Tatkala menyingkap sirah Rasulullah, kita sudah tentu akan melayari kisah hijrah baginda, yang merupakan suatu episod penting dan menjadi titik tolak dalam penerusan dakwah Islam di muka bumi ini. Perjalanan baginda dari Kota Makkah ke Kota Madinah 1428 tahun dahulu, dicatatkan dalam sejarah, dilingkari dengan seribu satu dugaan yang hujungnya memberi hikmah dan pengajaran berguna buat kita, ummatnya di akhir zaman.
Kitab-kitab sejarah seperti sirah Ibn Hisham, sirah Sheikh Ramadhan al-Buti dan lain-lain telah memberi catatan dan kronologi hijrah baginda bersama sahabatnya dengan penjelasan dan huraian yang cukup berjela. Namun, apa yang lebih dituntut bagi kita di samping menyelusuri sejarah tersebut adalah memahami dan mengkaji hikmah yang tersembunyi di sebaliknya.
Hikmah utama yang seharusnya menjadi pedoman buat kita adalah memahami konsep hijrah itu sendiri. Hijrah yang disebutkan dalam sirah baginda, adalah menjurus kepada perpindahan secara fizikal baginda bersama mereka yang setia bersamanya dari Kota Makkah, suatu tempat yang penuh dengan kejahilan dan kerosakan ke Kota Madinah Al-Munawwarah , lokasi yang menjanjikan medan dan pusat penyebaran Islam yang strategik.
ULAMA' & USTAZ
POLITIKUS
SAHABAT
EX-FALAHIAH
SAHABAT D'GAMIS
TANZIM ISLAM
TEMAN2 ARTIS
Feedjit Live
Hijrah Rasulullah - Sirah dan Pengajaran
Tuesday, December 7, 2010Posted by abusafuan at 12/07/2010 03:24:00 PM 0 comments
Labels: Ibrah Dari Sirah
Peperangan Hunain
Thursday, September 23, 2010Pembukaan kota Makkah berlaku dalam satu masa yang terlalu singkat. Selepas satu pukulan mengejut, membingungkan seluruh bangsa Arab dan menjadikan seluruh qabilah yang berhampiran dengannya terkejut, mereka tidak berdaya untuk menghalanginya, oleh yang demikian mereka tidak ada jalan selairi dari menerima sahaja hakikat yang berlaku, terkecuali beberapa qabilah yang gagah, ganas dan bongkak, terutamanya seperti suku Hawazin dan Thaqif, kemudian turut membuat sikap yang sama ialah qabilah Nasr, Jasyam, Saad bin Bakar dan beberapa individu dari Banu Hilal. Kesemua mereka ini dari kelompok Qais Ailan, qabilah-qabilah ini terasa berat untuk menerima kemenangan Islam. Oleh yang demikian maka seluruh mereka telah bersekutu dengan Malik bin Auf al-Nasri dan membuat keputusan untuk bergerak mara memerangi kaum muslimin.
PERGERAKAN MUSUH DAN PERSINGGAHAN DI AUTAS
Sebaik sahaja Malik bin Auf selaku turus agung pemimpin pergerakan musuh membuat keputusan untuk bergerak memerangi kaum muslimin, maka di antara keputusannya ialah membawa bersama mereka harta-harta, kaum wanita dan anak-anak mereka. Dengan itu mereka pun bergerak hingga sampai di Autas, lembah yang terletak di daerah perkampungan Hawazin berhampiran "Hunain". Namun demikian lembah Autas bukanlah lembah Hunain, lembah Hunain terletak berhampiran Zi al-Majaz. Dari lembah Autas ke Makkah adalah sepuluh batu lebih ke arah Arafah.
Posted by abusafuan at 9/23/2010 10:56:00 PM 0 comments
Labels: Ibrah Dari Sirah
Peristiwa Israk Mikraj
Wednesday, July 14, 2010"Dan ini jalanKu yg lurus, kamu ikutilah ia. Jangan kamu ikut jalan-jalan (yg lain), nanti kamu berpecah dari jalanNya ....." (Al-An'aam:153)
Peristiwa Israk Mikraj
(10 Julai 2010, bersamaan 27 rejab 1431)
1. Sebelum Israk dan Mikraj
Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.
2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
Posted by abusafuan at 7/14/2010 09:09:00 PM 0 comments
Labels: Ibrah Dari Sirah
PEPERANGAN AL-KHAIBAR
Sunday, June 27, 2010Khaibar adalah sebuah kota besar dikelilingi tembok berbenteng dan taman-taman, jaraknya ke Madinah enam puluh (60) atau lapan puluh (80) batu di sebelah utara, tapi sekarang sebagai sebuah kampung dengan cuacanya yang kurang baik untuk kesihatan.
Faktor kejadian:
Setelah Rasulullah terasa aman terhadap salah satu dari tiga sayap terkuat Barisan Bersekutu dan terasa selamat sepenuhnya, khusus selepas perjanjian perdamaian al-Hudaibiah, kini Rasulullah mengatur perkiraannya dengan dua sayap yang masih bertenaga: Kaum Yahudi dan Qabilah-qabilah Najdi, agar perkiraan ini akan membawa kepada keamanan dan kesejahteraan serantau yang menyeluruh, seterusnya orang Islam boleh cuci tangan dari peperangan berdarah yang berterusan itu dan mengalih langkah kepada kerja-kerja dakwah dan menyampai risalah Allah sepenuhnya.
Oleh kerana Khaibar merupakan sarang pakatan da-konspirasi, malah merupakan markas gerakan tentera yang menimbulkan kekacauan dan mencetuskan peperangan, maka sudah selayaknya kaum muslimim memberi penumpuan kepadanya.
Apa yang dikatakan Khaibar sebagai pencetus kesemuanya, ini kerana kita tidak boleh melupai usaha-usaha penduduk Khaibar yang menghimpun tenaga Barisan Bersekutu untuk memerangi kaum muslimin, malah mereka juga yang menginisiatifkan kepada Banu Quraidhah supaya mengkhianati orang-orang Islam, dan mereka jugalah yang bertindak membuat hubungan dengan musuh dalam selimut iaitu kaum munafiqin, juga hubungan dengan Ghatafan dan Arab-arab Badwi yang merupakan sayap ke tiga kepada Barisan Bersekutu. Malahan mereka sendiri sudah pun mempersiapkan diri untuk memasuki kancah peperangan, mereka sudah pun memulakan percubaan itu dengan beberapa siri serangan, di antara yang terkutuk ialah mereka merencana untuk membunuh Rasulullah (s.a.w).
Posted by abusafuan at 6/27/2010 12:03:00 AM 0 comments
Labels: Ibrah Dari Sirah
Ibrah Dari Generasi-generasi Masa Lampau
Sunday, January 17, 2010Posted by abusafuan at 1/17/2010 07:43:00 AM 0 comments
Labels: Ibrah Dari Sirah
