Haji Menuju Allah

Saturday, October 31, 2009

Assalamua'laikum wbt

kalau tak silap saya pada 20.Oktober yang lalu jemaah haji pertama dari Malaysia telah berangkat ke Mekah bagi menunaikan haji pada musim ini.

Pada 24.Oktober pula nenek dan mak ngah saya juga telah berangkat ke Mekah bagi menyahut seruan Allah menunaikan rukun Islam ke 5 itu.

Mahkota Tarbiyah

Thursday, October 29, 2009

Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar- benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik. (Al Ankabut : 69)

Forest Gump adalah seorang anak yang cacat kaki dan harus berjalan tertatih-tatih dengan menggunakan alat bantu. Di sisi lain, ia menjadi seorang anak yang terkebelakang mental dan sulit untuk berbicara. Kondisi ini membuat Forest menjadi minder di kalangan teman-temannya dan selalu menjadi bahan cemohan.

Pesan Pada Diri..

Monday, October 26, 2009

Assalamua'laikum wbt.



      Manusia hanya akan beroleh ketenangan apabila fitrah atau rohaninya terisi, subur dan sihat. Yang dimaksudkan dengan kerohanian yang subur dan sihat ialah persediaan dan keteguhan hatinya untuk mengalahkan musuh-musuh batin, iaitu syaitan dan hawa nafsu. Musuh batin ini sangat payah untuk ditumpaskan jika kita tidak mempunyai persediaan asas yang lengkap.

Pasca Ijab Dan Kabul (Akhi Firdaus & Ukhti Fazreen)

Saturday, October 24, 2009

Assalamua'laikum wbt.
(sila layari laman perkahwinan ini)

alhamdulillah setelah 4 tahun berbaitul muslim akhirnya diijab kabulkan jua..tahniah ana ucapkan kepada akhi firdaus dan ukhti Fazreen..4 tahun tu...bukan senang nak bertahan...tapi insyaAllah dengan rahmat, kasih sayang, doa dan tawakkal kepada Allah termakbul juga akhirnya...

Carilah Perbendaharaan Yang Kekal.

Wednesday, October 21, 2009


Assalamua'laikum wbt

Kurnia dan nikmat Allah yang banyak adalah harta simpanan yang abadi bagi pemiliknya. Hanya itulah yang akan mengiringi mereka menuju tempat tinggal abadi. Yakni,keIslaman,keimanan,ihsan, amalan yang baik, ketaqwaan, jihad, taubat dan kembali ke jalanNya:

Dedikasi Untuk Akhi Firdaus Sempena Walimahnya Pada 17.10.2009

Saturday, October 17, 2009

 Assalamua'laikum wbt.


Berhati-hatilah Dengan Botol (Bersikaplah Lembut Terhadap Isteri)

Demikian judul topik yang diambil secara harfiyah dari sebuah hadith Nabi SAW: “Riqan bil qawaariir. “(Berhati-hatilah dengan botol). Kata qawaariir adalah bentuk jama’ tidak berperaturan dari qaaruurah. Erti lughawinya adalah botol atau kaca, sedang makna yang dimaksudkan adalah wanita atau isteri. Rasulullah SAW menyerupakan hati wanita dengan botol dalam erti kata mudah pecah, kerana emosi wanita lebih kuat daripada aqalnya. Perintah ini ditujukan kepada kaum lelaki, maknanya: “Berlaku lembutlah kepada isteri “, Sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah Ta’ala melalui firmanNya:
…..dan pergaulilah mereka dengan cara yang baik…..(An-Nisa’19)
…..dan Dia jadikan di antara kalian cinta dan kasih sayang….(Ar-Rum:21)
Dalam sebuah hadith disebutkan:
Perlakulah kaum wanita denga baik, kerana sesungguhnya mereka adalah penolong yang dapat membantu kalian.
Dalam hadith yang lain, Rasulullah SAW bersabda:
Sebai-baik kalian adalah orang yang paling baik kepada isterinya, dan aku adalah orang yang paling baik di antara kalian terhadap isterinya.
Rumahtangga yang bahagia adalah rumahtangga yang dibangun di atas rasa saling cinta mencintai, yang tegak berdiri di atas dasar cinta yang penuh dengan taqwa kepada Allah dan keredhaanNya.
Maka apakah orang yang mendirikan bangunannya di atas dasar ketaqwaan kepada Allah dan keredhaanNya itu lebih baik ataukah orang yang mendirikan bangunannya di tepi jurang yang runtuh, lalu bangunan itu jatuh bersama-sama dia ke dalam neraka Jahannam? Allah tidak memberikan petunjuk kepada orang-orang yang zalim (At-Taubah: 109)

SEMOGA BAHAGIA KE AKHIR HAYAT DAN SENTIASA DALAM RAHMAT SERTA REDHA ALLAH ANA DOAKAN UNTUK AKHI M.N.FIRDAUS DAN UKHTI NORFAZREEN.

