Teringat saya kepada ucapan pengerusi lujnah tarbiyah PAS negeri Johor, tentang kata-katanya yang dipetik daripada kata-kata Saidina Ali KW...iaitu BATIL YANG TERSUSUN DAN BERSTRATEGI MAMPU MENEWASKAN KEBENARAN YANG BERCELARU...ini muqadimmah saya sebelum komentar saya yang lebih panjang..
Kemudian, Teringat pula saya kepada tulisan Assyahid Imam Hassan Al-Banna di dalam beberapa buah bukunya yang mana beliau berkata BERAPA RAMAI MANUSIA MAMPU BERCAKAP TAPI TIDAK BERSAMA DI MEDAN KERJA, BERAPA RAMAI PULA MANUSIA YANG MAMPU BEKERJA TAPI TIDAK BERSAMA DI MEDAN AMAL, BERAPA RAMAI PULA MANUSIA MAMPU BERAMAL TAPI TIDAK BERSAMA DI MEDAN JIHAD..
Setujukah anda Setiap kita terutamanya para aktivis pendokong Islam tidak boleh
terlepas daripada mengalami dan mengakui perkara-perkara yang saya nyatakan di atas?
Cuma yang bedanya kita adalah di tahap manakah kita sekarang? dan di tahap manakah kita telah berjaya menghadapinya? Jawapan itu saya tidak boleh menjawabnya kerana saudaralah yang mampu menjawabnya sendiri..
Di sini kita melihat bahawa perlunya kepada para aktivis gerakan Islam suatu bekalan, dan bekalan itu tidak lain dan tidak bukan adalah TARBIYAH. Tetapi tarbiyah adalah suatu yang subjektif untuk diungkapkan...Isu yang saya nak sentuh pada penulisan saya kali ini adalah apa pandangan anda tentang tujuan tarbiyah?
Mungkin bila kita bertanyakan soalan ini, pelbagai jawapan yang akan timbul. Saya ada jawapan, anda pun ada jawapan. Jadi, apakah jawapan saya sahaja yang betul dan pandangan anda silap.
Mungkin ada orang kata tarbiah bertujuan membina diri dan menggilap potensi, serta menjaganya supaya tidak melalukan perkara yang merugikan. Orang politik mungkin kata tarbiah adalah untuk melahirkan politikus yang handalan.Mungkin orang tarbawi melihat tarbiah dalam bentuk penyucian jiwa, pembersihan hati, melahirkan nuqaba’ dan orang yang cintakan usrah. Orang ekonomi pula melihat tarbiah perlu untuk melahirkan usahawan muslim yang Berjaya.
Semuanya betul, tak ada yang salahnya.Pandangan Us.Dzulkhairi pula yang beliau nyatakan Mungkin istilah terbaik boleh kita gunakan adalah, tarbiah adalah untuk melahirkan pakar. Pakar ekonomi, pakar nuqaba’, pakar kaunselor, pakar dalam bidang pendidikan, pakar politik, pakar pengurusan, dan macam-macamlah. Jangan jadi pakar maksiat sudah.Saya juga bersetuju dengan pandangan Us.Khairi itu. Pandangan Us.Khairi memperlihatkan Us.Khairi seorang yang bercita-cita tinggi dan mempunyai daya fikir yang jauh ke depan. Akan Tetapi timbul lagi persoalan, bagaimana pula peranan tarbiyah itu mampu menyelesaikan 2 ungkapan tokoh yang saya nyatakan sepeti di awal tulisan saya tadi. Mungkin dari satu dimensi tiada perkaitan tetapi dunia hari ini menuntut kita selaku aktivis jemaah Islam memandang sesuatu perkara dengan dimensi berbeza.
Kadang-kadang kita berasa sedih dan malu. Ada para aktivis gerakan Islam ini masih melakukan maksiat dan perkara yang merugikan Islam dan Jemaah. Mungkin dalam hal ini saya dan saudara-saudara juga tidak terlepas. Mungkin tidak keterlaluan jika saya katakan, hakikatnya perkara-perkara inilah yang telah melambatkan kemenangan Islam. Tapi jangan kita lupa hal ini juga dipanggil tarbiyah. Begitu luas makna tarbiyah untuk kita huraikan.
Pada hemat saya dari sudut syumuliah, tarbiyah umpama oksigen yang diperlukan oleh semua manusia untuk terus bernafas. Tetapi kalau oksigen itu tercemar maka kemungkinan besar manusia akan menghirup udara yang kotor dan boleh membahayakan kesihatan. Udara tercemar bukan kerana apa, tetapi akibat daripada tangan-tangan manusia juga. Begitulah juga Tarbiyah. Dari sudut hikmahnya,penulisan dan perbincangan saya ini adalah untuk mengajak kita sama-sama berfikir dan menilai tahap pemikiran masing-masing.
ULAMA' & USTAZ
POLITIKUS
SAHABAT
EX-FALAHIAH
SAHABAT D'GAMIS
TANZIM ISLAM
TEMAN2 ARTIS
Feedjit Live
MUHASABAH PEJUANG
Monday, February 23, 2009Posted by abusafuan at 2/23/2009 12:42:00 PM 1 comments
Labels: Tarbiyah
KEKUATAN IMAN MENGALAHKAN KEKUATAN KETENTERAAN
Tentera Israel yang adalah tentera keeempat terkuat didunia akhirnya tewas menghadapi pasukan ‘kecil’ pejuang2 gazza yang hanya memiliki tentera dan senjata yang terhad. Ini sesuatu keajaiban yg besar yang dilakukan oleh pejuang2 palestin. Prof Dr Hasan Nafiah pensyarah sains politik di cairo universiti berkata:
إن صمود قطاع غزة خلال الحرب كان معجزة بكل المقاييس أن الكثيرين توقعوا أن يكون قطاع غزة نزهة عسكرية للجيش الاسرائيلي، وأن يقوم الجيش الاسرائيلي بالقبض على قادة المقاومة الفلسطينية ووضعهم في سجون تشبه جوانتنامو الا أن إرادة الصمود والبقاء دحرت العدوان الاسرائيلي على قطاع غزة،إن انتصار حماس واضح جدا لان ما حدث ليس حربا لكنها مجزرة، لافتا الى أن نجاح حماس يتمثل في إفشال جميع الاهداف الاسرائيلية،
“Sesengguhnya ketahanan gazza dalam peperangan adalah suatu mukjizat (miracle) dari setiap sudut. Kebanyakan menyangka bahwa gazza adalah peperangan ‘bersiar2’ oleh tentera Israel dan tentera Israel mudah untuk menangkap pemimpin2 pejuang palestin serta meletakkan mereka di tempat yang menyerupai penjara guantanamo. Namun kehendak untuk berjuang dan kekal di tanah air mereka dapat menghalau tentera musuh dari bumi gazza. Sesungguhnya kemenangan hamas adalah amat jelas kerana apa yang berlaku bukanlah peperangan dengan pejuang tetapi penyembelihan beramai2. Kejayaan hamas adalah menggagalkan kesemua misi2 israel memerangi gaza.”
Ini adalah ulangan peristiwa2 yang lepas, dimana kekuatan keimanan boleh mengatasi segala kekuatan ketenteraan. Diantara peristiwa lepas adalah:
1. operasi pengeboman pejabat pegawai tinggi tentera amerika di Beirut pada tahun 1948 yang membunuh dan mencederakan ratusan tentera amerika. Ia dilancarkan oleh seorang pengebom berani mati. Bila ditanya presiden amerika Ronald Reagan “Bagaimana boleh berlaku? Dimana kawalan yang tinggi? Dimana perisikan?” Dia menjawab “Semua kawalan keamanan di dunia adalah disebabkan perasaan takut mati yang ada pada penyerang. Apabila hilang rasa takut ini maka tidak ada cara untuk menghadapinya.”
2. Operasi ansoriah pada tahun 1998 yang dilancarkan kepada unit jhas tentera Israel yang paling kuat. Perbelanjaan seorang tentera dalam unit tersebut dianggarkan 5 juta dolar amerika. Namun mereka telah dihapuskan oleh pejuang-pejuang palestin yg bersenjatakan iman dan takwa.
3. Pada jun 2006 para mujahidin telah menggali parit sedalam 400 meter di bawah dinding pemisah tanpa disedari oleh tentera dan perisikan Israel. Para pejuang telah sampai ke penempatan askar (garrison) di karam syalum dan membunuh serta menawan tentera2 Israel. Kemudian mereka pulang dengan selamat.
4. Pada tahun 2006 juga tentera Israel telah mendapat lampu hijau dari amerika, eropah dan dunia untuk menghapuskan, mengambilkan senjata dan melaksanakan peruntukan undang2 1559 terhadap hizbullah. Namun Hizbullah berjaya menewaskan mereka dengan jayanya.
Ini adalah sebahgian dari contoh yang menunjukkan kekuatan keimanan mengatasi segalanya. Kekuatan iman ini lah yang ada pada tentera Islam yang terdahulu. Walaupun mereka sedikit tetapi mereka kuat. Seorang Pemimpin rom yang telah tewas kepada tentera Islam telah berkata tentang sifat2 pejuang Islam:
إنهم يقومون الليل ويصومون النهار ويوفون بالعهد ويأمرون بالمعروف وينهون عن المنكر ويتناصفون بينهم.
“Sesungguhnya mereka bangun malam untuk berqiamullail, berpuasa pada siang hari, menunaikan janji2 mereka, mengajak kepada kebaikan, mencegah kepada kemungkaran dan saling nasihat menasihati sesame mereka.”
Kita lihat bagaimana pemilihan tentera Saluhuddin al-Ayyubi yang mana mereka telah mencipta sejarah kemenangan dan kegemilangan Islam. Apabila lalu di khemah tentera yang tidak bangun malam maka beliau berkata:
“Sekiranya kita diserang dan dikalahkan maka sebab merekalah kita dikalahkan.”
Namun pemuda2 Islam sekarang sudah lemah iman dan amalnya. Mereka hanya menjadi penyokong kepada perjuangan Islam dan tidak menjadi pejuang2 Islam. Untuk bangun solat subuh berjemaah pun mereka tidak mampu inikan lagi untuk berqiamullail. Lihat bagaimana Syeikh Ahmad Yasin yang mana dia syahid ketika pulang dari solat subuh di masjid berhampiran rumahnya pada 22/3/2004. Walaupun beliau sudah lumpuh sepenuhnya namun tetap solat subuh berjemaah subuh. Bagaimana dengan pemuda2 yang gagah berani yang sanggup turun padang mengharungi air penyimbah, gagah berani melawan samseng, hebat bermain di padang tetapi tidak mampu untuk mengenepikan selimut yang nipis.
Ummat Islam juga lemah kerana jiwa mereka kosong ilmu. Mereka hanya bersemangat mendakwa mereka memperjuangkan Islam tetapi berjuang tanpa ilmu sehingga mereka melakukan perkara yang haram tanpa mereka sedari. Suatu ketika para sahabat mengatakan syahid pada seorang yang telah mati dalam peperangan , namun Nabi saw bersabda:
كلا إني رأيته في النار في بردة غلها
“Tidak sama sekali, sesungguhnya aku melihatnya dalam neraka kerana disebabkan sehelai selimut yang diambilnya.” (HR Muslim – sahih)
Tanpa ilmu menyebabkan mengambil harta manusia dengan secara haram. Ini adalah dalam ilmu muamalah (pertukaran harta) yang manusia jarang mengaji dan mengetahui tentangnya.
