REDHA

Wednesday, September 30, 2009

Assalamu'alaikum

Usah di salahkan takdir yang melanda
Renung kembali sejarah silam
Dengan membiarkan ku sendiri
Ku terumbang ambing mengenal diri

Mujurlah Allah itu mengasihi
Aku diberi arah petunjuk
Berlindung dengan Allah
Menerus kehidupan
Ku mengenal makna
Dosa dan pahala

Dengan kehendakNya
Kau datang semula menghampiri ku
Dan aku terpaku
Hingga ku hilang tiap bicara

Bukan ku menjauhi
Tetapi amat sukar sekali
Bila kenang kembali
Aku disisih dan dibuang ke tepi
Malah aku tidak dipeduli

Allah Maha Mengetahui
Yang ada di hati
Biar Dia menentukannya

Usah disalahkan takdir yang melanda
Renung kembali sejarah silam
Ku redha dan sedia, terima
Yang tertulis dalam kehendakNya


Lagu : Syah Inteam (inteam Records)
& Salleh Brotherz (Arteffects Productions)
Lirik : Lukman S. (Inteam Records)
Hakcipta : Inteam Records
Penerbit : Frizdan
Susunan Muzik : Along Exist
Tabla & Udu : Ijan ASK

Eidulfitri di Kampung..

Sunday, September 27, 2009


Assalamua’laikum wbt.

