Assalamua’laikum wbt
[5.54] Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya.
Alhamdulillah pada 12 Desember 2009 yang lalu Pas Kawasan Pasir Gudang dengan kerjasama Pas Kawasan Tebrau telah mengadakan suatu seminar yang diberi nama seminar memperkasakan parti. Antara tujuan seminar ini diadakan adalah untuk memberi penerangan kepada semua ahli berkenaan dengan hala tuju pas yang sebenar biarpun mungkin sesetengah ahli sudah hadam dan tahu tentang perkara ini.
Antara yang menarik untuk dikongsi bersama teman-teman seperjuangan adalah semasa sesi perbentangan dan brainstorming memperkasakan parti. Kami telah dibahagikan kepada 6 kumpulan bagi muslimin dan 2 kumpulan bagi muslimat. Antara tajuk-tajuk yang diberi untuk dibincang dan dibentangkan adalah:
1. Memperkasakan Pas Cawangan.
2. Memperkasakan tarbiyah.
3. Memperkasakan ekonomi
4. Memperkasakan muslimat
YDP Kawasan Pasir Gudang & Tebrau
Semasa sesi perbentangan untuk tajuk memperkasakan tarbiyah berlaku saya ditanya oleh seorang sahabat saya yang lebih kurang bunyinya
“we, enta perasan tak beza presenter pertama dengan presenter kedua? Tanya akhi firdaus.
“apa dia ye?” saya bertanya kembali.
Sama-sama present berkenaan memperkasakan tarbiyah tetapi presenter pertama merupakan orang yang ditarbiyah daripada kampus manakala presenter kedua merupakan orang yang dulunya dari parti lawan tetapi sekarang telah berhijrah kepada Pas. Jelas akhi Firdaus.
Ooo..memang sangat berbeza. Saya membenarkannya.
“ kita adalah suatu kaum yang Allah muliakan kita dengan Islam, selama mana kita mencari kemuliaan selain apa yang dimuliakan oleh Allah, maka kita akan dihina oleh Allah”.
Sekian.
1 comments:
tahniah kepada pimpinan PAS serta ajk yg terlibat dlm menjayakan prog ini..semoga antum terus thabat dlm pejuanagn& gerak kje ISLAM..amin (^_^)
Post a Comment