Terdapat pelbagai reaksi di kalangan golongan muda terhadap realiti gerbang perkahwinan. Malah Ketua Perunding Psikologi, Pusat Psikologi Malaysia, Dr Edward Chan berkata pasangan remaja kini lebih mementingkan kehebatan majlis perkahwinan daripada pengisian hubungan sebagai suami isteri. Beliau juga berpendapat betapa pasangan remaja ini banyak menekankan tentang hubungan seks pada awal perkahwinan, tetapi tidak kepada penekanan terhadap hubungan sebenar dalam sesebuah perkahwinan. (Akhbar KOSMO m/s 4, Khamis 16 MAC 2006)
Namun yang amat mendukacitakan pada zaman mutakhir ini, ramai pemuda muslim menahan diri untuk segera menikah kerana takut pada beban tanggungjawab yang akan dipikul walaupun sudah sampai seru@
sudah pandai berkasih-kasihan dengan kaum bukan sejenis mereka. Hari ini kita melihat ramai pemuda Islam
yang terjebak dengan budaya ‘couple’ sedangkan hakikat kasih sayang yang mereka jalinkan itu adalah selayaknya disalurkan melalui gerbang perkahwinan seperti yang telah difirmankan oleh Allah:
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmatNya bahawa Dia menciptakan untuk kamu(wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jeniskamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan di antara kamu (suamai-isteri)perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. (Ar-Rum21)
Lihatlah betapa indahnya bahasa al-Quran dalam mengambarkan keperluan manusia pada perkahwinan dalammemberikan ketenangan dan kebahagiaan yang lahir hasil daripada perkahwinan.
Dalam sesetengah situasi ada juga di kalangan mahasiswa Islam yang menahan diri untuk tidak segera menikah kerana alasan keperluan untuk menyelesaikan kuliahnya di universiti. Dia percaya bahawa dengan tidak berkahwin maka dia telah melengkapkan dirinya untuk menyiapkan masa depan yang cerah, dianggap akan mengangkat darjatnya dan meninggikan kedudukannya. Ataupun pelbagai alasan yang bersandarkan pada adat dan tradisi.
Apabila seorang manusia itu dilarang daripada berkahwin, dia akan memenuhi keperluan nafsunya dengan cara yang haram, semua orang mengetahui dengan jelas bahawa zina adalah perbuatan yang tidak berakhlak.ia boleh merosakkan keharmonian rumahtangga,mencabul kehormatan, menyebarkan wabak penyakit serta menimbulkan tekana jiwa dan perasaan.Untuk menjaga akhlak dan memeliharanya daripada rosak, Rasulullah s.a.w bersabda:
Apabila orang yang kamu redha agama dan akhlaknya datang meminang, hendaklah kamu kahwinkannya. Sekiranya kamu tidak melakukannya nescaya akan timbul fitnah dan kerosakan di atas muka bumi. (Riwayat Tirmizi dalam kitab nikah bab apabila orang yang kamu redha agamanya datang meminang, hendaklah kamu kahwinkannya, nombor 1080 daripada Abu Hatim al-Munzi)
PERKAHWINAN DARI PERSPEKTIF ISLAM
Dari segi bahasa, nikah ditakrifkan sebagai “percantuman” dan “pertembungan” atau sebagai gambaran kepada persetubuhan dan ‘aqad. Dari segi syara’ dikenali sebagai ‘aqad perkahwinan. Manakala syara’ pula telah mendefinisikan perkahwinan sebagai satu aqad’ yang mengharuskan seorang lelaki melakukan hubungan jenis dengan seorang perempuan, malah boleh juga melakukan apa saja dengan perempuan itu termasuklah yang berkaitan dengan seks seperti mencium, memeluk atau seumpamanya, dengan syarat perempuan itu bukan mahram kerana keturunan, susuan atau ikatan perkahwinan.
Perkahwinan disyari’atkan oleh al-Quran, al-Sunnah dan al-ijma’. Dalil pensyari’atan perkahwinan daripada al-Quran adalah firman Allah S.W.T
…maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain), dua, tiga atau empat…( Surah al-Nisa’ 4:3)
Dan kahwinkanlah orang-orang bujang ( lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan….(Surah al-Nur 24:32)
Dalil pensyari’tan perkahwinan daripada al-Sunnah adalah daripada sabda Rasulullah s.a.w :
Wahai para pemuda, sesiapa di antara kamu mampu memikul tanggungjawab perkahwinan, hendaklah dia kahwin, sesungguhnya perkahwinan itu menahan pandangan dan memelihara kemaluan( kesucian). Dan bagi sesiapa yang tidak mampu (berkahwin) maka hendaklah dia berpuasa, kerana puasa akan dapat menahan nafsunya. (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
Malah dalam pandangan Islam, pernikahan bukanlah suatu aib dan bukan pula suatu kekurangan. Tetapi pernikahan adalah sesuatu yang mulia dan sempurna. Melalui pernikahan seseorang itu boleh mencapai tujuan yang mulia. Maka tidak hairanlah pernikahan itu mampu menjadi benteng daripada keburukan syahwat, menjaga pandangan daripada perkara yang haram, menjauhi zina dan dosa, membahagiakan jiwa, menyenangkan isteri dengan berbincang dan bersuka ria dengannya.
