
Assalamua’laikum wbt.
Kehidupan dunia ini hanya sementara bak kata orang inggeris ‘life is short’. Walau bagaimanapun setiap kita sebagai hamba Allah diberi tugas dan amanah untuk dilaksanakan dalam tempoh hayat masing-masing. Ada orang mengadap Allah dalam keadaan dia belum menyempurnakan amanah yang ditugaskan. Ada orang dijemput Allah dalam keadaan dia telah selesai melaksanakan amanah yang diberikan. Aku berdoa supaya aku mengadap Allah dalam keadaan husnul khatimah dan aku telah bersedia untuk mengadap Allah. Kepada calon isteriku warkah ini ku taip untuk sentiasa mengingatkan kita kepada destinasi sebenar arah hidup ini..
Ya ukhti..
Kahwin bukanlah satu matlamat dalam kehidupan kita ini. Sepertimana ku memilih mu sebagai teman pelayaran hidupku juga bukanlah antara matlamat hidupku ini. Namun semua itu adalah merupakan jalan-jalan yang perlu ku pilih untuk menuju ke matlamat dan destinasi kehidupan yang sebenar. Kahwin dalam tuntutan agama adalah untuk menyempurnakan agama dalam hidup kita. Begitulah juga dengan ku. Dan ku memilih dan mencintaimu adalah kerana agama yang ada padamu dan perjuangan Islam yang kamu perjuangkan. Jika kamu tinggalkan satu antara dua itu secara automatik juga hilangnya cintaku padamu.
Ya ukhti..
Bila mana kamu memilihku sebagai calon suamimu. Maka hendaklah kamu sedar dan percaya kamu akan dimadukan dengan perjuangan yang telah diamanahkan kepada kita. Begitu juga dengan diriku hendaklah ku sedar bahawa calon isteriku juga seorang pejuang yang mana terbeban amanah pada dirinya. Aku sayangkan kamu tapi aku lebih sayangkan Islam sebagai agamaku dan agamamu.
Ya ukhti..
Aku sekarang sudah punya pekerjaan tetapi aku tidak tahu sampai bila aku akan terus mampu untuk bekerja dan pekerjaan ini akan terus menjadi milikku bagi menyara keluarga kita nanti. Walau bagaimanapun aku akan terus berusaha sedaya upayaku untuk membahagiakanmu seperti mana perintah Allah yang menjadikan mu sebagai amanahku.
Ya ukhti..
Aku sekarang sudah punya perancangan masa depan untuk hidup bersama mu, namun aku sentiasa ingat dan sedar bahawa Allah juga punya perancangan untuk kita dan aku tidak tahu adakah perancangan ku sama dengan perancangan Allah untuk membahagiakan mu dan memberi yang terbaik untuk keluarga kita nanti dengan sedaya upayaku. Walau bagaimanapun aku akan terus berusaha sedaya upayaku untuk membahagiakanmu seperti mana perintah Allah yang menjadikan mu sebagai amanahku.
Ya ukhti..
Jika wang,dan harta yang kamu inginkan dariku, maka aku bukanlah calon terbaik untuk semua itu. Kerana modalku hanyalah Islam, dan hartaku juga Islam yang ku perjuangkan. Ku memohon maaf jika suatu masa nanti dirimu akan hidup susah kerana berkahwin denganku dan mungkin suatu masa nanti aku juga sudah tiada upaya untuk menangungmu dan membahagiakanmu. Walau bagaimanapun aku akan terus berusaha sedaya upayaku untuk membahagiakanmu seperti mana perintah Allah yang menjadikan mu sebagai amanahku.
Ya ukhti..
Aku sekarang masih lagi punya tenaga dan kekuatan untuk terus berusaha dan bekerja bagi memberi yang terbaik untuk keluarga kita nanti. Tetapi aku tidak tahu selama manakah aku akan terus punya kekuatan dan tenaga ini untuk memberi yang terbaik kepadamu dan kepada anak yang bakal kamu lahirkan nanti (InsyaAllah). Walau bagaimanapun aku akan terus berusaha sedaya upayaku untuk membahagiakanmu seperti mana perintah Allah yang menjadikan mu sebagai amanahku.
Amin....InsyaAllah...