Seterusnya para pejuang perlu mempunyai kekuatan jiwa. Kekuatan jiwa ialah jiwa yang cinta akhirat. Walaupun umat islam ramai tetapi mereka lemah lantaran cinta mereka pada dunia. Ia juga jawapan kepada yang bertanya sebab apa umat Islam diganyang oleh musuh2 Islam. Nabi saw bersabda:
لا ولكنكم غثاء كغثاء السيل يجعل الوهن في قلوبكم وينتزع المهابة من قلوب عدوكم لحبكم الدنيا وكراهيتكم الموت
“Kamu bukannya sedikit, tetapi kamu seumpama buih-buih dilautan. Allah meletakkan penyakit ‘al-wahn’ di dalam hati2 kamu. Mencabut perasaan takut dalam hati2 musuh kamu kerana kamu cinta kepada dunia dan kamu benci mati.” (sahih- Hr Ahmad, Abu Daud dan lain2)
Kesimpulan: Oleh itu marilah kita memperteguhkan kekuatan Iman, kekuatan ilmu dan kekuatan jiwa (hati yang bersih). Apabila kita memiliki kekuatan seumpama ini, Allah akan memberi pertolongan yang kita harapkan. Ini jelas yang terjadi dalam peristiwa yang terjadi dalam peperangan mujahidin dengan tentera rusia:
Seorang mujahidin yang terkenal maului arselan berkata “ Kami memiliki satu missile dan peluru anti kereta kebal. Kami pun bersembahyang dan berdoa kepada Allah supaya Allah menghancurkan semua kereta kebal dan kenderaan tentera dihadapan kami. Ketika itu ada 200 kereta kebal dan kenderaan tentera. Kami melancarkan peluru dan mengenai kenderaan yang mengandungi peluru2 dan bahan letupan yang menyebabkan ia meletup dan memusnahkan 85 kereta kebal dan kenderaan tentera. Kami telah mengalahkan musuh dan mendapat keuntungan yang besar.”
Untuk itu, saya akan baca setiap hari kitab (Fal Nabda' Bi anfusina) di sepanjang cuti dua minggu ini disamping kitab2 lain yg sedang dibaca. InsyaAllah akan habis dibaca pada masa cuti ini. Ia kitab membina diri seorang pejuang. semoga Allah membina diri saya (yang banyak kesilapan dan kekurangan) dan sahabat2 untuk menjadi tonggak Islam. Kita tinggalkan kesilapan lalu dan kita bina diri kita untuk sampai pada keredaannya insyaAllah.
Rujukan: majalah mukhtar Islami no 318, buku Ma za khasirul alam oleh an-Nadawi, Falestin Tarikh Musawwar oleh Dr Tareq suwaidan, Sofwatul hadis oleh Dr Abd Qadir al-Kattani, Ayatur Rahman fi Jihadil Afghan oleh Dr Abdullah Azzam
Penulis Yahudi mengaku "Kami telah kalah dan kami telah memberi kemenangan yang kuat kepada hamas"
Akhbar rusia yang diterbitkan di amerika telah ditarik balik pengedarannya kerana satu artikel yang ditulis oleh penulis yahudi pada muka surat yang ke tujuh. Ini terjemahan dari sebahgian artikel tersebut:
Penulis menyatakan:
Sekiranya kita ke gazza untuk membebaskan shalit (yg ditawan hamas sejak 2006) …… Kami pulang tanpanya.
Sekiranya kita pergi ke gazza untuk menghentikan roket2…………. Sesungguhnya bertambah jauh roket tersebut (sehingga hamper tel aviv) sehinggalah di hari terakhir dan semakin memberi ancaman.
Sekiranya kita pergi ke gazza untuk menghapuskan hammas…………… sesungguhnya hammas semakin disayangi dan kita telah memberikannya pengiktirafan rasmi.
Sekiranya kita pergi ke gazza untuk menjajahnya…………… Sesungguhnya telah kami sebut bahwa pasukan tentera tidak mampu menguasai satu meter pun di dalam kawasan gazza.
Sekiranya kita pergi ke gazza untuk menunjukkan bahwa kita yang hebat…………. Sesungguhnya peperangan telah berhenti setelah mana diputuskan oleh pejuang bukannya ketika kita buat keputusan.
Sekiranya kita pergi ke gazza untuk mempamirkan kekuatan kita……… Sesungguhnya cukuplah kita buat pertunjukkan ketenteraan di tel aviv.
Sekiranya kita pergi ke gazza untuk membunuh pemimpin hammas…………. Sesungguhnya kita hanya membunuh dua orang dari 500 pemimpin gerakan hammas.
Sekiranya kita pergi ke gazza untuk mendapat simpati dari dunia…………….. Sesungguhnya pandangan alam telah merubah kepada memusuhi kami. Orang yang dulu bersama kami pun telah memusuhi kami.
Sekiranya kita pergi ke gazza untuk mengembalikan kepercayaan kepada tentera kita……….. Sesungguhnya kita telah menambahkan kecut pada tentera kita dan telah menambahkan keyakinan kepada pejuang2 hamas pd diri mereka.
Sekiranya kita pergi ke gazza untuk menetapkan kekuatan pencegahan kita …………… sesungguhnya telah jelas bahawa senjata kita, tidak kita gunakannya dengan baik semasa di daratan dengan dua kali percubaan 2006 dan 2008. Ia tidak mencegah hizbullah dan tidak mencegah hammas.