Say No To Pork

Thursday, October 15, 2009



Video di atas antara hikmah kenapa syariat Islam mengharamkan babi. Semoga bermanfaat untuk kita semua. Sebarkan

KETIKA CINTA BERTASBIH

Wednesday, October 14, 2009



satu lagi cerita yang telah dibikinkan hasil daripada adaptasi sebuah novel ketika cinta bertasbih 1 & 2, karya pak habib. tahniah kepada Pak Habib saya ucapkan. Semoga terus maju berkarya terutamanya dalam menyampaikan mesej-mesej dakwah cinta yang sebenar dan hasilnya jelas mampu memberi impak positif kepada jiwa muda mudi sekarang. Semoga ia bermanfaat untuk kita semua...

Dekat Di Mata, Dekat Di Hati

Tuesday, October 6, 2009

Assalamua’laikum



‘To know You is To Love You’ antara salah satu tajuk lagu nasyid yang dinyanyikan oleh saudara Suhaimi dalam album Kias Cinta, lagunya telah menarik hati saya untuk menulis artikel pada malam ini. Tapi bukanlah maksud saya untuk menulis makna tersirat atau tersurat tentang lagu tersebut tetapi hanya cuba untuk melontarkan pandangan berdasarkan pembacaan-pembacaan saya untuk dikaitkan dengan peristiwa semasa yang terjadi mutakhir ini.

Hari ini kita melihat ramai manusia yang telah lupa asal usulnya.. asal usul sebagai hamba, hamba yang datang dari Pencipta yakni Allah Tuhan yang maha Esa dan hamba yang akan kembali semula kepada Tuhannya. Bermula hanya dengan setitis mani yang hanyir kalau jatuh ke tanah ayam tak patuk itik tak sudu pun. Tiba-tiba, apabila dikurniakan akal yang sihat dan mampu berfikir secara waras kononnya, makhluk yang bergelar manusia ini boleh menjadi musuh Allah yang tegar melakukan maksiat kepada Tuhannya..Nau’zubillah

Allah terus dan terus saja menzahirkan sifatNya yang maha penyayang dan maha kuasa kepada hamba-hambaNya. Walaupun hamba-hambaNya sentiasa lupa dan tidak mahu mengingatiNya. Namun Dia sentiasa saja mahu “berbicara” dengan hamba2Nya baik manusia, haiwan, angin, air, tumbuhan dan sebagainya dalam pelbagai bentuk suasana “bicara” sama ada hambaNya itu sedar ataupun tidak sedar, tidak lain dan tidak bukan supaya hambaNya sentiasa mengingatiNya. Jadi Sentiasalah mengingatiNya.. Peristiwa yang melanda Asean sekarang ini seperti taufan Ketsana di Filipina dan Vietnam serta gempa bumi di Jawa Barat Indonesia menunjukkan sifat maha penyayang Nya kah atau sifat maha Kuasa Nya kah?

Jawapannya terpulang pada kita bagaimana kita memandangnya tetapi bagi orang beriman mereka akan sentiasa mengambil ibrah daripada apa saja yang berlaku. Sama ada dalam keadaan susah atau pun senang, bahagia atau derita, sengsara atau gembira semuanya itu datang dari Allah untuk mengingatkan hamba-hambaNya supaya jangan lupakanNya. Bagaimana kita bias mengingatiNya kalau Dia pun kita tidak kenal? Bagaimana pula untuk mengenaliNya?

Teringat saya kepada Kata Ustaz Al-Gazzali dalam buku Aqidah Muslim menjelaskan ketidak mampuan manusia ini, “Demikianlah, dan yang menyebabkan akal kita tidak mampu untuk mengetahui itu ialah dua hal! Pertama kerana tersembunyinya dirinya, dan kerana gelapnya. Dan ini tidak perlu diterangkan. Dan yang kedua kerana teamat jelasnya. Sebagai contoh

Binatang Kalong itu dapat melihat di waktu malam, dan tidak dapat melihat di waktu siang. Sebabnya bukanlah kerana siang itu gelap dan tersembunyi, tetapi adalah kerana teramat terangnya. Penglihatan kalong itu lemah, hingga silau ditimpa cahaya matahari. Maka kerana amat terangnya waktu siang dan lemahnya alat penglihatannya, terhalanglah penglihatan itu, hingga ia tidak dapat melihat sesuatu, kecuali bila cahaya itu remang-remang dan tidak terlalu keras atau terik. Demikianlah pula otak kita amat lemah, dan keindahan kudrat Ilahi demikian terang dan cemerlang, dan teramat luas serta meliputi, hingga tidak satu atom pun di kerajaan langit dan bumi yang menyaksikan wujudNya yang amat sempurna, Maka teramat terang serta jelas itulah yang menjadi sebab tersembunyiNya, dan Maha Sucilah Ia yang terhalang penampilanNya oleh sinar cahayaNya dan tertutup dari pandangan dan penglihatan kehadiranNya. Jadi tepuk dada Tanya Iman masing-masing sejauh manakah kita rasa berTuhan di dalam hati dan kehidupan ini. Sama-samalah kita belajar mencari hikmahNya dalam setiap apa yang berlaku.