ULAMA' & USTAZ
POLITIKUS
SAHABAT
EX-FALAHIAH
SAHABAT D'GAMIS
TANZIM ISLAM
TEMAN2 ARTIS
Feedjit Live
Untuk Calon Zaujah
Tuesday, August 4, 2009Posted by abusafuan at 8/04/2009 06:42:00 PM 0 comments
MANSUH AKTA ZALIM (ISA)
Sunday, August 2, 2009
Assalamua'laikum..
Menangkap orang tanpa bicara merupakan satu kezaliman bahkan juga dilarang dalam Islam. Jadi alhamdulillah semalam bersamaan 1 Ogos 2009. Satu perhimpunan aman telah berlangsung di ibu kota Kuala Lumpur untuk menentang undang2 (ISA) zalim kerajaan pemerintah hari ini.
Syukran, tahniah dan syabas kepada para demonstran yang telah bersama-sama turun ke ibu kota yang datang dari setiap pelusuk tanah air yang terdiri daripada politikus-politikus pakatan rakyat, pejuang-pejuang Islam, aktivis-aktivis massa, ahli-ahli NGO, sahabat-sahabat jemaah Islam Kampus, orang-orang perseorangan dan sesiapa sahaja yang telah bersama kami semalam.
Biarpun gas pemedih mata dan water canon anjing hitam pihak kerajaan zalim sering saja mencemaskan dan menghalang perhimpunan kita tapi itu hanyalah cabaran biasa jika ingin dibandingkan dengan tahanan2 ISA yang telah lama diseksa dan di tahan tanpa bicara di kem kamunting apelah sangat asap dan air itu. Lebih sadis lagi kalau kita ingin bandingkan dengan saudara2 se-Islam di Ghaza. Ya Allah malunya diri ini kerana sedikit cuma usaha kami untuk agama-Mu.
Moga-moga usaha yang sedikit ini mampu untuk menyelamatkan kita di kehidupan yang akan datang dan menjadi saham untuk membayar janji Allah kepada hamba-hambaNya yang membantu agamaNya..ALLAHUAKBAR.
Sekian..
Posted by abusafuan at 8/02/2009 03:21:00 PM 0 comments
Nyawa! Yuran sekolah di PALESTINE
Assalamualaikum wbt...
Sekolah, bagi kanak-kanak di Palestin, bukan masalah naik kelas, belajar setiap hari, mengerjakan PR dan sejenisnya. Sekolah di Palestin adalah sesuatu yang sangat mahal, tak boleh diperoleh setiap hari, dan mesti dicapai dengan perjuangan jiwa dan raga.
Kerana bagi anak-anak Palestin, pergi ke sekolah bererti melewati pos penjagaan tentera Israel yang memang berpeleseran di setiap sudut kota. Tak jarang, mereka harus berkonfrontasi dulu dengan imbalan bukan hanya sekadar darah, tapi juga nyawa.
Itupun di Palestin, sebahagian sekolah sudah hancur kondisinya akibat serangan Israel yang biadab. Peristiwa Gaza tempo hari masih menyisakan puing dan reruntuhan, dan itupun masih ditambah dengan operasi tentera Israel yang dilakukan secara regular setiap hari. Tapi, seperti kata Michael Hart di “We Will Not Go Down”, but our spririt will never die, semangat anak-anak Palestin juga tak akan pernah padam.
Inilah yang harus dihadapi oleh anak-anak Palestin ketika akan memulai harinya menuju sekolah tempat mencari ilmu: serdadu Israel yang menghalakan senapang!
Serdadu-serdadu Israel mencegah anak-anak ini masuk ke wilayah yang telah mereka rampas dan menyuruh anak-anak Palestin untuk menjauh atau pulang.
Tapi anak-anak ini tak pernah punya rasa takut sedikit pun. Mereka menantang serdadu Israel dengan gagah berani.
Bukan hanya murid, tapi guru nya pun memberikan contoh bahwa melawan Israel adalah sebuah kewajipan bagi orang Palestin, kerana Israel adalah penjajah.
Lantas apa yang terjadi? Anak-anak Palestin tidak pernah menyerah. Mereka mengadakan kelas tepat di hadapan serdadu Israel di setiap pos penjagaan. Sampai-sampai para serdadu Israel pun menggeleng-gelengka n kepala tak percaya.
Lihatlah semangatnya! Lihatlah semangatnya! Luar biasa....
Anak laki-laki, kerana lebih berani, mendapatkan perlakuan yang lebih buruk. Mereka terlibat dalam pertelingkahan dengan serdadu Israel.