Malahan bertambah ancaman dan kesombongan pemimpin2 hammas. Allah yang lebih mengetahui perkara yang akan datang selepas mana telah tersebar maklumat ini dikalangan penduduk setempat iaitu maklumat berkenaan dgn pejuang2 palestin dan kemampuan mereka untuk melawan kita. Kita tidak harus lupa ketika berlakunya pertemuan demi pertemuan untuk perdamaian Kita tidak pernah mendengar permintaan hammas walau sekalipun untuk gencatan senjata sehingga kita yang memintanya. Biarlah aku bertanya “Siapa yang menakutkan siapa?” Allah lebih mengetahui, terdapat 800 ribu penduduk Israel di selatan yang mana mereka akan gementar dan bergegas ke tempat perlindungan apabila mendengar nama hammas. “Siapa yang menakutkan siapa ?”
Akhirnya penulis membuat kesimpulan dengan kata2nya:
Peperangan ini menyebabkan rejim zionis(pertubuhan yahudi antara bangsa) membelanjakan 10.5 triliun dolar. Jumlah ini sama nilainya dengan belanja untuk kempen pengiklanan selama 40 tahun bagi mencantikkan gambaran orang2 yahudi di mata dunia. Dalam masa 22 hari , tentera2 yahudi telah memusnahkan segala2nya. Jumlah 10.5 trilion yang dikeluarkan oleh pertubuhan zionis ini tidak mencukupi bagi membiyai semua perbelanjaan perang ini.Ini juga tidak termasuk kerugian manusia di pihak askar dan orang awam yang terkena roket.
Penulis yahudi ini berkata:
Aku, olmert dan barak mengetahui kerugian manusia yang menimpa kami. Kesemuanya dilarang untuk mendedahkan jumlah kerugian manusia tersebut.”
Akhirnya penulis berkata:
“Cukuplah pembohongan kita selama ini. Sebenarnya kita tidak menang.”
Posted by abusafuan at 2/23/2009 09:21:00 AM 1 comments
KAMI AKAN MEMPERLIHATKAN KEPADA MEREKA
Saturday, February 21, 2009
Perang 22 hari di Gaza akhirnya dimenangi oleh Islam mengalahkan tentera Israel yang lebih ramai, peralatan yang canggih serta bantuan serangan dari udara dan laut. Kini usaha dan tenaga ditumpu kearah membina semula infrastruktur Gaza yang musnah. Dalam masa yang sama penduduk Gaza bercerita tentang karamah (keramat) yang berlaku sepanjang Jihad tersebut. Ini membangkit lagi keimanan dan semangat mereka untuk terus berjuang membebaskan bumi Palestin dari penjajahan Yahudi dan Kuasa-kuasa Besar Dunia. Dari ceramah dalam program "Malam Selamatkan Palestin" di Masjid Sikamat, Seremban anjuran ISMA NS yang disampaikan oleh wakil Palestin,Naji As-Sarhiy dan badan-badan kebajikan yang pulang dari Gaza baru-baru ini, berikut adalah sebahagian kecil dari kisah-kisah Karamah tersebut yang sampai kepada saya :
1. Mujahideen, walaupun tangkas di medan darat, namun terdedah kepada bahaya serangan dari udara yang dikuasai 100% oleh tentera Israel. Satu ketika datang sekumpulan burung berhampiran dengan mereka. Tiba-tiba burung-burung tersebut terbang secara mengejut seolah-olah ada sesuatu akan berlaku di situ. Melihat keputusan burung-burung tersebut, para Mujahideen juga segera meninggalkan tempat tersebut. Hanya beberapa ketika selepas itu tepat di tempat tersebut dibedil oleh tentera Yahudi.
2. Ketika para Mujahideen bertekad untuk menyerang kawasan tentera Israel, datang kabus meliputi kawasan tersebut, lalu mereka dapat mara sehingga ke tengah-tengah tentera Yahudi sedang musuh tidak dapat melihat mereka. Para mujahideen dapat menembak kesemua musuh dengan mudah.
3. Seorang doktor menceritakan ketika dia membedah seorang mujahid yang dibom oleh Yahudi hingga habis tubuh badannya dimasukki serpihan besi (sharpnel). Mujahid tersebut masih hidup kerana jantungnya tidak ditembusi serpihan besi tersebut kerana serpihan dibahagian dadanya melekat pada kitab Al-Quran yang beliau letakkan di dalam poket bajunya.
4. Enam roket dilancarkan dan berjaya membunuh musuh sedangkan ketua belum lagi mengeluarkan arahan agar roket dilancarkan. Apabila ditegur oleh ketua, para mujahideen menafikan mereka melancarkan apa-apa roket. Apabila diperiksa, memang keenam-enam roket tersebut masih ada di tempat pelancarnya.
5. Apabila seorang tentera Yahudi disoal oleh wartawan talivisyen kenapa matanya menjadi buta. Dia menjawab datang seorang memakai pakaian putih dan melemparkan pasir ke matanya.
6. Beberapa orang tentera Yahudi mengatakan bahawa tentera HAMAS yang mereka lihat memakai pakaian putih, sedangkan para Mujahideen memakai pakaian ala tentera seperti biasa.
7. Seorang wanita mengandung disahkan doktor disetiap pemeriksaan bahawa kandungannya adalah bayi perempuan. Sebaik suaminya syahid dalam Perang Gaza, pemeriksaan doktor mendapati kandungannya adalah seorang lelaki.
