Assalamua’laikum
[10.13] Dan sesungguhnya Kami telah membinasakan umat-umat yang terdahulu daripada kamu semasa mereka berlaku zalim padahal telah datang kepada mereka Rasul-rasul mereka membawa keterangan-keterangan, dan mereka masih juga tidak beriman. Demikianlah Kami membalas kaum yang melakukan kesalahan.
Daripada Abu hurairah r.a berkata, Rasulullah saw bersabda “Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang menipu. Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang-orang yang benar dikatakan berdusta. Orang khianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat.Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan “ruwaibidhah” sahabat bertanya, Apakah ruwaibidhah itu hai rasulullah? Nabi saw menjawab, “Orang yang kerdil dan sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai.” ( H. R Ibnu Majah)
Seperti yang pernah saya dan sahabat-sahabat borak dan bincangkan baik dalam halaqoh kecil mahupun seminar yang grand tentang dunia hari ni sudah terbalik. Banyak kejadian aneh dan diluar jangkaun pemikiran normal telah terjadi. Antaranya maksiat terang-terangan dan sangat melata sehinggakan melakukan maksiat kepada Allah itu suatu kebanggan. Na’uzubillah.
Ramai sahabat saya yang telah mempunyai anak dirundum risau durja kerana bimbang anak-anak mereka akan terdedah kepada persekitaran yang rosak. Bagi yang berkemampuan sanggup menghantarkan anak-anak ke sekolah-sekolah swasta supaya anak-anak dijaga dan dididik dengan baik dan tidak terdedah dengan masalah sosial yang menjadi barah dalam masyarkat hari ini.Tetapi bagaimana pula dengan ibu bapa yang tidak berkemampuan?
Situasi 1
X: Kenapa tidak pakai tudung? Tanya si X kepada Y?
Y: Tudung dah ketinggalan zaman lah. Hari ini dunia fesyen yang mempamerkan kecantikan sebenar. Bak kata Fair & Lovely kerana dirimu begitu berharga. Balas Y kepada X.
X: Nau’zubillah
Situasi 2
X: Kenapa tidak solat?
Y: Kalau solat pun bukannya boleh jadi kaya.
X: Nau’zubillah
Situasi 3
X: Kenapa tidak rujuk al-quran?
Y: Quran tu kitab arab kuno dah ketinggalan tak sesuai dengan zaman sekarang.
X: Nau’zubillah
Mungkin situasi seperti di atas belum pernah kita hadapi, tetapi inilah realiti yang berlaku. Mungkin inilah nasib umat akhir zaman. Bukan mengeluh cuma meluah risau dan kesal dek kerana sikap pemimpin yang memencilkan hukum dan agama sehingga masyarakat begini telah dilahirkan.
Ya Allah tetapkanlah hati-hati ini pada jalan Mu. Sentiasalah tunjuki kami jalan yang lurus Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. Amin.
ULAMA' & USTAZ
POLITIKUS
SAHABAT
EX-FALAHIAH
SAHABAT D'GAMIS
TANZIM ISLAM
TEMAN2 ARTIS
Feedjit Live
"Mind Set" Songsang
Thursday, January 7, 2010Posted by abusafuan at 1/07/2010 03:55:00 PM
Labels: Artikel
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment