Hari Keluarga PAS Cawangan Taman Air Biru

Monday, November 23, 2009

Assalamua’laikum wbt.


Alhamdulillah pada 21 & 22 November 2009 lalu iaitu semalam PAS Cawangan Taman Air Biru telah berjaya mengadakan rehlah di Cassa Inn Resort, Mersing, Johor. Selain daripada memenuhi jadual aktiviti tahunan PAS Cawangan Taman Air Biru, program ini diadakan juga bagi mengeratkan lagi ukhwah sesama ahli keluarga, dan juga ahli bujang macam saya..hehe.



Maher Zain & InshaAllah Memukau Hati Saya!

Thursday, November 19, 2009

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost

That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x

Insya Allah3x
Insya Allah we`ll find the way

Sedikit Tentang Kahwin

Sunday, November 15, 2009

Terdapat pelbagai reaksi di kalangan golongan muda terhadap realiti gerbang perkahwinan. Malah Ketua Perunding Psikologi, Pusat Psikologi Malaysia, Dr Edward Chan berkata pasangan remaja kini lebih mementingkan kehebatan majlis perkahwinan daripada pengisian hubungan sebagai suami isteri. Beliau juga berpendapat betapa pasangan remaja ini banyak menekankan tentang hubungan seks pada awal perkahwinan, tetapi tidak kepada penekanan terhadap hubungan sebenar dalam sesebuah perkahwinan. (Akhbar KOSMO m/s 4, Khamis 16 MAC 2006)

Namun yang amat mendukacitakan pada zaman mutakhir ini, ramai pemuda muslim menahan diri untuk segera menikah kerana takut pada beban tanggungjawab yang akan dipikul walaupun sudah sampai seru@
sudah pandai berkasih-kasihan dengan kaum bukan sejenis mereka. Hari ini kita melihat ramai pemuda Islam

Generasi Baru Islam...

Friday, November 13, 2009

Assalamua'laikum wbt

Masih ingat kah lgi teman-teman tentang kehebatan generasi baru umat Islam di bumi bertuah Malaysia ini. Di sini, mari kita sama-sama tonton, dengar dan hayati sajak yang disampaikan oleh beliau. Jangan hanya menghayati secara tersurat dan membuat andaian secara persepsi tetapi renugilah dan ambillah iktibar daripadanya.

"Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, Rasul-Nya, dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan solat dan menunaikan zakat, seraya mereka tunduk (kepada Allah). Dan barangsiapa mengambil Allah, Rasul-Nya dan orang-orang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhnya pengikut (agama) Allah itulah yang pasti menang." (Surah Al-Maaidah 55 & 56)

Di Mana Garisan Keikhlasan Kita?

Wednesday, November 11, 2009

Assalamua’laikum wbt..


Persoalan demokrasi, pilihan raya dan perjuangan Islam telah dibincangkan dengan meluas oleh para ulama dan sarjana Islam. Kefahaman terhadap isu-isu berkaitan, adalah amat penting di dalam meneruskan gerakan dan merangka strategi menghadapi musuh Islam. Era globalisasi kini telah memperlihatkan kejelekan musuh-musuh Islam berselindung di sebalik demokrasi dan pilihan raya di dalam meluaskan pengaruh mereka untuk menguasai dunia.

Strategi Amerika melancarkan ‘perang salib’ moden (crusader) yang dinamakan ‘War Against Terrorism’ juga telah menjadikan demokrasi sebagai alasan mereka melancarkan serangan terhadap Iraq, Afghanistan dan Somalia serta melindungi Zionis memusnahkan umat Islam di Palestin dan menceroboh masjid Al-Aqsa.

SABTU CORNER...!

Wednesday, November 4, 2009

Assalamua’laikum wbt.

Mukaddimah
Corak warna politik Malaysia semakin hari semakin berwarna warni, pelbagai isu cuba diketengah dan dipanaskan. Tidak lain dan tidak bukan bagi, meraih simpati rakyat, ni mungkin pandangan masyarakat umum biasa tetapi bagi kita sebagai pendokong ahli gerakan Islam isu dimainkan kerana untuk menuntut kebenaran bukannya semata-mata untuk menagih simpati rakyat. Itu mukadimmah saya..