8. Dalam masa 22 hari peperangan, bayi-bayi lelaki yang dilahirkan lebih ramai dari kebiasaan iaitu lebih dari 3000 orang bayi lelaki. Bilangan yang terbunuh ialah seramai lebih 1300 orang (sahaja). Allah swt menggantikan dalam peperangan tersebut, mujahideen masa depan yang lebih ramai. Apabila jenazah Hasan Ismail Abu Syanab yang syahid pada hari pertamaserangan Yahudi ke atas Gaza, hendak dikebumikan diliang lahad ayahnya,Asy-Syahid Ismail Abu Syanab, yang syahid 5 tahun lalu, mereka dapati jasadIsmail masih dalam keadaan seperti mula-mula dikebumikan 5 tahun lalu. Kainkafannya masih putih bersih. Beliau adalah salah seorang pengasas danpemimpin HAMAS.
"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda keterangan Kami diufukdan dalam diri-diri mereka sendiri sehingga jelas kepada mereka bahawa Diaadalah benar. Tidakkah cukup lagi bahawa Tuhanmu, sesungguhnya Dia menyaksisegala sesuatu. " (Fussilat:52) . Ustaz Abdul Halim (IniJalanku)
Posted by abusafuan at 2/21/2009 08:38:00 AM 0 comments
WAHAI SAHABAT2 KU YG BERGELAR PEMUDA ISLAM
Tuesday, February 17, 2009Wahai angkatan pemuda !
Sebenarnya kita telah pun beriman tanpa sebarang keraguan atau prasangkaan malah kita sudah pun yakin dengan sepenuhnya sekira-kiranya keyakinan kita ini lebih kukuh dan tegap dari gunung-ganang yang memasak bumi, lebih dari segala lubuk hati sanubari bahawa tidak terdapat sebarang apa pun jua fikrah perjuangan melainkan hanya satu sahaja fikrah yang benar-benar mampu menyelamatkan dunia yang sedang terseksa, yang benar-benar mempunyai daya upaya membimbing kemanusiaan yang sedang berada di dalam keadaan tercengang-bangang, dan yang benar-benar sanggup memimpin umat manusia ke arah jalan yang sewajarnya.
Fikrah atau ideologi perjuangan yang seperti itu mustahak diberi segala pengorbanan demi meninggikan kedudukannya, demi memperkenalkannya serta mendorong umat manusia supaya menghayati dengan segala jiwa raga serta memberikan dari sekecil-kecil pengorbanan hinggalah semahal-mahalnya.
Fikrah yang tunggal ini tidak lain dan tidak bukan ialah “Islam yang maha suci” yang sekali-kali tidak terdapat di dalamnya sebarang apa pun jua penyelewengan, keburukan dan kesesatan yang akan menimpa sesiapa yang mengikutnya.
Allah berfirman(Al-Imran:18-19):
شَهِدَ اللَّهُ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ وَالْمَلَائِكَةُ وَأُوْلُوا الْعِلْمِ قَائِمًا بِالْقِسْطِ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ إِنَّ الدِّينَ عِنْدَ اللَّهِ الْإِسْلَامُ
Allah menjadi saksi, dan para malaikat dan ahli cerdik pandai bahawa tidak ada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang berlaku adil terhadap makhluknya, tidak ada Tuhan melainkan Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana. Sesungguhnya ugama yang di sisi Allah itu ialah Islam.
Suatu lagi firman Allah (Al-Ma’idah:3):
الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمْ الْإِسْلَامَ دِينًا
Hari ini Aku sempurnakan bagi kamu akan ugama kamu, dan Aku penuhkan kepada kamu nikmatKu, dan redhalah Aku Islam itu sebagai ugama bagi kamu.
Jelas bahawa fikrah perjuangan kita hendaklah fikrah yang bersifat Islam dengan setulin-tulinnya. Di atas dasar Islamlah fikrah kita berpijak, daripada sumbernyalah kita mendapat petunjuk. Kerana Islam maka kita ini berjuang dan demi kerana meninggikan kalimahnya maka kita bekerja serta bertindak. Fikrah kita tidak sekali dapat menyamakan sebarang sistem dengan sistem Islam, tidak sekali-kali redha mengikut sebarang pimpinan yang lain malah fikrah kita sekali-kali tidak akan patuh kepada apa jua hukum melainkan Islam.
Allah berfirman (Al-Imran : 85):
وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ
Dan barangsiapa mencari ugama selain dari Islam maka usahanya itu tidak sekali - kali akan di terima.
Islam serta penganut-penganutnya pernah mengalami suatu zaman cubaan di mana mereka ditimpa dengan pelbagai kemalangan dan dikelubungi oleh bencana yang bertubi-tubi. Pada ketika itulah musuh-musuh Islam telah bekerja untuk memadamkan sinarannya, cuba untuk menyembunyikan keindahannya bahkan untuk menyesatkan para pemeluknya, membantutkan pelaksanaan hukum hududnya serta melemahkan bala tenteranya di samping memutar ajaran serta hukum-hukumnya. Kadang-kadang mereka lakukan dengan cara mengurangkannya dan terkadang pula dengan jalan menambah-nambahkannya dan selain dari itu, dengan mentafsirkan hakikatnya dengan cara yang tidak sewajarnya.
Dalam usaha yang jahat itu mereka mendapat peluang yang baik bila berlaku kehilangan kuasa politik dari umat Islam dan kehancuran pemerintahan sejagat mereka di samping kemerosotan semangat Muhammadiyah di kalangan bala tenteranya. Akhirnya jatuhlah seluruh umat Islam itu ke dalam genggaman umat kufur sebagai mangsa penghinaan dan penjajahan.
Oleh itu tugas utama lagi pertama bagi kita angkatan pemuda Islam ialah memberi penjelasan kepada orang ramai akan hakikat segala batas agama Islam, menjelaskan kepada mereka itu dengan seberapa terang, sempurna dan jelas tanpa sebarang tambah dan tokok atau kekurangan atau sebarang kesamaran. Tugas seperti ini merupakan sudut teori bagi hakikat fikrah kita.
