Tazkirah Dhuha Pagi Jumaat (Al-Humazah)

Friday, January 8, 2010

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.


[104.1] Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji,

[104.2] Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya; [104.3] Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)!

[104.4] Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam "Al-Hutamah". [104.5] Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Al-Hutamah" itu? [104.6] (Al-Hutamah) ialah api Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya), -

[104.7] Yang naik menjulang ke hati;

[104.8] Sesungguhnnya api neraka itu ditutup rapat atas mereka. [104.9] (Mereka terikat di situ) pada batang-batang palang yang melintang panjang.


Assalamua’laikum

Di saat dunia menghimpit kehidupan kita dengan dunia yang fana’ ini marilah kita sama-sama mencari celah-celah kekosongan yang ada mencuri peluang untuk membunuh buakan nafsu yang melampau dengan bertadabbur al-quran.

Bertadabbur ayat-ayat Allah dalam surah Al-Humazah mengingatkan saya kepada ancaman dahsyat yang menakutkan. Allah telah menjanjikan kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji.

Kemudian ditambah lagi pada ayat kedua dan ketiga iaitu Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya; Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)!

Betapa ramainya orang yang seumpama ini boleh kita lihat bahkan dalam kepimpinan negara pun tidak terlepas juga. Kadang-kadang bila difikirkan beruntung pula bagi mereka yang tidak berharta.

Ayat ini mengingatkan saya supaya zuhudlah dengan dunia yang tidak kekal ini. Dan lebih menyakitkan dan merisaukan bila ancaman Allah adalah “Al-Hutamah” iaitu api Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya), Yang naik menjulang ke hati;

Bahkan ditambahkan lagi azab yang menakutkan seperti dalam ayat kelapan dan kesembilan Sesungguhnnya api neraka itu ditutup rapat atas mereka. (Mereka terikat di situ) pada batang-batang palang yang melintang panjang.

Allahuakbar..Adakah amalan-amalanku untuk menghindarinya. Tubna ilallah.

0 comments:

Post a Comment