KELUARGA & SAUDARA MARA
“Budok-budok loni lebih suka gi jale rumah saing daripado gi jale rumoh worih”
Antara ngomelan nenek saudara saya semasa berkunjung ke rumahnya raya baru ni di Bunut Susu..Pedih sungguh memukul batang hidung saya sebab kadang-kadang saya pun macam tu juga. Rumah saudara-saudara dekat dengan rumah tak pergi lagi.. Rumah kawan-kawan yang di dahulukan. Tapi Salah ke? Mungkin dari sudut pandangan orang-orang tua nampak tak elok sebab sepatutnya saudara mara terdekatlah yang kita kena dahulukan. Walau bagaimanapun nenek saudara cakap
“mungkin budok-budok loni lebih rapat denge saing-saing sebab tu gapo-gapo pun saing dulu tapi kito jangela sapa tok kenal sdaro maro sdiri.”
Em memang betul cakap nenek saudara saya tu.. Alhamdulilah raya tahun ni meriah dalam bersederhana seperti tahun-tahun sudah juga maklumla saya orang kampung..meriah-meriah kampong je la.. Walaupun sudah empat tahun lebih merantau Alhamdulillah asal raya je tetap masih lagi di beri kesempatan beraya di kampung dengan keluarga cuma sedikit hilang serinya raya tahun ni kerana nenek sakit sejak kena strok 4 bulan lalu. Jadi nak gi jalan-jalan tinggal nenek sorang2 kat rumah tak bolehlah. Mak pun selalu tak sempat nak buat kerja-kerja dapur dan kemas rumah sebab nak kena uruskan nenek. Hendak je saya berhenti kerja dan cari kerja dekat dengan rumah tak pun susah-susah kerja sendiri jadi petani moden di kampong boleh tolong mak jaga nenek. Tapi mak tak yakin dan tak bagi..jadi tak sampai hati pulak nak bantah cakap. Walau bagaimanapun Alhamdulillah mak selalu je senyum dan tak pernah marah pun malahan selalu je bagi nasihat dan semangat. Itulah yang boleh menenangkan hati saya walaupun berada jauh di selatan tanah melayu. Moga mak dan ayah sentiasa kuat serta diberi kesihatan yang baik oleh Allah.
Raya ni juga merupakan kali kedua dapat bagi duit raya kat kanak-kanak dan orang-orang tua, memang puas hati bak kata Ustaz SaifulIslam.com ‘Erti Hidup Pada Memberi’ harapnya raya akan datang pun masih terus boleh bagi duit raya kat kanak-kanak dan orang-orang tua.. Bukanlah untuk menunjuk-nunjuk tapi sebagai amalan sedekah dan dorongan kepada kanak-kanak dan tanda ingatan kita pada orang-orang tua terutamanya saudara-mara terdekat. Moga Allah terus limpah dan murahkan rezeki saya sekeluarga.
KAWAN-KAWAN SEKOLAH.
Alhamdulillah, Raya tahun ni sekali lagi saya jadi tuan rumah untuk kali kedua, bagi program ‘reunion’ batch SPM2004 Al-Falah. Terima kasih mak sebab sudi dan sanggup menyediakan makanan untuk kawan-kawan saya walaupun dalam kesibukan menguruskan nenek. Ni lah kehebatan mak saya terlalu baik orangnya. Bukan nak puji mak sendiri tapi kalu tak puji mak sendiri nak puji mak sape lagi kan..
Selain beraya, borak sini sana, dan bertanya khabar kawan-kawan sekolah dulu kami sempat juga mengisi ruang yang ada dengan mendengar tazkirah dan berta’aruf walaupun dah lama kenal. Kami juga dapat mendengar tazkirah dari seorang sahabat yang sekarang tengah belajar di Yaman dan InsyaAllah beliau antara kawan batch SPM2004 Falahiah yang terawal yang akan mendirikan rumah tangga insyaAllah dalam bulan November ini nanti. Hebat dan kagum pada saudara Zaidi…tahniah ana ucapkan pada enta. Agak-agaknya sapela pulak yang akan menyusul ye lepas ni?
Dah jadi macam-macam rupanya kawan-kawan aku sekarang ni, ada yang dah habis belajar, ada yang tengah buat master dan akan bertunang, ada yang tengah belajar sem akhir, ada yang duk oversea tak dapat balik, ada yang dah kerja bank, kerja proton, kerja wat pelantar minyak, dan yang dah nak kahwin tak lama lagi pun ada Cuma yang dah ada anak belum ada lagi. InsyaAllah selagi ukhwah ni terjalin dan dunia belum kiamat bertambah ramailah yang akan hadir ijtimak kita nanti.. InsyaAllah nak-nak lagi kalau dah kahwin ada anak semua.. huh tak dapat bayangkan..
Kami juga telah bercadang untuk menubuhkan yahoogroup untuk alumni falahiah batch SPM 2004 ini kerana bagi memudahkan sebarang informasi dan untuk tahu perkembangan semasa kawan-kawan alumni falahiah batch SPM 2004. Satu cadangan yang cukup baik. Walau bagaimanapun satu lagi amanah yang terpaksa saya pikul sebab kena jadi moderator untuk yahoogroup ini tapi tak pelah asalkan korang bahagia.. Nak wat camne taka de orang sanggup tak sampai hati pula nak tolak.
SAHABAT-SAHABAT SEPERJUANGAN
Saya juga sempat menziarahi pensyarah saya dan sahabat-sahabat seperjuangan di kampus dulu terutamanya yang tinggal di Kelantan. Walaupun sudah setahun lebih tak jumpa tapi ukhwah yang terjalin tetap seerat dulu.. Sedikit berbeza raya tahun ni dengan raya tahun lepas, saya dan keluarga di datangi oleh ‘special guest’ walaupun baru kali pertama datang ke rumah kami, kemesraannya macam dah lama kenal..ni la keunikan masyarakat Kelantan didikan Tok Guru.. Moga persaudaraan kita berkekalan hingga ke akhir hayat..
Di kesempatan peluang dan ruang ini juga saya ingin mengajak diri saya dan teman-teman yang lain, dalam keghairahan kita menyambut aidilfitri jangan di lupa pada mereka yang kurang bernasib baik dan kepada kawan-kawan saya yang berada di seberang laut jangan sedih kalau tak dapat balik kampong beraya dengan keluarga dan saudara-mara sebab mungkin itu adalah tarbiyah Allah untuk antum. Antum adalah orang-orang hebat dan antara aset bernilai kepada agama dan Negara.. Teruskan perjuangan untuk Islam walau di mana pun kita berada.
29 + 6 = 360hari… Raya, raya juga tapu jangan lupa sama-sama puasa 6 di bulan Syawal pulak lepas ni..sebab berdasarkan hadis nabi sesiapa yang berpuasa sebulan di Bulan Ramadhan dan disusuli pulak 6 hari di bulan Syawal ganjarannya seolah-olah kita telah berpuasa selama setahun..so amacam?
Sekian..