Di samping itu kita mestilah mengajak mereka melaksanakan fikrah kita itu serta mendorong mereka demi menyelamatkannya serta membimbing mereka ke arah beramal dengan ajarannya. Sudut ini di namakan sudut amali bagi fikrah perjuangan kita.
Pegangan kita dalam semunya itu ialah kitab Allah yang tidak pernah diresapi oleh kepalsuan sejak dulu hingga sekarang, dan keduanya ialah sunnah yang benar serta nyata datangnya dari Rasulullah s.a.w dan juga sejarah perjalanan bersih dari angkatan salaf umat Islam ini.
Kita tidaklah menghendaki di sebalik usaha itu sebarang apa pun jua melainkan keredhaan Tuhan, menunaikan kewajipan dan memimpin umat manusia serta menunjuk jalan kepada orang ramai.
Kita akan terus berjihad demi untuk menjayakan fikrah kita itu, dan kita akan berusaha sedaya upaya demi untuk menegakkan supaya dengan itu dapatlah kita sekalian hidup mulia atau sebaliknya biarlah kita mati secara yang mulia. Cogan kata kita ialah :
Allah matlamat kami ;
Rasul itu ikutan kami ;
Al-Quran itu perlembagaan kami ;
Jihad jalan kami; dan
Mati pada jalan Allah ialah setinggi-tinggi cita-cita kami.
Wahai angkatan pemuda !
Sesungguhnya Allah telah memuliakan kamu dengan menamakan kamu angkatanNya, dengan mengurniakan iman kepada kamu serta mendidik kamu atas dasar ugamanya, dan Allah telah meletakkan kamu di martabat tertinggi di muka dunia dan di kedudukan para da’i di kalangan orang ramai serta Allah menganugerahkan kepada kamu kemuliaan seperti yang dianugerahkannya kepada maha guru di hadapan muridnya.
Allah berfirman (Al-Imran : 110):
كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنْ الْمُنكَرِ
وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ
Kamulah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk memimpin umat manusia: iaitu kamu menyuruh berbuat kebaikan, dan kamu menegah dari kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah.
Allah berfirman (Al-Baqarah : 143):
وَكَذَلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطًا لِتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ
Demikianlah pula Kami jadikan kamu umat pertengahan supaya kamu menjadi saksi terhadap umat manusia.
Oleh itu perkara yang pertama sekali yang Allah menyeru kamu ialah hendaklah kamu mempunyai keyakinan diri sendiri, dan hendaklah kamu menyedari martabat kamu dan yakinlah bahawa kamulah sebagai tuan di dunia walaupun musuh-musuh kamu sudah tentu ingin melihat kamu berada di dalam kehinaan. Hendaklah kamu yakin bahawa kamu adalah sebagai guru kepada umat-umat di dunia walaupun pada waktu-waktu yang tertentu orang lain pernah mengatasi kamu dalam sesuatu sudut yang tertentu; namun demikian, kemenangan terakhir adalah di tangan orang-orang yang bertaqwa jua.
Posted by abusafuan at 2/17/2009 03:39:00 PM 0 comments
WASIAT KE-6 ASSYAHID IMAM HASSAN AL-BANNA
Janganlah bergurau kerana umat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara, demikian wasiat Hasan al-Banna.
Selepas mewasiatkan supaya kita tak banyak ketawa, maka asy-Syahid Imam Hasan al-Banna menyeru umat Islam yang benar-benar ingin berdakwah dan berjihad di jalan Allah agar tidak banyak bergurau dalam pergaulan sehariannya.
Menurut beliau, umat yang berjuang itu selalu sibuk bermuhasabah mengenai masalah yang dihadapi oleh umat Islam. Masalah yang membelenggu umat Islam terlalu banyak, sedangkan mereka yang ingin menyelesaikan masalah tersebut tidak ramai.
Sekiranya umat Islam banyak bergurau maka sudah pastilah masalah-masalah umat Islam itu tidak mudah diselesaikan. Sebab itulah beliau menyeru kita agar sentiasa bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
Bersungguh-sungguhSabda Rasulullah s.a.w, 'Sesungguhnya Allah s.w.t menyukai apabila seseorang kamu bekerja dan melakukan pekerjaan itu dengan tekun.' (Riwayat Abu Daud).
Menurut hadis ini, apabila seseorang Muslim suka membuat sesuatu pekerjaan dengan tekun sehingga selesai dan sempurna pekerjaannya, maka dia termasuk dalam kategori manusia yang disukai oleh Allah s.w.t.
Mungkin kita tertanya-tanya, kenapakah Allah s.w.t sukakan Muslim yang bersikap tekun dan bersungguh-sungguh dalam pekerjaannya? Mungkin.. salah satu sebabnya ialah kerana Tuhan sendiri bersikap tekun dan bersungguh-sungguh tatkala Dia mencipta makhluk dengan serba kesempurnaan.
Hal ini disokong oleh sebuah hadis lain; "Sesungguhnya Allah itu cantik dan indah. Dan, dengan sebab itu, Dia sukakan keindahan.."
Barangkali.. sebab itu juga Tuhan benci manusia yang 'mencacatkan' kesempurnaan ciptaanNya. Jika lelaki menukar jenisnya kepada wanita dan wanita pula menukar jenisnya kepada lelaki, maka hal itu termasuk dalam kategori 'mencacatkan' kesempurnaan.
Demikian juga.. kalau kita menukar wajah rupa paras muka bumi yang serba hijau dengan tumbuh-tumbuhan sehingga porak-peranda atas alasan pembangunan, maka berlakulah ketidaksempurnaan dengan kejadian bukit runtuh dan sebagainya.
Betapa berhati-hatinya Tuhan dalam penciptaanNya, dapatlah kita gambarkan menerusi al-Quran sendiri. Kerapkali disebut bahawa Allah s.w.t menyusun, mencipta alam ini dalam tempoh 6 hari, 6 masa atau 6 fasa. Hal yang sama turut diungkap pada awal-awal ungkapan sebagai yang tertera dalam Perjanjian Lama.
Oleh kerana, sikap berhati-hati, tekun dan bersungguh-sungguh ini adalah sifat Tuhan ketika menciptakan alam ini, maka sebab itulah Tuhan menyukai Muslim yang suka bersungguh-sungguh, tekun dalam menunaikan pekerjaannya.
Terzahir sikap kesungguhan Tuhan itu dalam menzahirkan penciptaannya, sehinggakan Dia mempertahan kewujudan makhluk ciptaanNya yang bernama manusia walaupun keputusan mewujudkan khalifah tersebut dipersoalkan oleh para malaikat.
Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." [Al-Baqarah: 30]
Maka, sikap bersungguh-sungguh, tekun membuat pekerjaan itu bukan cuma terletak pada sikap suka menyempurnakan kerja kita sehingga selesai. Malah, jika pekerjaan kita yang baik itu disanggah orang, maka kita akan tentu berusaha keras mempertahankannya!
Sikap kesempurnaan tindak tanduk Tuhan inilah yang perlu dicontohi oleh para dai'e, pendakwah dan mubaligh Islam ketika berusaha keras menyebarkan dakwah mereka walaupun ada tekanan penguasa dan pemerintah yang zalim dan kejam.
Pendakwah yang bersungguh-sungguh dan tekun berdakwah pasti tidak akan mengalah, malahan akan terus berjuang walaupun usaha dakwah mereka akan disekat dan dibantah pemerintah!
Tuhan sukakan Muslim yang bersungguh-sungguh membuat kerja yang baik, apatah lagi, kalau pekerjaan itu terkait dengan urusan dakwah Islam, menyebarkan kefahaman Islam. Ketekunan berceramah, menulis dan mengarang bahan-bahan ilmiah akan menyebabkan umat itu terlepas bebas daripada belitan tipu daya penguasa yang sombong dan zalim.
Tuhan tidak menyukai pendakwah yang mengalah, patah hati, kecewa dan merajuk sehingga meninggalkan usaha dakwah ke atas umatnya. Sebab itulah Tuhan merakam kisah Nabi Yunus a.s ditelan ikan Nun setelah baginda meninggalkan dakwah ke atas kaumnya sebagai suatu pengajaran.
Namun begitu, perihal taubat Nabi Yunus dalam al-Quran turut dirakam agar para pendakwah segera bertaubat jika mereka mengalah terhadap sebarang usaha pemerintah yang menyekat dakwah tersebut.
Oleh itu, pendakwah atau mereka yang beriltizam mewakafkan waktu mereka untuk berjuang memansuhkan ISA, Auku, PPSMI dan lain-lainnya janganlah pernah berhenti daripada berjuang, setelah mereka meyakini bahawa telah berada di landasan yang benar dalam perjuangan ini.
Pemerintah mesti bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah rakyatSekiranya manusia Muslim itu seorang pemimpin negara, maka hendaklah dia segera menyelesaikan urusan rakyatnya sehingga sempurna. Janganlah pemerintah itu suka melambat-lambatkan tuntutan rakyat seperti melewat-lewatkan agihan gaji pekerja dengan memberikan pelbagai alasan.
Jika penguasa Muslim itu sudah meluluskan peruntukan untuk membangunkan sebuah projek perumahan, maka janganlah dia membiarkan rumah-rumah itu tidak siap atau terbengkalai pada akhirnya. Terbengkalainya sesebuah tapak projek perumahan melambangkan sikap tidak bersungguh-sungguh, tidak tekun dan cuainya penguasa itu ke atas masalah rakyatnya.
Kerja yang belum beres, tidak selesai atau projek yang tidak sempurna ini adalah simbol, lambang atau kesan daripada sikap penguasa yang tidak bersungguh-sungguh atau sikap tidak jujur seseorang penguasa itu. Mungkin pemerintah itu suka bergurau, bercanda, bermain-main dengan wanita di bar, kelab malam dan coffee house serta bermain golf pada waktu lapang.
Perjuangan belum selesai.. sebuah retorik sifar!Dengan tiba-tiba, pada setiap kali perhimpunan parti, pemimpin jugalah yang kerap bersikap hipokrit dengan melaungkan bahawa perjuangan mereka belum selesai! Ya lah! Nak selesai macam mana kalau mereka asyik bergurau dan tidak bersungguh-sungguh membuat kerja!
Walhal sikap suka buang masa, tidak peka masalah rakyat kerana suka bermain golf, dan sikap tidak prihatin dengan bebanan rakyat itulah yang menyebabkan 'perjuangan' projek perumahan mereka telah terbengkalai.
Tapi.. bagi masyarakat yang masih belum terbangkit lagi kesedaran dan pencerahannya, akan mudahlah ditipu dengan ungkapan-perjuangan belum selesai itu. Lalu, slogan perjuangan belum selesai itu, dengan tiba-tiba melonjakkan nama para penguasa itu di mata rakyat, bahawa kononnya mereka itulah pejuang bangsa!
Perjuangan belum selesai hanyalah retorik sifar, sedangkan masa yang terluang bagi seseorang penguasa itu amat berharga.
Kisah termasyhur Saidina Umar mengendong gandum ke rumah janda-janda pada waktu malam sepatutnya menjadi pengajaran terhadap para penguasa yang asyik beretorik itu. Diriwayatkan.. tatkala Ali k.w meninggal dunia, ramailah balu dan janda yang menangis. Antara keluhan mereka..
