Di Mana Garisan Keikhlasan Kita?

Wednesday, November 11, 2009

Assalamua’laikum wbt..


Persoalan demokrasi, pilihan raya dan perjuangan Islam telah dibincangkan dengan meluas oleh para ulama dan sarjana Islam. Kefahaman terhadap isu-isu berkaitan, adalah amat penting di dalam meneruskan gerakan dan merangka strategi menghadapi musuh Islam. Era globalisasi kini telah memperlihatkan kejelekan musuh-musuh Islam berselindung di sebalik demokrasi dan pilihan raya di dalam meluaskan pengaruh mereka untuk menguasai dunia.

Strategi Amerika melancarkan ‘perang salib’ moden (crusader) yang dinamakan ‘War Against Terrorism’ juga telah menjadikan demokrasi sebagai alasan mereka melancarkan serangan terhadap Iraq, Afghanistan dan Somalia serta melindungi Zionis memusnahkan umat Islam di Palestin dan menceroboh masjid Al-Aqsa.



Ini adalah perkara yang wajib kita sedari, kerana suka untuk saya menyatakan sepertimana maksud hadith nabi saw di bawah.

من لم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم

Sesiapa yang tidak menghiraukan urusan umat Islam maka dia bukanlah daripada mereka.

Dalam skop saya sebagai seorang anak muda sekali lagi saya tampil ke wacana maya untuk bukan saja mengajak diri saya, tetapi fokus saya juga adalah kepada anda semua terutamanya graduasi-graduasi mahasiswa/wi negara untuk sama-sama terjun ke medan dakwah dan lapangan ummah. Jangan hanya berpeluk tubuh, mengisi perut sendiri, tanpa menghiraukan urusan umat yang lain setelah kamu berjaya menggapai segulung sarjana. Sama-samalah turun membela umat ini.

Umat begitu dahagakan keringat dan ilmu daripada kita. Apakah belum kita sedar? kita sedang menggalas amanah Allah untuk umat ini. Bangkitlah wahai sang pemuda Islam, gendang jihad telah lama dipalu. Apakah masih belum kita sedar? Derita air mata umat dan titisan darah syuhada sedang mewangi dibumi bertuah kenapa kita perlu leka dan lena dibumi yang gersang. Dunia tidak menjanjikan apa-apa kepada kita sedangkan kampong yang abadi adalah di akhirat sana.

Tinta-tinta sejarah semalam telah lama kering bahkan helaian-helaian kertasnya juga telah kuning. Justeru pewaris generasi baru seharusnya mengambil tempat bagi menggantikan yang lama, menjelma dengan idealisme baru yang mampu menepis segala agenda-agenda busuk dan buruk musuh-musuh Islam. Ketahuilah sahabat ku saf-saf pemuda semua, generasi lama begitu mengharapkan kita selaku generasi muda bagi meneruskan risalah rasulullah saw dan meninggikan agama Allah ini.

Kadang-kadang apabila saya bersama-sama dengan pakcik dan makcik dalam kawasan saya, terharu dan pilu saya rasa, kerana keikhlasan dan pengorbanan mereka dalam perjuangan tak mampu untuk saya contohi. Teringat saya suatu hari saya menziarahi seorang pakcik di rumahnya. Sungguh baik pak cik ni. Beliau juga antara orang lama dalam perjuangan Islam.

Di dalam rumah beliau ada dua tabung buluh. Saya bertanya pada pak cik itu. Pak Cik berlumba menyimpan duit dengan makcik ke? Pak cik itu menjawab.. tidak! Sebenarnya satu tabung tu adalah untuk Pak cik dan mak cik menyimpan bagi digunakan di waktu-waktu terdesak. Tabung lagi satu pula adalah khusus untuk jemaah Islam. Sungguh terkejut dan insaf saya mendengarnya. Biarpun pekerjaan pak cik itu hanyalah sebagai nelayan tetapi masih lagi boleh menyediakan sumbangan untuk Islam.

Ya Allah…sungguh sedikit sumbangan ku untuk agamaMu maafkan ku Ya Allah. Justeru saya menyeru kepada diri saya dan sahabat – sahabat semua marilah bersama-sama berusaha menegakkan agama Allah ini sedaya yang termampu. Malu saya dengan pak cik dan mak cik yang tidak tinggi belajarnya tetapi sekolah kehidupan yang pernah mereka lalui telah meletakkan mereka lebih mulia daripada kita.

Sekian…

1 comments:

Anonymous said...

Bismilah hirahmaa ni rohim
Inilah panji-panji akhir zaman
Beringat-ingatlah...........
Wahai Bangsa bani Jawi
Tipu helah ilmu yahudi dan nasrani
Juga,pada pengamal demokrasi ilmu majusi
Musuh nyata seluruh umat islam.....
Di muka bumi
Hendaklah kamu jauhi......
Dan jangan kamu anuti
Tentangi...lah mereka,dengan apa yang
kamu....IMANI
sama ada...harta,nyawa atau dengan..
HATI
Jadilah kamu..hamba Allah yang sejati
Malahan,yang terbaik dipenghujung zaman ini
Kerana kamu mewarisi....
Pengibar panji-panji
AL - MAHDI
jANGAN KAMU MELUPAI...
Islam tetap menang diakhir zaman ini
Sesungguhnya....ALLAH MAHA MENEPATI JANJI
Aku lafaz dari izin ilahi
Dengan nama Allah...yang amat pemurah
Dan lagi amat mengasihi
aku palu..kan gendang akhir zaman ini
Pada tanah jawi yang Allah berkahi
Dengan kalimah
" LA I LAH HA IL LAULLAH MUHAMADAR RASULLULLAH
Allahuakbar....allahuakbar..allahuakbar
LAILAHAILAULAH...LAHILAHHAILAULAH..
LAILAHAILAULAH..LAHILAHAILAULA...........

Post a Comment