SALAM EIDULFITRI KEPADA SEMUA UMAT ISLAM

Thursday, September 17, 2009

Assalamua’laikum

Ramadhan bakal melabuhkan tirainya beberapa hari lagi. Bagi mereka yang bertaqwa dan merasa kemanisan beribadat dalam bulan Ramadhan ini pasti akan merasa sedih, pilu, sebak dan bimbang pemergian Ramadhan nanti. Bimbang kerana takut tiada lagi kesempatan untuk berjumpa dengan Ramadhan akan datang yang telah mendidik kita untuk mengenal erti perjuangan dan pengorbanan. Lebih-lebih lagi kita sebagai pendokong agama Islam yang pada kita terpikul amanah yang sangat berat. Sahabat bertanya kepada Rasulullah adakah bila mana berlalunya Ramadhan maka itu adalah suatu musibah yang besar kepada manusia? Rasulullah menjawab : Ya.. Justeru ini menunjukkan bahawa Ramadhan yang kita gelar sebagai Madrasah Tarbiyah atau University Of Tarbiyah ini telah banyak mengajar kita tentang kehidupan sebenar dan rugilah bagi mereka yang tidak mengambil kesempatan untuk meningkatkan ibadah kepada Allah dalam erti kata memenuhi maksud sebenar hidup kita diutuskan sebagai hamba.

Di malam 1 Syawal sehingga menunaikan solat sunat eidulfitri pada 1 Syawal nanti kita diingatkan pula oleh Rasulullah saw supaya memperbanyakkan bertakbir dan bertahmid iaitu membesar dan memuji Allah tanda kesyukuran kita kepada Allah di atas segala nikmat yang tidak terhingga dikurniakan kepada kita terutamanya nikmat Iman dan nikmat Islam. Dengan kedua-dua nikmat ini banyak nikmat-nikmat lain yang telah menyusul bersamanya datang kepada kita. Baik nikmat sihat, berilmu, masa lapang, berharta dan sebagainya. Jadi sebagai hamba, wajib ke atas kita untuk mensyukurinya. Bukan menjadikan segala nikmat ini adalah antara jalan untuk berlaku curang kepada Allah dengan mengkhianati dan melakukan maksiat kepadaNya.

Ramadhan mengajar kita erti sabar dan insaf. Dengan sabar dan insaf ini telah meniggikan rasa syukur kita kepada Allah. InsyaAllah dengan rasa syukur yang tinggi inilah mampu menjadikan kita hamba Allah yang bertaqwa sebagaimana harapan kita dan tuntutan Allah dalam menjayakan misi ibadah puasa ini. Berlapar, dahaga dan menahan nafsu daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa di siang hari, bermunajat di dinihari, berterawih di malam hari, dan setiap hela nafas dalam Ramadhan ini telah menjadikan kita rasa kebersamaan dengan Allah dan mengajar kita erti HAMBA yang sebenar.

Selepas menunaikan solat sunat eidulfitri Di pagi hari raya nanti kita digalakkan juga untuk kunjung mengunjung ke rumah saudara -mara, jiran-jiran tetangga dan sahabat-sahabat untuk saling menghubungkan silaturrahim antara satu sama lain sebagai tanda meraikan kemenangan serta kesyukuran selepas sebulan menunaikan ibadah puasa. Kita juga diingatkan untuk saling bermaaf-maafan di atas segala dosa dan noda pada hari raya nanti. Selepas berlalunya Ramadhan ini nanti kita mengharapkan juga kita seumpama seorang bayi yang baru lahir ke dunia bersih dari segala dosa dan noda. InsyaAllah.

Dalam kesempatan ruang dan peluang yang ada ini dan masih lagi diizinkan oleh Allah untuk hidup dan ingat-mengingati antara satu sama lain, di sini saya mengambil kesempatan ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA EIDULFITRI MAAF ZAHIR & BATIN kepada seluruh umat ISLAM di dunia ini sama ada yang saya kenal ataupun tidak kenal. Kepada sahabat-sahabat di perantauan jangan bersedih jika tidak dapat beraya bersama keluarga anggaplah ini sebagai tarbiyah Allah untuk kita. Saya juga ingin menjemput sahabat-sahabat semua berkunjung ke rumah saya pada hari raya ini nanti.

