Assalamua'laikum..
Menangkap orang tanpa bicara merupakan satu kezaliman bahkan juga dilarang dalam Islam. Jadi alhamdulillah semalam bersamaan 1 Ogos 2009. Satu perhimpunan aman telah berlangsung di ibu kota Kuala Lumpur untuk menentang undang2 (ISA) zalim kerajaan pemerintah hari ini.
Syukran, tahniah dan syabas kepada para demonstran yang telah bersama-sama turun ke ibu kota yang datang dari setiap pelusuk tanah air yang terdiri daripada politikus-politikus pakatan rakyat, pejuang-pejuang Islam, aktivis-aktivis massa, ahli-ahli NGO, sahabat-sahabat jemaah Islam Kampus, orang-orang perseorangan dan sesiapa sahaja yang telah bersama kami semalam.
Biarpun gas pemedih mata dan water canon anjing hitam pihak kerajaan zalim sering saja mencemaskan dan menghalang perhimpunan kita tapi itu hanyalah cabaran biasa jika ingin dibandingkan dengan tahanan2 ISA yang telah lama diseksa dan di tahan tanpa bicara di kem kamunting apelah sangat asap dan air itu. Lebih sadis lagi kalau kita ingin bandingkan dengan saudara2 se-Islam di Ghaza. Ya Allah malunya diri ini kerana sedikit cuma usaha kami untuk agama-Mu.
Moga-moga usaha yang sedikit ini mampu untuk menyelamatkan kita di kehidupan yang akan datang dan menjadi saham untuk membayar janji Allah kepada hamba-hambaNya yang membantu agamaNya..ALLAHUAKBAR.
Sekian..
ULAMA' & USTAZ
POLITIKUS
SAHABAT
EX-FALAHIAH
SAHABAT D'GAMIS
TANZIM ISLAM
TEMAN2 ARTIS
Feedjit Live
MANSUH AKTA ZALIM (ISA)
Sunday, August 2, 2009Posted by abusafuan at 8/02/2009 03:21:00 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment