16 Mei 2010
Sepertimana dulu-dulu dan saya pun tidak pasti sejak bila, tarikh 16 Mei ini mengingatkan kita semua kepada guru-guru kita kerana ia telah dimaktubkan oleh kerajaan bahawa tarikh ini adalah sambutan hari guru seluruh Malaysia.
Selalu juga kita baca sajak-sajak puitis, cerita-cerita yang menyentuh hati dan sebagainya tentang guru untuk menunjukkan betapa besarnya pengorbanan seorang guru dalam menjadikan kita seorang manusia. Hari ini masih ada seorang perdana menteri untuk mentadbir negara, lahir lagi doktor-doktor, polis-polis dan tentera-tentera untuk berkhidmat, dan mahupun kita seorang petani atau pun cuma pekeja biasa dan siapa pun kita, insyaAllah saya yakin dan pasti kita pernah belajar dari seorang guru. Dari mengenal alif, ba, ta, ABC dan 123 hinggalah mampu meraih phd, master, ijazah, diploma ataupun sijil, pasti ada yang pernah mengajar kita. itulah dia guru.