Sekian….. abusafuan.blogspot.com

AMANAT KETUA LAJNAH TARBIYAH DPPNJ

Monday, September 14, 2009


Assalamua’laikum...
13 Sep 09 bersamaan 23 Ramadhan 1430H telah diadakan Iftar Perdana Dewan Pemuda Pas Negeri Johor peringkat zon Selatan yang bertempat di Kota Masai, Pasir Gudang..
Apa  yang nak saya kongsikan di sini adalah berkenaan dengan amanat Ketua Lajnah DPPNJ iaitu Ustaz Ibrahim Masran Al-Banjari.Antara kupasan beliau adalah Di penghujung Ramadhan Rasulullah pernah memberi peringatan kepada para sahabat Baginda supaya perbanyakkanlah ibadat kepada Allah di 10 malam terakhir Ramadhan ini moga kita diberi rezeki dipertemukan dengan malam al-qadar yang mana malamnya lebih baik daripada 1000 bulan dan Baginda berpesan juga kepada sahabat-sahabatnya melalui satu hadis baginda yang masyhur yang maksudnya lebih kurang rugilah manusia bila mana perginya Ramadhan mereka tidak mendapat keampunan dari Allah SWT.
Selain itu juga, Beliau telah memperingatkan kami tentang penghayatan puasa yang diperintahkan oleh Allah iaitu bermula dengan perkataan “KUTIBA” dalam al-quran yang membawa maksud tulis dalam lughah arab biasa. Walau bagaimanapun “KUTIBA” dalam ayat perintah puasa adalah telah difardhukan atau diwajibkan. Diwajibkan kepada kita untuk berpuasa sepertimana diwajibkan ke atas umat-umat terdahulu. Dan diakhir ayat itu Allah manyebut tentang “LA’LLAKUM TATTAQUN” iaitu supaya kamu bertaqwa.
 Kemudian ustaz Ibrahim menghuraikan pula tentang TAQWA dari sekecil-kecil peringkat taqwa kepada sebesar-besar peringkat taqwa. Sekecil-kecil peringkat taqwa adalah pada lafaz “LAILAHAILLALLAH”. Peringkat ini adalah peringkat masyarakat umum yang susah untuk faham tentang TAQWA.  Seperti yang kita selalu dengar dalam khutbah jumaat bila mana khatib menyeru jemaah supaya bertaqwa iaitu yang maksudnya lebih kurang ‘Wahai orang-orang yang beriman berTAQWAlah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar “TAQWA” dan janganlah kamu mati selain dalam Islam. Bila mana turun ayat di atas para sahabat menangis. kerana apa? Kerana susahnya mengenang maksud taqwa, lalu para sahabat berjumpa dan mengadu pada rasulullah.
 Maha adilnya Allah, Allah menurunkan pula ayat lain bagi menjelaskan tentang jalan-jalan Taqwa. Antara jalan Taqwa tersebut adalah puasa. Walau bagaimanapun berdasarkan dalil naqli pahala puasa ini hanya Allah yang akan mengganjariNya sedangkan pahala-pahala lain kita tahu bila mana datangnya ramadhan,jika kita buat amalan-amalan sunat akan dikurniakanNya seperti ganjaran amalan wajib dan gandaannya mungkin boleh mencecah sehingga 700kali ganda dan mungkin lebih. Tetapi untuk pahala puasa malaikat tidak dapat mencatitnya kerana tidak layak untuk malaikat mencatitnya hanya Allah saja yang akan mengganjari pahala puasa kita. Ini bermaksud pahala puasa ini terlalu besar di sisi Allah untuk kita.  
Tambahan lagi, Ustaz Ibrahim juga telah menceritakan tentang bagaimana beruntungnya menjadi umat nabi Muhammad SAW terutamanya bila mana tibanya hari seluruh makhluk ini dihimpunkan di padang mahsyar kelak. Kecintaan yang tinggi Nabi Muhammad SAW kepada umatnya seperti yang dirakam dalam buku – buku sirah yang suka untuk saya petik di sini adalah seperti berikut:
 'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah   dengan suara yang amat lemah.  
'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.
 