Sedarkah kita? Mulianya kita adalah kerana Islam yang ada pada kita. Islam yang mengajar kita hidup bertuhan, kita adalah suatu kaum yang Allah muliakan kita dengan Islam, selama mana kita mencari kemuliaan selain apa yang dimuliakan oleh Allah, maka kita akan dihina oleh Allah. Wal’iyazubillah, Justeru kepentingan gabungan kekuatan Iman dan Ilmu sangat dominan bagi melahirkan manusia unggul yang merasa dirinya sentiasa bertuhan dalam erti kata lain mampu menimplimentasikan akhlah seorang muslim yang sejati sama ada dalam khalayak umum atau pun ketika bersendirian serta pada zahirnya atau dalam batinnya. Kita malu bila mana seorang intelektual barat yang baru memeluk Islam berkata “ syukur kepada Allah kerana memperkenalkan aku kepada Islam dulu sebelum memperkenalkan ku kepada Muslim” Bukanlah niatnya untuk menghina muslim tapi bagi mereka yang makan cili sudah semestinya akan terasa pedasnya. Ironiknya realiti yang berlaku kepada umat Islam yang ada pada hari ini tidak sama dengan ajaran yang dianjurkan dalam agama Islam itu sendiri.

Pernahkah saudara dengar orang berkata ‘aku melihat Islam di Eropah sedangkan muslim ramai di tanah Arab’? Sudah tentu pernah kan, terutamanya bagi mereka yang pernah berkunjung ke negara Eropah. Islam adalah untuk semua bukan hanya untuk bangsa Arab ataupun bangsa Melayu sahaja. Sepertimana firman Allah dalam surah al-Maidah ayat 54 yang bermaksud:

[5.54] Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya.

Begitulah juga kaum Arab mahupun kaum Melayu jika mereka tidak inginkan Islam maka Allah akan gantikannya dengan kaum yang lain seperti mana maksud ayat di atas.

Kata Albert Einstein “ Sesungguhnya inti kesedaran beragama pada pokok dasarnya ialah agar kita mengetahui bahawa Zat yang tak ada jalan buat mengetahui hakikatNya itu benar-benar ada. Dan Ia menampakkan diriNya dengan bukti-bukti hikmat yang paling tinggi dan cahaya keindahan yang paling agung. Dan saya tak dapat membayangkan betapa seorang yang benar-benar sarjana tidak mengetahui bahawa prinsip-prinsip yang betul tentang alam wujud ini dibina atas dasar hikmat yang menjadikannya dapat difahami oleh akal. Maka ilmu tanpa Iman adalah seperti berjalannya orang pincang (cacat), sedangkan Iman tanpa Ilmu adalah seperti meraba-rabanya orang yang buta.

Justeru, Dekat Di Mata itu bermaksud bila mana kita mampu melihat dalil wujudnya Allah yakni adanya alam ini dengan pancaindera yang dipandu iman yang sejahtera sehingga sampai kepada mata hati yang akan membenarkan dan membesarkan Allah dan demikianlah pula yang akan menerbitkan makna Dekat Di Hati yakni hati yang sentiasa mengingati Allah dan merasa dirinya bertuhan.

Sekian
(abusafuan.blogspot.com)

MAKLUMAN PENTING

Sunday, October 4, 2009


Assalamua'laikum wbt

Kepada semua kawan-kawanku batch SPM 2004 SMKA Falahiah yang berminat untuk menyatukan semula ukhwah kita yang mungkin telah gersang dan kering anda bolehlah memaklumkan kepada saya beberapa perkara berikut:

1. Nama penuh seperti dalam IC
2. Alamat Tetap.
3. No IC
4. No Handphone
5. Emel
6. Blog (jika ada)
7. Status sekarang (Kerja @ Belajar dan nyatakan tempat kerja & belajar)

Sila hantar maklumat di atas kepada saya melalui emel di khalifah_soleh@yahoo.com atau SMS kan kepada nombor 0197892505.

Antara tujuannya adalah untuk saya (moderator) menjemput (invite) anda join ke yahoogroup kita yang baru ditubuhkan yang diberinama syababfalahiah04. Justeru itu juga sebarang maklumat terkini akan dimaklumkan melalui yahoogroup ini nanti. Sebarang isu semasa, perkembangan terkini kawan-kawan kita, hebahan-habahan berita dan lain-lain lagi juga sangat dialu-alukan melalui yahoogroup ini selagi mana tidak bercanggahan dengan hukum syarak. Sebarkan.

[49.10] Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.


Sekian..