Bahkan tertembak peluru.
Namun, lihatlah sorot matanya. Ada kebanggaan dan harga diri yang tinggi di dalamnya. You can burn our mosque, our home, and our school, but our spirit will never die...
Posted by abusafuan at 8/02/2009 03:02:00 PM 0 comments
10 THINGS WE WASTE
Sunday, July 26, 2009
1. --Our Knowledge--
Wasted by not taking action with it.
2. --Our Actions--
Wasted by committing them without sincerity.
3. --Our Wealth--
Wasted by using on things that will not bring us ajr (reward from Allah). We waste our money, our status, our authority, on things which have no benefit in this life or in the akhirah (hereafter).
4. --Our Hearts--
Wasted because they are empty from the love of Allah (swt) and his Messenger (sallallahu 'alahi wasallam), and a feeling of peace and contentment. In it's place, our hearts are filled with something or someone else.
5. --Our Bodies--
Wasted because we don't use them in ibadah (worship) and service of Allah.
6. --Our Love--
Our emotional love is misdirected, not towards Allah, but towards something/someone else.
7. --Our Time--
Wasted, not used properly, to compensate for that which has passed, by doing what is righteous to make up for past deeds.
8. --Our Intellect--
Wasted on things that are not beneficial, that are detrimental to society and the individual, not in contemplation or reflection.
9. --Our Service--
Wasted in service of someone who will not bring us closer to Allah, moreover something that will benefit us in dunya.
10. -- Our zikr (Remembrance of Allah) --
Wasted, because it does not effect us or our hearts.
Posted by abusafuan at 7/26/2009 08:54:00 AM 0 comments
mengapa wanita menangis.....

Seorang kanak-kanak lelaki bertanya kepada ibunya "Mengapa ibu menangis?" . "Kerana aku seorang wanita", kata ibu kepadanya. "Saya tidak mengerti", kata anak itu. Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti" Kemudian kanak-kanak lelaki bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?" ."Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya. Musim berlalu, kanak-kanak lelaki itu membesar menjadi seorang lelaki dewasa, tetapi di hatinya tetap ingin tahu mengapa wanita menangis. Akhirnya dia 'menghubungi Tuhan', dan dia bertanya, "Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?" Allah berfirman: "Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa" . "Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan " . "Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya " . "Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh " . "Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya " . "Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya " . "Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang kala menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu " . "Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun dia perlukan" . "Kau tahu: Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ditampilkannya, atau bagaimana dia menyisir rambutnya" . "Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya – tempat dimana cinta itu ada"
Posted by abusafuan at 7/26/2009 08:45:00 AM 0 comments
BUKAN SEKADAR TAZKIRAH
Tuesday, July 21, 2009SABDA NABI SAW...aku melihat dalam kalangan umatku yang berdiri di atas titian sirat dalam keadaan terketar-ketar kerana takut terjatuh ke dalam neraka, sebagaimana ketarnya orang yang sakit tenat, tiba-tiba datang amalan hatinya iaitu perasaan 'husnu dzan'(bersangka baik)terhadap Allah, maka husnu dzan nya itu menyelamatkannya daripada terjatuh ke dalam neraka serta dapat meneruskan perjalanan melalui titian sirat itu dengan selamat menuju ke syurga..HADIS RIWAYAT AT-TIRMIZI..
oleh kerana sepanjang bulan Rejab & Julai ini terlalu banyak aktiviti dan program yang wajib saya hadiri menyebabkan laman blog ini selalu saja ketinggalan biarpun telah saya kumpulkan beberapa artikel untuk dikongsi dengan para pembaca sekalian namun kekangan masa selalu saja menjadi halangan untuk saya poskan artikel tersebut...harap saya bukan da'i yang suka beralasan. astaghfirullah. Walaubagaimanapun Alhamdulillah sedikit tazkirah ringkas daripada hadis di atas dapat saya poskan..moga2 ia dikira ibadah oleh Allah kepada saya dalam menyampaikan ajaran nabi SAW dan menjadi saham kepada saya untuk hari akhirat esok..
Saya juga berharap saya dapat sentiasa update blog saya ini supaya tidak bersikap zalim kepada saluran dakwah yang diberi ini...
Akhir kata Alhamdulillah dan tahniah kepada PAS atas kemenanagn di Manek Urai..
Posted by abusafuan at 7/21/2009 06:47:00 PM 0 comments