'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu, ' kata Jibril.
 
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi.
 
'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?'
 
'Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah
  berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat   Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.  
Dialog di atas adalah sebahagian dialog Rasulullah dengan Jibril di saat Rasulullah akan dipisahkan ruhnya dari jasadnya. Di saat itu masih sempat lagi Baginda memikirkan tentang umatnya. Bagaimana dengan kita? Sangat terharu rasanya bila menghayati saat itu. Tapi malangnya umat Rasulullah ini jarang ingat padanya. Pesan Ustaz Ibrahim lagi banyakkanlah berselawat kepada Rasulullah selagi mana masih diberi peluang dalam kehidupan ini kerana di akhirat kelak di saat - saat rasul lain tidak mampu memberi syafaat kepada kita hanya Rasulullah sahajalah yang dapat memberi syafaat kepada kita dan insyaAllah jika kita banyak ingat kepada Baginda dengan berselawat kepadanya rasulullah juga akan ingat kepada kita.
Setakat ini sahaja yang dapat saya sampaikan kerana masa tidak mengizinkan. Semoga sedikit peringatan ini mampu memberi manfaat kepada kita semua.
Fastabiqul khairat
Sekian…

RAMADHAN DI AMBANG PENGHUJUNG

Saturday, September 12, 2009

Aku rindukan kamu….
Betapa lama aku menantimu kembali padaku…
Tak sabar rasanya hati menantikan detik-detik waktu itu…
Kini kau kembali setelah sekian lama menyepi…
Mungkinkah kali ini saja kita bisa bersua?...
Aku mengharapkan sesuatu yang terdapat pada malam-malam mu seperti kebiasaan yang kau janjikan…
AHLAN WASAHLAN YAA RAMADHAN

Ayat di atas merupakan antara SMS yang pernah saya terima dari sahabat sempena kedatangan Ramadhan al-mubarak kali ini. Kini Ramadhan hanya tinggal beberapa hari saja lagi. Rasanya sangat sekejap kedatangannya. Rasanya belum cukup lagi bekalan amalan untuk dipersembahkan padaNya.

Tawaran di 10 malam terakhir ini sangat besar daripada Allah kepada hambanya iaitu pelepasan dari api neraka sepertimana Rasulullah SAW bersabda dalam hadithnya yang lebih kurang maksudnya di 10 awal ramadhan adalah rahmat, di pertengahannya maghfirah atau keampunan dosa dan di akhirnya pelepasan dari api neraka. walau bagaimanapun 10 malam terakhir ini juga manusia saling membuat tawaran sesama manusia dengan menjanjikan potongan harga barang sempena menyambut kedatangan eidulfitri.

Malangnya ramai manusia lebih suka memilih tawaran manusia daripada tawaran Allah. Buktinya? Jemaah terawih di masjid sudah tidak ramai seperti di awal Ramadhan lagi. Tapi di pusat membeli belah jemaahnya sangat ramai tidak seperti di awal Ramadhan. Inilah manusia selalu saja alpa dan leka. Selalu terpesona dengan keindahan dunia yang sementara. Teringat saya kepada kata-kata Khalifah Umar bin Abdul Aziz kepada kaum Kawarij. “Kamu mengingini kebahagiaan di akhirat tetapi, kamu keliru memilih jalannya”. Kadang-kadang bukan keliru tetapi kita sengaja mengelirukan diri sedangkan di depan sana terbentang limpahan ganjaran Allah kepada kita apatah lagi sempena Ramadhan kali ini.

Justeru, saya menyeru kepada diri saya sendiri dan berpesan kepada saudara seaqidah semua sama-samalah kita terus mempertingkatkan amal ibadah kepada Allah di baki-baki malam ramadhan yang masih ada ini semoga kita dipertemukan dengan malam al-qadar oleh Allah yang mana malamnya lebih baik daripada seribu bulan.

