ULAMA' & USTAZ
POLITIKUS
SAHABAT
EX-FALAHIAH
SAHABAT D'GAMIS
TANZIM ISLAM
TEMAN2 ARTIS
Feedjit Live
Kepercayaan, Ukhuwwah Plastik & Mind Set Materialistik.
Monday, October 25, 2010Posted by abusafuan at 10/25/2010 08:16:00 PM 0 comments
Labels: Mau'izah
Peperangan Hunain
Thursday, September 23, 2010Pembukaan kota Makkah berlaku dalam satu masa yang terlalu singkat. Selepas satu pukulan mengejut, membingungkan seluruh bangsa Arab dan menjadikan seluruh qabilah yang berhampiran dengannya terkejut, mereka tidak berdaya untuk menghalanginya, oleh yang demikian mereka tidak ada jalan selairi dari menerima sahaja hakikat yang berlaku, terkecuali beberapa qabilah yang gagah, ganas dan bongkak, terutamanya seperti suku Hawazin dan Thaqif, kemudian turut membuat sikap yang sama ialah qabilah Nasr, Jasyam, Saad bin Bakar dan beberapa individu dari Banu Hilal. Kesemua mereka ini dari kelompok Qais Ailan, qabilah-qabilah ini terasa berat untuk menerima kemenangan Islam. Oleh yang demikian maka seluruh mereka telah bersekutu dengan Malik bin Auf al-Nasri dan membuat keputusan untuk bergerak mara memerangi kaum muslimin.
PERGERAKAN MUSUH DAN PERSINGGAHAN DI AUTAS
Sebaik sahaja Malik bin Auf selaku turus agung pemimpin pergerakan musuh membuat keputusan untuk bergerak memerangi kaum muslimin, maka di antara keputusannya ialah membawa bersama mereka harta-harta, kaum wanita dan anak-anak mereka. Dengan itu mereka pun bergerak hingga sampai di Autas, lembah yang terletak di daerah perkampungan Hawazin berhampiran "Hunain". Namun demikian lembah Autas bukanlah lembah Hunain, lembah Hunain terletak berhampiran Zi al-Majaz. Dari lembah Autas ke Makkah adalah sepuluh batu lebih ke arah Arafah.
Posted by abusafuan at 9/23/2010 10:56:00 PM 0 comments
Labels: Ibrah Dari Sirah
Hubungan Nuzul Quran, Lailatul Qadar dan politik negara
Saturday, August 21, 2010Bulan Ramadan dipilih Tuhan sebagai bulan untuk kita berpuasa atas beberapa perkara. Antara perkara yang paling besar, ialah sejarah turunnya al-Quran pada suatu malam dalam bulan Ramadan.
"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah..." (maksud Al-Baqarah: 185)
Sebab itu juga kita digalakkan membaca, tadarus al-Quran pada bulan Ramadan sebagai suatu cara menghormati al-Quran memandangkan bulan Ramadan ini telah dipilih sebagai bulan di mana kitab suciNya diturunkan.
[Sebenarnya, kita juga digalakkan bertadarus pada luar bulan Ramadan juga. Tapi pada bulan ini kita makin digalakkan berbuat demikian, apatah lagi, bulan Ramadan itu dikenang sebagai bulan turunnya al-Quran.]
Manakala dalam bulan Ramadan itu juga ada suatu peruntukan malam yang mulia. Malam itu menjadi mulia dengan sebab hadirnya malam Lailatul Qadar di mana kemuliaannya terkait langsung dengan sebab kejadian kisah turunnya al-Quran pada malam yang lebih baik daripada seribu bulan itu.
Posted by abusafuan at 8/21/2010 08:42:00 AM 0 comments
Labels: Mau'izah
Malam Munajat 1,000 Yaasin pada 22 Ogos
KOTA BHARU, 20 Ogos: Qaryah Ramadhan di bandar raya ini akan terus mencatat sejarah pada 22 Ogos bersamaan 12 Ramadhan apabila acara Malam Munajat 1,000 Yaasin akan diadakan di situ.
Majlis itu akan dirasmikan oleh Datuk Takiyuddin Hassan (gambar), Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Kelantan.
Acara akan bermula seperti biasa dengan solat Isyak dan tarawih yang diimamkan oleh dua orang Imam Qaryah Ramadhan yang didatangkan khas dari Mesir oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) iaitu Syeikh Rejab Saad Yaasin dan Syeikh Ahmad Ramadhan Ayyub Muosa.
Menurut Ustaz Ropien Hassan dari Jabatan Pembangunan Islam MPKB-BRI, Malam Munajat Yaasin itu yang merupakan cetusan idea daripada Takiyuddin Hassan akan dimulakan sebaik sahaja selesai solat tarawih dan pada malam tersebut tazkirah antara dua salam ditiadakan sebagaimana biasa.
Posted by abusafuan at 8/21/2010 08:36:00 AM 0 comments
Labels: Makluman
Tazkirah Dhuha II
Wednesday, July 21, 2010Al-Quran sebagai pembela:
Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah s.a.w. telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Quran, setelah itu Rasulullah s.a.w. memberitahu tentang kelebihan Al-Quran." Telah bersabda Rasulullah s.a.w.: "Belajarlah kamu akan Al-Quran, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya. "Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, "Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"
Maka berkata Al-Quran : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari." Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Quran itu: "Adakah kamu Al-Quran?" Lalu Al-Quran mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah s.w.t. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya. Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?" Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Quran."
Posted by abusafuan at 7/21/2010 08:09:00 AM 0 comments
Labels: Tazkirah
Kekuatan prinsip Islam dalam memperbaiki umat
Monday, July 19, 2010Dengan hanya menyematkan sifat patuh tadi ke dalam hati mereka maka bolehlah saudara-saudara menjadikan mereka golongan orang yang melaksanakan keadilan, kebenaran dan menjadikan mereka menjauhi segala kerja yang haram di dunia dengan dorongan takwa kepada Allah dan dengan perasaan bertanggungjawab di hadapan Allah pada hari kiamat kelak, juga menjadikan mereka golongan yang senang hati dalam memberikan segala pengorbanan yang mulia dengan dorongan patuh kepada Allah, Rasul dan agamanya.
Sesungguhnya orang-orang bukan Islam itu mempunyai nilai-nilai yang berbeza dan tempat patuh yang berlainan yang dijadikan asas akhlak mereka. Jadi, misalnya jika saudara-saudara mahu menanamkan perasaan kasih kepada punca-punca patuh kepada yang lain daripada Allah, Rasul dan agamanya di kalangan umat Islam, maka saudara-saudara memerlukan masa selama lima puluh tahun untuk menjayakan proses ini, iaitu untuk menukarkan umat Islam itu kepada yang bukan Islam.
Dan saudara-saudara juga perlu kepada lima puluh tahun yang lain lagi jika saudara-saudara mahu menjadikan mereka satu bangsa barat yang sempurna. Sebelum tempoh ini, saudara-saudara tidak berupaya menanamkan di kalangan mereka akhlak kebangsaan yang saudara-saudara dapati dan gemari pada bangsa-bangsa barat.
Posted by abusafuan at 7/19/2010 08:14:00 AM 0 comments
Labels: Kajian Pemikiran












