Mana Satu Pemimpin Kita?

Wednesday, December 30, 2009






Assalamua’laikum..

[14.26] Dan bandingan Kalimah yang jahat dan buruk samalah seperti sebatang pohon yang tidak berguna yang mudah tercabut akar-akarnya dari muka bumi; tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup.
[14.27] Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat; dan Allah menyesatkan orang-orang yang berlaku zalim (kepada diri mereka sendiri); dan Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendakiNya.

5 Tahap Kepimpinan:

1. POSITION - People follow because they have to.

2. PERMISSION – People follow because they want to

3. PRODUCTION – People follow because what you have done for the organization.

4. PEOPLE DEVELOPMENT – People follow of what you have done to them.

5. PERSONHOOD – People follow because of who you are and what you represent.

(Dipetik dan diringkaskan dari The 360 Degree Leader tulisan John C. Maxwell)

Setiap kita adalah pemimpin sama ada pemimpin kepada diri sendiri atau pemimpin kepada orang lain dalam sesebuah organisasi yang besar. Jika kita rasa kita sudah menjadi pemimpin yang baik cuba letakkan di manakah kedudukan kita dalam 5 tahap kepimpinan yang telah digariskan oleh John C Maxwell dalam bukunya The 360 Degree Leader.

Kalau sudah berada di tahap ke 5 alhamdulillah tapi dalam pemimpi- pemimpin dunia yang terkemuka hari ini siapa saja yang rakyatnya boleh letakkan pemimpinnya di tahap yang ke 5?

Minta maaf dan mungkin tidak keterlaluan jika saya katakan kebanyakkan pemimpin hari ini berada pada tahap pertama dan kedua saja. Lebih malang daripada itu adalah bila mana orang di bawah seseorang pemimpin itu menyokongnya adalah kerana ada sebab yang berkepentingan.

Dalam konsep kepimpinan, kita sebagai orang yang berada di bawah, Al Quran telah menggariskan ketaatan yang mutlak hanyalah kepada Allah dan Rasul. Adapun pemimpin dalam kalangan kita adalah jika selagi mana tidak bercanggah dengan kehendak syarak barulah kita wajib taati. Di sana ada perkara yang kita juga kena ingat adalah bila mana tiada lagi nabi-nabi dan rasul-rasul maka pewarisnya adalah golongan ulama’. Apabila ulama’ yang menjadi pemimpin sudah semestinya ulama’ tidak akan meminta orang dibawahnya melakukan perkara-perkara yang bersalahan dengan syariat Allah. Justeru secara automatiknya wajiblah ditumpahkan ketatan kepadanya.

Dalam hidup ni kita diberi banyak pilihan untuk memilih. Begitu jaga dengan kepimpinan kita. Cari pemimpin yang boleh membantu kita bukan saja untuk kesejahteraan di dunia tetapi juga keselamatan dan kebahagiaan di akhirat.

0 comments:

Post a Comment