.
Teringat saya semasa bermusyawarah bersama ketua lujnah tarbiyah pemuda pas negeri johor. “Kata ustaz yim duit ni telah menjadi masalah besar kepada ahli gerakan islam. Kalau kita boleh kurangkan kita kurangkan.” Katanya ringkas. Kerana apa ya sahabat2? kerana kita telah dimainkan oleh pemikiran kita. Kalau tak ada duit tak boleh buat program.
[InsyaAllah kalau ada kesempatan lain saya akan ceritakan tentang sistem kapitalis yang semakin merosot sekarang dan duit-duit kertas yang sedang berlegar sekarang hanya akan menjadi kertas biasa yang tidak bernilai] Sebagai ahli gerakan kita kena mengkaji dan menyedari tentangnya.
Walau bagaimanapun saya mengakui untuk menanggung beban hutang kereta, rumah, belajar dan perancangan2 lain untuk masa depan menjadikan kita selalu kabur dari matlamat dan merencatkan perjalanan laju kita. Akan tetapi selagi mana kita positif atas ujian-ujian ini insyaAllah kita akan mampu menghadapinya tapi mungkin perlukan masa. Memang betul masa sebahagian daripada rawatan untuk mendidik sabar dan thabat.
 InsyaAllah semoga kita sentiasa dipermudahkan untuk melaksanakan amanah – amanah Allah ini.
Sekian…

0 comments:

Post a Comment