Sesungguhnya jiwa manusia itu cenderung tidak sabar dan ingin lari daripada kebenaran. Apabila manusia itu tidak mengambil manfaat kenikmatan melaui cara yang halal, maka dia akan cenderung untuk melakukan perkara yang haram. Ini adalah berdasarkan kepada hadith dari Rasulullah s.a.w mengenai keutamaan pernikahan.
Dunia itu adalah perhiasan. Dan perhiasan dunia yang terbaik adalah wanita shalehah. (hadith riwayat Ibnu Majah dalam kitab Sunan Ibnu Majah)
Dalam al-Quran, Allah ada menjelaskan tentang kenikmatan dunia yang sementara;
Padahal kehidupan dunia itu (dibanding) kehidupan akhirat, hanyalah kesenangan (yang sedikit) (Surah Ar-Ra’ad 13:26)
Malah sebaik-baik kenikmatan yang dirasakan oleh seorang manusia di muka bumi ini adalah perempuan yang solehah lagi menyenangkan jiwa, kerana wanita yang seperti ini termasuk daripada kebahagiaan seorang lelaki.
HIKMAT PENSYARI’TAN PERNIKAHAN
Perkahwinan diharuskan oleh syara’ supaya memelihara seseorang itu tercebur ke dalam perkara-perkara yang ditegah oleh agama malah bertujuan untuk memelihara keturunan manusia daripada pupus dan hilang. Melalui perkahwinan juga melahirkan sikap bekerjasama di antara pasangan suami isteri dalam menghadapi cabaran hidup, di samping menyemaikan rasa kasih sayang antara kumpulan masyarakat dan mengeratkan perhubungan antara dua keluarga yang terlibat dalam perkahwinan.
Perkahwinan juga bertujuan mengikat suami, isteri dan anak-anak dengan ikatan yang kukuh.
Ikatan itu boleh menghilangkan rasa sunyi. Malah ia dapat menjadikan seseorang itu lebih berupaya memikul tanggungjawab yang lebih besar dan berat serta dapat menghadapi hidup dengan berani dan lebih tenang menghadapi cabaran yang mendatang. Justeru itu, seseorang itu akan lebih yakin dan bersemangat keraan menyedari kerja yang dilakukannya bukan untuk dirinya saja tetapi turut sama dikongsi dengan isteri tercinta.
Hal ini perkahwinan semasa belajar menjadi asas perbincangan, realiti bernikah ketika belajar merupakan suatu fenomena yang perlu ditangani secara khusus. Semua pihak harus membuka minda terutama masyarakat dewasa untuk melihat secara terperinci adakah faktor pernikahan disebabkan oleh dorongan negatif dan boleh menghancurkan masa depan pelajar dalam menguasai sesuatu ilmu di dalam universiti atau ia merupakan dorongan yang positif yang akan membawa seribu satu kebaikan kepada pelajar dan mematangkan mereka dalam melaksanakan tanggungjawab. Bagi menyelesaikan masalah ini, sewajarnya golongan dewasa jangan terlau mudah melatah dan mengambil keputusan singkat tanpa memikirkan kesan dan akibat daripada tindakan yang diambil.
Lazimnya, pandangan dan keinginan yang dikemukakan oleh mahasiswa dan mahasiswi mempunyai fakta yang jelas untuk dipertimbangkan dan janganlah dianggap ia sebagai masalah picisan, bagaikan debu ditiup angin terus menghilang tanpa ada kesan.
RUJUKAN
muhammadridwanto.wordpress.com
Syaikh ash-Shabuni. 2004. Hadiah untuk Pengantin . Mustaqiim
Wahbah al- Zuhaili. 2001 .Fiqh Perundangan Islam Jilid 7. Dewan Bahasa dan Pustaka
DR. Mustofa Al-Khin, DR. Mustofa al-Bugho & Ali asy-Syarbaji.2002. Kitab Fikah Mazhab Syafie, Menghuraikan Bab Undang-Undang Kekeluargaan. Pustaka Salam Sdn. Bhd.
Majalah ANIS DISEMBER 2002, Galeri Ilmu Sdn. Bhd
Akhbar KOSMO,Khamis 16MAC 2006, m/s4
ULAMA' & USTAZ
POLITIKUS
SAHABAT
EX-FALAHIAH
SAHABAT D'GAMIS
TANZIM ISLAM
TEMAN2 ARTIS
Feedjit Live
Sedikit Tentang Kahwin
Sunday, November 15, 2009Posted by abusafuan at 11/15/2009 02:42:00 PM
Labels: Munakahat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
salam....
subhanallah, very nice blOg!
teruskan perjuangan saudara, moga diberkati Allah SWT..
minta saudara safuan semak balik ayat "Mereka(isteri-isteri) adalah pakaian bagi mereka (Al-Baqarah: 117)"
mungkin terdapat sedikit kesilapan..atau mungkin ana yang tersilap..
time kasih atas teguran n pembetulan..
Post a Comment