Untuk Calon Zaujah

Tuesday, August 4, 2009



Assalamua’laikum wbt.
Kehidupan dunia ini hanya sementara bak kata orang inggeris ‘life is short’. Walau bagaimanapun setiap kita sebagai hamba Allah diberi tugas dan amanah untuk dilaksanakan dalam tempoh hayat masing-masing. Ada orang mengadap Allah dalam keadaan dia belum menyempurnakan amanah yang ditugaskan. Ada orang dijemput Allah dalam keadaan dia telah selesai melaksanakan amanah yang diberikan. Aku berdoa supaya aku mengadap Allah dalam keadaan husnul khatimah dan aku telah bersedia untuk mengadap Allah. Kepada calon isteriku warkah ini ku taip untuk sentiasa mengingatkan kita kepada destinasi sebenar arah hidup ini..

Ya ukhti..
Kahwin bukanlah satu matlamat dalam kehidupan kita ini. Sepertimana ku memilih mu sebagai teman pelayaran hidupku juga bukanlah antara matlamat hidupku ini. Namun semua itu adalah merupakan jalan-jalan yang perlu ku pilih untuk menuju ke matlamat dan destinasi kehidupan yang sebenar. Kahwin dalam tuntutan agama adalah untuk menyempurnakan agama dalam hidup kita. Begitulah juga dengan ku. Dan ku memilih dan mencintaimu adalah kerana agama yang ada padamu dan perjuangan Islam yang kamu perjuangkan. Jika kamu tinggalkan satu antara dua itu secara automatik juga hilangnya cintaku padamu.

Ya ukhti..
Bila mana kamu memilihku sebagai calon suamimu. Maka hendaklah kamu sedar dan percaya kamu akan dimadukan dengan perjuangan yang telah diamanahkan kepada kita. Begitu juga dengan diriku hendaklah ku sedar bahawa calon isteriku juga seorang pejuang yang mana terbeban amanah pada dirinya. Aku sayangkan kamu tapi aku lebih sayangkan Islam sebagai agamaku dan agamamu.

Ya ukhti..
Aku sekarang sudah punya pekerjaan tetapi aku tidak tahu sampai bila aku akan terus mampu untuk bekerja dan pekerjaan ini akan terus menjadi milikku bagi menyara keluarga kita nanti. Walau bagaimanapun aku akan terus berusaha sedaya upayaku untuk membahagiakanmu seperti mana perintah Allah yang menjadikan mu sebagai amanahku.

Ya ukhti..
Aku sekarang sudah punya perancangan masa depan untuk hidup bersama mu, namun aku sentiasa ingat dan sedar bahawa Allah juga punya perancangan untuk kita dan aku tidak tahu adakah perancangan ku sama dengan perancangan Allah untuk membahagiakan mu dan memberi yang terbaik untuk keluarga kita nanti dengan sedaya upayaku. Walau bagaimanapun aku akan terus berusaha sedaya upayaku untuk membahagiakanmu seperti mana perintah Allah yang menjadikan mu sebagai amanahku.

Ya ukhti..
Jika wang,dan harta yang kamu inginkan dariku, maka aku bukanlah calon terbaik untuk semua itu. Kerana modalku hanyalah Islam, dan hartaku juga Islam yang ku perjuangkan. Ku memohon maaf jika suatu masa nanti dirimu akan hidup susah kerana berkahwin denganku dan mungkin suatu masa nanti aku juga sudah tiada upaya untuk menangungmu dan membahagiakanmu. Walau bagaimanapun aku akan terus berusaha sedaya upayaku untuk membahagiakanmu seperti mana perintah Allah yang menjadikan mu sebagai amanahku.

Ya ukhti..
Aku sekarang masih lagi punya tenaga dan kekuatan untuk terus berusaha dan bekerja bagi memberi yang terbaik untuk keluarga kita nanti. Tetapi aku tidak tahu selama manakah aku akan terus punya kekuatan dan tenaga ini untuk memberi yang terbaik kepadamu dan kepada anak yang bakal kamu lahirkan nanti (InsyaAllah). Walau bagaimanapun aku akan terus berusaha sedaya upayaku untuk membahagiakanmu seperti mana perintah Allah yang menjadikan mu sebagai amanahku.
Amin....InsyaAllah...

0 comments:

Post a Comment