"Selepas ini, siapa lagi yang akan mengetuk pintu rumah kami dan mengendong gandum," demikianlah raungan mereka itu. Pecahlah rahsia Saidina Ali pada ketika wafatnya itu. Demikianlah Umar dan Ali mewakafkan masa malam guna membuat amal soleh kepada rakyat termiskin.
Adakah khalifah ini suka membuang masanya untuk bermain golf, berhibur dangdut dan berlibur di luar negeri mengangkut perempuan sedangkan rakyatnya masih menderita kelaparan seperti yang terjadi pada zaman ini?
Arakian inilah antara sebab kenapa banyak masalah umat hari ini yang masih tidak beres. Sudahlah masalah tidak beres kerana mereka asyik membuang masa di padang golf, tiba-tiba mereka pula mengeluh sambil 'sembang deraih' kepada rakyat dengan menyatakan bahawa 'perjuangan' mereka belum selesai.
Percayalah.. semua ini berlaku kerana, pemimpin umat Islam tidak bersungguh-sungguh bekerja, cuai dalam pekerjaannya, suka bermain golf dan tidak banyak meluangkan masa dan mewakafkan waktunya untuk membela nasib rakyat.
Jika 'membela' sekali pun, mungkin mereka cuma membela ahli-ahli partinya kerana mahu imbuhan sesuatu atau mereka membantu dengan sokongan media kerana mahukan publisiti murahan.
Rakyat wajib menyiasat ke arah mana peruntukan waktu dan jadual ahli parlimen kita itu. Kita perlu bermuhasabah, menghisab ke arah mana menteri-menteri berhibur dan berlibur selama ini.
Jangan lagi, buat selama-lamanya kita yakin, percaya lalu menganggap bahawa kemiskinan kita berpunca daripada kelemahan kita sendiri. Mungkin 30 peratus kemiskinan rakyat kita berpunca daripada kelemahan kapital, kekurangan modal dan kebodohan sendiri.
Tapi, percayalah bahawa antara punca kelemahan kita hari ini, 70 peratus daripada bermuara daripada sikap kealpaan dan kelemahan penguasa dalam menyusun jadualnya untuk bertemu dengan rakyat dalam acara tidak rasmi.
Hasan al-Banna menyeru umat Islam supaya jangan banyak bergurau. Tapi, kalau penguasa kurang bergurau dan selalu memantau iman rakyat, berusaha keras memimpin kesedaran dan pemerintah sendiri kurang bergurau dan membuang masa, nescaya rakyat pun akan menjadi serius kerana mereka memahami bahawa dunia ini, hakikatnya adalah sebuah jambatan untuk menuju ke akhirat.
Sekali lagi.. 70 peratus kelemahan umat Islam hari ini bermuara daripada sikap penguasa yang tidak bersungguh-sungguh menunaikan kewajipan dan tugasnya sebagai pemerintah. Wallahu'alam..
Posted by abusafuan at 2/17/2009 11:50:00 AM 0 comments
Rasulullah SAW Pakar Ilmu Perang
Saturday, February 14, 2009Rasulullah SAW Pakar Ilmu Perang
Rasulullah Saw secara praktiknya adalah guru ilmu kenteraan pertama dalam islam,yang cekap merancankan strategi perang,gerakan taktikal dan operasi kenteraan. baginda melaksanakan perancangan dengan tepat, menyempurnakan matlamat dengan jaya,memerangi musuh dengan kecekapan tinggi,kebijaksanaan dan ketulinan cara. Rasulullah mengalahkan musuh dengan semua medan serta memusnahkan sepenuh kekuatan kenteraan mereka.Baginda membina sendiri stretegi peperangan dan taktik gerakan teknikal,dengan mengalahkan perancangan dan tektik musuh.Pelbagai taktik dan strategi digunakan Rasulullah dan tentera islam bagi menewaskan musuh,diantaranya ialah;
* Menunggu ditengah gelangang seperti didalam peperangan badar.Rasulullah menggunakan taktik menunggu hingga pihak musuh ( Musyrikin Makkah ) datang menghampiri mereka.Pada ketika itu barulah mereka bertindak balas dan menyerang.Dalam peperangan ini,tentera islam disusun mengikut sistem al-saff dalam pimpinan Rasulullah.Mereka mencapai kejayaan seperti yang disebut dalam firman allah,yang bermaksud:Sesungguh nya Allah menyukai orang yang berperang diatas jalannya( ALLAH )dalam satu barisan seolaholah mereka satu bangunan yang tersusun kukuh" (surah al-saff ayat empat )* Bertahan mengunakan benteng seperti didalam peperangan "khandak".Tentera islam mengunakan akan taktik bertahan dengan mengadakan benteng pertahanan seperti mengali parit dikeliling kota madinah dalam kedaan mereka diserang dan dikepung seperti yang berlaku dalam peperangan "khandak".Taktik bertahan ini membingungkan pehak musuh dan akhirnya mereka terpaksha berundur dari kota madinah* Mengepung dan menyerang betubitubi seperti didalam peperangan "Taif". Dalam kedaan menyerang pula, tentera islam mengunakan tektik mengepung dan seterusnya melancarkan serangan bertubitubi sehingga pehak musuh tidak sempat bersedia,seperti yang dilakukan Rasulullah dan sahabat dalam peperangan ditaif. Rasulullah sebagai pemimpin agung tentera islam menasihatkan supaya tidak mengejar atau memerangi tentera musuh yang lari dari medan peperangan kerana ingin menunjukkan bahawa tentera islam tidak bersifat agresif.Perbuatan mengejar musuh dari belakang boleh menjejaskan kedudukan pertahanan tentera atau boleh menyebabkan mereka termasuk dalam jerat perangkap musuh.
Posted by abusafuan at 2/14/2009 01:22:00 PM 0 comments