AKU DIAM KERANA BERFIKIR, AKU BERCAKAP KERANA BERZIKIR

Saturday, April 18, 2009


Al-Baqarah
[2.42] Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.

Syukur Alhamdulillah, dapat juga peluang dan kesempatan untuk menulis pada ruangan kali ini. Minta maaf pada diri saya sendiri kerana penulisan saya kali ini sedikit lari daripada tema asal blog saya, walau bagaimanapun insyaAllah ianya masih lagi berada di atas jalan dakwah untuk mengajak diri saya sendiri dan anda semua kembali serta selalu mengingati Allah. Muqaddimah saya kali ini adalah 3 persoalan yang menyerabutkan, membosankan, melucukan atau mungkin memberi pengertian mendalam kepada sesetengah orang yang mahu berfikir iaitu: Pertama - Antara tujuan dan tugas? Kedua.- Antara impian dan kenyataan? Ketiga.- Antara bahagia dan derita? Berkata seorang pujangga, manusia berakal kecil selalu berfikir tentang manusia, manusia berakal sederhana selalu berfikir tentang dunia dan manusia berakal besar selalu berfikir tentang idea. Jadi mana satu pilihan kita atau mana satu kedudukan kita?
Saya ingin mengajak dan membawa anda supaya sama-sama berfikir kesemua persoalan di atas dan seterusnya jika anda boleh berfikir tentang ketiga-tiga persoalan di atas insyaAllah anda mempunyai keseluruhan tahap akal atau pemikiran yang saya nyatakan di atas? Tetapi jauh yang lebih utama dari itu adalah saya ingin mengajak diri saya sendiri dan anda untuk kembali kepada Allah.

(Manusia)Antara tujuan dan tugas? Dalam surah az-zariat ayat 56 Allah berfirman yang bermaksud Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Kemudian Allah nyatakan pula dalam surah dan ayat yang lain iaitu ‘kamu adalah umat yang terbaik yang dikeluarkan dari kalangan manusia, kamu menyeru kepada kebaikan dan kamu mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah. Bolehkah keseluruhan hidup kita ini kita jadikannya sebagai ibadah kepada Allah semata-mata? Jawapannya sudah semestinya boleh sebab Allah tidak akan membebani hambanya dengan perkara yang hambaNya tidak mampu lakukan. Cuma yang menjadi persoalannya ialah Tidak bolehkah kita selaku manusia dan hamba Allah ini menjadikan keseluruhan hidup kita semata-mata beribadah kerana Allah? Perbezaan soalan di atas adalah bolehkah dan tidak bolehkah, ‘bolehkah’ ini bermaksud arahan Allah itu tidaklah memberatkan hambanya, manakala ‘tidak bolehkah’ itu bermaksud hamba-hambanyalah yang memberatkan dirinya untuk mentaati arahan Allah jadi sebab itulah timbulnya persoalan Tidak bolehkah kita selaku manusia dan hamba Allah ini menjadikan keseluruhan hidup kita semata-mata beribadah kerana Allah? Mungkin anda yang perlu menjawabnya sendiri kerana andalah yang menguruskan hidup anda.
Persoalan seterusnya adalah mengenai Tugas atau dengan kata lain tugas ini diberi nama berdakwah. Untuk penulisan kali ini saya rasa mungkin masih tidak banyak untuk saya menguraikan mengenai tugas berdakwah kerana di sana ada huraian yang sangat panjang untuk dijelaskan cuma sebagai muqaddimah mengenai berdakwah sebelum saya cuba hurai di artikel saya yang lain, saya ingin mengutarakan satu potong hadis nabi saw yang lebih kurang maksudnya ‘tidak menjadi wajib, melainkan dengan sesuatu perkara itu menjadi wajib’. (Sebagai peringatan untuk diri saya yang selalu lupa) sedikit petikan Imam Hassan AlBanna mengenai dakwah sebagai muqaddimah diskusi ini.

