Sabda Rasulullah s.a.w: "Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah." HR Muslim
Ramai manusia menisbahkan kemulian wanita pada kecantikan semata mata, ada juga yang menisbahkan kemuliaan mereka pada kekayaan, dan tidak kurang juga pada keturunan, tetapi ini semua adalah penilaian oleh insan yang buta mata hatinya... Kemuliaan semua makhluk Allah adalah terletak pada nur taqwa..
Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita, walaupun mereka diselubungi kelemahan, tapi teriakan mereka mampu merubah segalanya.
Oleh yang demikian, Allah telah menetapkan hukumnya ke atas mereka; walaupun berat di pandangan mata si jahil dan ingkar tetapi ia adalah kemanisan iman yang dicicip oleh wanita solehah.
Kerana itulah...
Sebagai anak, dia menjadi anak yang solehah...
Sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya...
Sebagai ibu, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih sayang..dan pastinya sebagai hamba Allah, dia akan menjadi hamba yang tunduk dan menyerah diri hanya kepada-Nya...
ULAMA' & USTAZ
POLITIKUS
SAHABAT
EX-FALAHIAH
SAHABAT D'GAMIS
TANZIM ISLAM
TEMAN2 ARTIS
Feedjit Live
Muslimah Solehah..
Wednesday, April 20, 2011Posted by abusafuan at 4/20/2011 05:32:00 PM 0 comments
Labels: Artikel
Andaiku Pergi ~ Mirwana
Thursday, March 3, 2011Cerita hidup kian berlalu
Membawaku ke penghujung
Kaku langkah kian lemah
Kelu lidah untuk bicara
Langit jingga warna senja
Desir bayu membisik duka
Kealpaan nan semalam
Inginku lepaskan luka silam
Bersama rayu doa
Damba keampunanNya
Posted by abusafuan at 3/03/2011 07:10:00 AM 0 comments
Labels: Halwa Qalbi
A Special Wishing For Rasulullah Sall-Allahu alayhi wa sallam.
Tuesday, February 15, 2011Posted by abusafuan at 2/15/2011 12:16:00 AM 0 comments
Labels: Rasulullah saw
An touching story from CCTV …
Friday, February 11, 2011“A SPECIAL LOVE FOR A SPECIAL YOU
Bai Fang Li, died 93 years old, lived in poverty. Yet, he donated an aggregate sum of RMB 350,000 to universities and schools in Tianjin to help 300 poor children in need.
For almost twenty years, he paddled his tricycle earning Yuan by Yuan to save up for his donations.
His lunch was two buns and plain water. Luxury to him was the sauce he put into the water. Dinner was a piece of meat or an egg. What he wore was what he picked from the dump. Any extra piece was luxury.
He paddled 365 days a year every year, in the snow and in the soaring heat of 50 degrees C. He started at 6 in the morning and finished at 7 or 8 at night.
“It’s alright I suffer,” he said, “But let the poor kids go to school.”
90 years old, he arranged his last saving of RMB500 neatly in a box and handed to Yao Hua School, saying, “I cannot paddle any more. I am not able to donate any more. This shall be my last …”
All teachers in the School wept …
“A special Love for a special you.”
Posted by abusafuan at 2/11/2011 08:51:00 PM 3 comments
Labels: Motivasi
TIPS MENDIDIK ANAK-ANAK
Friday, January 14, 2011ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍ
APA PUNCA ANAK DERHAKA
Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" di mana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya..... bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... . itu salah...
"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan.
Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan. Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka". Yang penting anak- anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka. "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok.
"Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak- anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak- anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...
Posted by abusafuan at 1/14/2011 07:47:00 AM 0 comments
Labels: keluarga
Hijrah Rasulullah - Sirah dan Pengajaran
Tuesday, December 7, 2010Tatkala menyingkap sirah Rasulullah, kita sudah tentu akan melayari kisah hijrah baginda, yang merupakan suatu episod penting dan menjadi titik tolak dalam penerusan dakwah Islam di muka bumi ini. Perjalanan baginda dari Kota Makkah ke Kota Madinah 1428 tahun dahulu, dicatatkan dalam sejarah, dilingkari dengan seribu satu dugaan yang hujungnya memberi hikmah dan pengajaran berguna buat kita, ummatnya di akhir zaman.
Kitab-kitab sejarah seperti sirah Ibn Hisham, sirah Sheikh Ramadhan al-Buti dan lain-lain telah memberi catatan dan kronologi hijrah baginda bersama sahabatnya dengan penjelasan dan huraian yang cukup berjela. Namun, apa yang lebih dituntut bagi kita di samping menyelusuri sejarah tersebut adalah memahami dan mengkaji hikmah yang tersembunyi di sebaliknya.
Hikmah utama yang seharusnya menjadi pedoman buat kita adalah memahami konsep hijrah itu sendiri. Hijrah yang disebutkan dalam sirah baginda, adalah menjurus kepada perpindahan secara fizikal baginda bersama mereka yang setia bersamanya dari Kota Makkah, suatu tempat yang penuh dengan kejahilan dan kerosakan ke Kota Madinah Al-Munawwarah , lokasi yang menjanjikan medan dan pusat penyebaran Islam yang strategik.
Posted by abusafuan at 12/07/2010 03:24:00 PM 0 comments
Labels: Ibrah Dari Sirah