Suka untuk saya menutup artikel saya dengan firman Allah dalam Surah Al-Hajj ayat 78 yang berbunyi:

“Dan dia (Allah) sekali-kali tidak menyediakan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan”
(QS. Al-Hajj: 78)

Fastabiqul Khairat…

Jangan Lupa Bayar Zakat

Wednesday, September 9, 2009

www.e-zakat.com.my/


Mengeluarkan zakat merupakan salah satu rukun Islam yang lima yang wajib dilaksanakan oleh semua orang Islam yang tertentu mengikut syarat tertentu dengan kadar tertentu kepada orang yang tertentu.

Wang KWSP yg dikeluarkan utk beli rumah perlu dibayar zakat sebyk 2.5% dr jumlah...jadinya jika keluarkan RM10,000 x 2.5% = RM250.

Dividen dr ASB/ASN tidak dikenakan zakat tetapi tidak boleh digunakan oleh pencarum dan diberikan kepada surau/masjid utk kegunaan membeli sabun basuh tandas, membaiki longkang, dsbnya...jadinya kalau nak beri dividen kpd surau dan masjid kenalah beritahu yg diberi ini adalah dividen dr ASB/ASN.

Ada org yg bayar zakat kepada anak yatim dgn cara bayar ke rumah anak yatim....sebenarnya yg wajib terima zakat adalah lapan golongan yang disebutkan di dalam Al-Quran. Iaitu:

(1) Fakir (orang yang tidak mempunyai pendapatan langsung)
(2) Miskin (Mempunyai pendapatan tetapi tidak mencukupi)
(3) Amil (Orang yang memungut dan mengurus Zakat)
(4) Muallaf (Orang yang baru memeluk Islam)
(5) Riqab (Hamba yang hendak memerdekakan dirinya. Di Singapura Muis gunakan untuk pendidikan
(6) Gharimin (Orang yang berhutang untuk menampung keperluan asas yang halal
(7) Fisabilillah (Mereka yang berjuang dijalan Allah)
(8) Musafir (Mereka yang terkandas dalam perjalanan).

Pendapatan yang kita dapat pada setiap bulan perlulah dibersihkan supaya anak-anak , istri /suami, ibubapa memakan hasil pendapatan yang bersih. Maklumlah gaji kita ni diperolehi dari pelbagai sumber yang kita tidak ketahui. Rata-rata masih ramai yang ambil ringan pengeluaran zakat sedangkan ianya merupakan salah satu rukun Islam yg wajib dikeluarkan oleh setiap muslimin/muslimat.

Zakat dalam Islam sama nilainya dengan rukun Islam yang lain, seperti syahadat, shalat, puasa di bulan Ramadhan dan Haji. Mengingkari zakat sama halnya dengan mengingkari shalat dan yang lainnya.Kewajiban zakat dalam Islam berlandaskan al quran, sunnah dan ijma (ketetapan para ulama).
Landasan pertama di dalam al quran banyak sekali berbicara tentang zakat. Allah SWT Berfirman: "Dirikanlah shalat dan tunaikan zakat dan rukuklah bersama orang-orang yang rukun". (QS. Al Baqarah : 43).

Dalam ayat lain Allah SWT berfirman :"Ambillah zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka dan doakanlah mereka karena sesungguhnya doamu dapat memberi ketenangan bagi mreka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (QS. At Taubah : 103)
Firman Allah SWT dalam surat Al An€am ayat 141 :"Makanlah buahnya jika telah berbuah dan tunaikan haknya (kewajibannya) dihari memetik hasilnya (dengan dikeluarkan zakatnya)."

Landasan kedua, yaitu dengan sunnah nabawiyah. Rasulullan SAW bersabda: "Islam dibangun diatas 5 perkara: rukun syahadat tiada Tuhan selain Allah dan Muhamad saw utusan Allah, menegakkan shalat, menunaikan zakat, membayar zakat, menunaikan haji dan puasa Ra! madhan." (HR. Bukhori dan Muslim dari Abdullah bin Umar).

Sabda Nabi SAW: "Sesungguhnya Allah mewajibkan zakat atas orang-orang kaya dari umat Islam pada harta merekadengan batas sesuai kecukupan fuqoro diantar mereka. Orang-oramng fakir tidak akan kekurangan pada saat mereka lapar atau tidak berbaju kecuali karena ulah orang-orang kaya diantara mereka. Ingatlah bahwa Allah akan menghisab mereka dengan keras dan mengadzab mereka dengan pedih." (HR. Ath Thabrani dari Ali ra).