ENAM PEGANGAN
1. Agama hanya akan dapat dirasakan oleh orang yang menegakkan dia dalam dirinya.
2. Bahagia dan sa’adah hanya akan dirasakan oleh orang yang membela keyakinan, kebenaran dan keadilan.
3. Kemenangan dan kejayaan hakiki hanya akan diberikan kepada para pejuang yang rela berkorban, kuat menahankan penderitaan dan kepapaan.
4. Kesabaran dan ketahanan berjuang hanya akan diberikan kepada Mukmin yang mendekatkan dirinya kepada Allah s.w.t.
5. Tegaklah dengan keyakinan dan perjuangan, kerana makna dan guna hidup terletak pada keyakinan dan perjuangan.
6. Belajarlah menfanakan diri guna kepentingan Cita dan Agama.
Inilah perutusanku kepada saudara-saudara para Mujahidin didalam “Ikhwan Muslimin” yang beriman kepada kemuliaan Dakwah mereka, beriman kepada kesucian Fikrah (Falsafah Hidup) mereka, dan sungguh-sungguh berazam hendak sehidup dan semati dengan Dakwah serta Fikrah mereka: kepada hanya saudara saudara tertentu inilah sahajalah saya mengemukakan kata-kata yang ringkas ini iaitu kata-kata yang herupa arahan-arahan (directives) yang mesti ditunaikan bukan mata pelajaran yang dihafadz dibibir mulut. Oleh itu marilah segera kearah “bekerja” wahai saudara saudara Saduqun, dan segala amalan kamu itu akan dibuktikan oleh Allah, RasulNya, dan oleh orang-orang Mukminin, dan kamu sekalian akan dikembalikan kelak kepada Tuhan Maha Mengetahui segala sesuatu yang tersembunyi dan yang nyata lalu diterangkannya kepada kamu apa-apa yang telah kamu “Kerjakan”.

Sebenarnya: “ini ialah jalanku yang lurus, maka hendaklah kamu mengikutnya dan janganlah kamu mengikut jalan-jalan yang lain kelak dikelincungkannya kamu dan jalan Allah; itulah amanat yang diwasiatkannya kepada kamu mudah-mudahan kamu terpelihara.”

(Manusia dan Dunia)Antara impian dan kenyataan? Semasa kita kecil dulu bila orang Tanya kita kamu nak jadi apa bila besar nanti, mungkin ada yang akan jawab doktor, jurutera, pensyarah, dan sebagainya. Bila kita dah jadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya orang bertanya lagi lepas tu anda nak buat apa? Kita jawab lagi, kita nak kahwin dengan isteri yang solehah dan cantik, lepas tu kita nak beli kereta, beli rumah, punya anak-anak soleh dan solehah yang ramai, punya cucu dan akhir sekali saya nak mati. Begitu indah impian yang kita bina semata-mata ingin mengecapi kebahagiaan di dunia yang pada sebetulnya kita belum tahu pun sama ada betul ke kita akan rasa bahagia dengan semua itu. Kenyataan dan hakikatnya tidak banyak pun amalan kita dan tidak tahu pun kita sebanyak mana amalan dan pengibadatan kita yang Allah terima daripada kita. Sesungguhnya amalan yang ikhlas sahaja yang diterima oleh Allah.
Hari ini ramai manusia suka mengejar sesuatu yang tak pasti daripada yang pasti, apa buktinya? Yang pasti itu mati dan yang tak pasti itu hidup lagikah kita pada hari esok untuk terus mengejar angan-angan kita?. Kebanyakkan manusia suka membina angan-angan dan impian yang indah sedangkan angan-angannya itu dalam sedar ataupun tidak, ianya tidak lain dan tidak bukan hanyalah ujian yang cuba melalaikan dan melewati masa hidup yang sepatutnya diperuntukkan untuk tugas dan tujuan penciptaan dirinya sendiri. Allah SWT sepertimana yang saya nyatakan dalam huraian pertama soalan saya di atas. Kalau seluruh kehidupan itu dijadikan ibadah tidak apa, tetapi yang berlakunya adalah angan-angannya itu telah melalaikan dirinya daripada menjadikan kehidupan ini mengikut acuan yang dikehendaki oleh Allah. Jadi, sama-samalah kita muhasabah diri kita balik dengan bukan sekadar muhasabah tetapi disusuli dengan penghayatan dan tindakan.

