Selamat Hari Guru...16 Mei 2010

Sunday, May 16, 2010


16 Mei 2010
Sepertimana dulu-dulu dan saya pun tidak pasti sejak bila, tarikh 16 Mei ini mengingatkan kita semua kepada guru-guru kita kerana ia telah dimaktubkan oleh kerajaan bahawa tarikh ini adalah sambutan hari guru seluruh Malaysia.

Selalu juga kita baca sajak-sajak puitis, cerita-cerita yang menyentuh hati dan sebagainya tentang guru untuk menunjukkan betapa besarnya pengorbanan seorang guru dalam menjadikan kita seorang manusia. Hari ini masih ada seorang perdana menteri untuk mentadbir negara, lahir lagi doktor-doktor, polis-polis dan tentera-tentera untuk berkhidmat, dan mahupun kita seorang petani atau pun cuma pekeja biasa dan siapa pun kita, insyaAllah saya yakin dan pasti kita pernah belajar dari seorang guru. Dari mengenal alif, ba, ta, ABC dan 123 hinggalah mampu meraih phd, master, ijazah, diploma ataupun sijil, pasti ada yang pernah mengajar kita.  itulah dia guru.

Begitu juga saya, dalam kesempatan yang masih ada ini saya ingin menerjemahkan rasa cinta, sayang dan terima kasih saya kepada guru-guru saya sama ada yang masih hidup ataupun telah meninggal dunia melalui laman blog ini. Kata Saidina Ali kw siapapun yang pernah mengajarku satu ayat biarpun dari kalangan orang bukan Islam dia tetap juga guruku.
Akhir kalam terimalah luahan hati yang inginku sampaikan kepada guru-guruku semua. Terima kasih cikgu-cikgu dan jasamu hanya Allah lah yang mampu membalasnya.
Jasamu bagaikan lautan;
Terlalu luas dan dalam;
Kasih sayangmu begitu agung;
Yang meniti setiap suka dan duka;
Tidak dapat ku balas;

Bagaikan pasir pantai;
Yang sukar untuk dihitung;
Begitulah pengorbanan;
Yang ku tuntut setiap kali;
Aku melihat alam;

Kejayaan ini adalah titik mulia;
Untuk memperoleh kejayaan lebih cemerlang;
Pada hari-hari mendatang;

Hari semalam, hari ini dan hari mendatang;
Bisikanmu guru masih menjadi keramat;
Mengatur langkah menentu haluan;
Mengukur langkah menentu haluan;

Terima kasih, guru;
Sepanjang hayat, namamu tetap wangi di ingatan.

0 comments:

Post a Comment