Landasan ketiga, yaitu dengan Ijma (ketetapan para ulama). Para ulama salaf (klasik) dan khalaf (kontemporer) telah sepakat bahwa zakat merupakan kewajiban yang harus ditunaikan dan mengingkarinya berarti kafir.

Eksklusif Dari Mas’ul Sempena Ramadhan 2 Tahun Lepas

Wednesday, September 2, 2009


Izinkan Kami Tumpang Berjuang..Sebenarnya kenyataan ini tidak perlu ku keluarkan tetapi demi kemaslahatan umat dan Islam, ku memaksa diriku untuk menulis. Biasanya, SMS yang ku hantarkan kepada kalian tetapi ruang tidak membenarkan… Ramadhan bulan tarbiyah untuk umat Islam dan ia adalah bulan yang ditunggu oleh semua pendokong dan pejuang Islam seluruh dunia… Tetapi ku memerhatikan hampir seminggu Ramadhan berlalu, tidak ramai pejuang yang mengambil kesempatan.. Tadarus al-quran ada yang tidak bersama, berbuka puasa jarang di masjid atau surau, solat berjemaah terutamanya Subuh diabaikan malah ada yang lewat… Ku ingin bertanya diriku dan kalian semua, adakah ada bulan lain yang lebih mulia dari bulan ini? Untuk apa kalian bersama perjuangan Islam? Bersyukurkah kita dengan hidayah yang mahal ini? Untuk siapa keletihan dan kepenatan kita selama ini? Waktu bila lagi yang sesuai untuk mendidik jiwa dan roh?... Sahabat, kita pejuang Islam dan kita berbeza dengan yang lain…kenapa yang bukan pejuang lebih ke hadapan dalam tarbiyah berbanding kita? Cuba perhatikan… sebenarnya tadarus, berbuka puasa di surau atau masjid dan solat berjemaah adalah waktu untuk eratkan ukhuwwah dan berkenalan dengan mad’u yang baru di bulan ini. Tunjukkan akhlak pejuang pada mereka, bagi yang baru inilah peluangnya untuk lebih rapat dengan yang lain…

Sahabat, 30 minit selepas terawih peruntukan untuk tadarus dan jangan berkira dengan Allah. Alasan memang memang tidak dinafikan kerana otak kita berfikir untuk beralasan bukan berfikir untuk perjuangan… memang susah tetapi sebenarnya mudah Cuma kita yang menyusahkan.. memang berat tapi sebenarnya ringan Cuma kita yang memberatkan. tidak ku nafikan ramai juga ahli kita yang istiqomah, terima kasih Allah kerana mengurniakan mereka kepada kami.. Sekurang-kurangnya mereka pembakar semangat bagi kami.. main game, beralasan, malas bukan kamus dari perjuangan Islam.. ku memohon maaf jika ada yang tersentuh dan terasa dengan coretan ini… Tetapi demi kesinambungan Islam di sini ku terpaksa. Demi Allah ku sayangkan kalian tetapi aku lebih menyayangi perjuangan Islam dari segalanya kerana aku hanya ada Islam… Ya Allah, terima kasih kerana sudi tumpangkan kami dalam perjuangan ini.. Sepatutnya ku menegur dalam liqa’, tetapi ku tak mampu kerana air mataku pasti mengalir jika ku bercakap tentang perkara ini.. ketika ku menulis coretan ini pun air mata ku mengalir tanpa disedari... Ini adalah bekalan ku kepada kalian sempena kem Tamsas... maaf kerana tidak dapat bersama bukan tidak sudi tetapi keadaan tidak membenarkan.... ku menyedari kekurangan diri, namun ku ingin diriku dan kalian turut serta berjuang dengan melaksanakan tugasan setakat kemampuan.. moga Tuhan menerimanya untuk menjadi bekalan kita di akhirat kelak.

Ya Allah sedikitnya sumbanganku untuk agamaMu...Kehidupanku menyibukkanku sehingga amat sedikit masa yang aku curahkan untuk agamaMu

............Bukan Sekadar Muhasabah........