(Dunia) Antara Bahagia dan derita? Persoalan yang sangat subjektif untuk diungkapkan. Sebelum kita pergi lebih jauh izinkan saya bertanya, sebenarnya bahagia dan derita itu adakah suatu perasaan? Atau adakah suatu nama bagi sesebuah tempat? Atau adakah suatu benda? Selalunya antara kayu ukur kebahagiaan itu adalah memiliki harta yang banyak, pangkat yang tinggi, wanita dan segala yang orang lain tidak ada tapi dia ada. Betul ke itu dikatakan bahagia? Apa yang berlaku pada hari ini kita lihat, sebenarnya ramai manusia menuju derita dengan melalui jalan bahagia, dan ada juga manusia menuju kebahagiaan tetapi dengan melalui jalan derita. Yang lebih malang dan minta dijauhkan oleh Allah adalah ada manusia menuju derita dengan melalui jalan derita. Nau’zubillahi min zalik. Antara contoh golongan manusia yang menuju bahagia tetapi terpaksa melalui jalan derita adalah para rasul, nabi, sahabat dan mereka yang berjuang di jalan Allah. Kita tengok saudara-saudara kita di palestin begitu sibuk berjuang mempertahankan agama dan bumi palestin, pada pandangan mata kita mereka sedang menghadapi penderitaan, kerana terpaksa bersusah payah menghadapi semua itu, tetapi jika kita tanya mereka, mereka tak kisah pun dengan semua itu yang pasti Islam dan bumi Palestin mesti dipertahankan, itulah yang membahagiakan mereka. Maksudnya di sini, mungkin tidak keterlaluan untuk saya katakan manusia sebenarnya gagal mencari makna bahagia tetapi cuba menuju bahagia dengan cara yang mereka sendiri pun tak tahu sama ada mereka akan mendapati bahagia atau tidak?

(Idea) Sebenarnya banyak lagi persoalan-persoalan lain yang boleh kita bincangkan mengenai kehidupan dan dunia ini cuma sejauh mana pun pemikiran kita terbang mencari penyelesaian tentang kehidupan ini sedangkan Islam sudah ada jawapannya bagi mereka yang ingin menerimanya, dan sepatutnya memang kita wajib menerimanya, jangan kita lupa kepada tiga soalan yang kita sendiri perlu memberi dan memperingati jawapannya setiap hari:
1. Dari mana kita datang?
2. Kenapa kita di sini (dunia ini)?
3. Ke mana kita selepas ini?
InsyaAllah kita akan cuba bincangkan pula tajuk-tajuk di atas di kesempatan yang lain.
Tidak lain dan tidak bukan segala apa yang saya cuba olahkan ini adalah untuk mengajak anda berfikir dan seterusnya kembali kepada Allah dan ajaran Baginda Nabi SAW. FASTABIQUL KHAIRAT.
Wassalam.

PROSES REVOLUSI

Saturday, April 4, 2009




(Syarahan ini disampaikan oleh beliau di Universiti Islam
Aligarh, India,
pada 12hb. September, 1940M.)


Sayyid Abul A’la Al-Maududi 1

Proses Revolusi Islam

Saudara-saudara!
Dalam ceramah ini saya akan terangkan proses kemunculan Negara Islam sebagai satu natijah tabii(nature). Sekarang ini rangkai kata "Negara Islam" sudah tidak asing lagi dan banyak disebutsebut dan terlalu ingin dicapai, tetapi mereka tidak mengetahui cara untuk mewujudkannya hinggakan banyak kaedah-kaedah pelik disarankan di mana kesemuanya mustahil untuk tercapai sama seperti kegagalan kita untuk ke Amerika dengan motokar. Pemikiran yang berkecamuk itu disebabkan oleh politik dan sejarah yang menimbulkan satu ideal (keunggulan) yang boleh dinamakan sebagai
"Negara Islam". Tetapi belum ada lagi daya-usaha untuk mendefinisikan secara saintifik keadaan negara ini atau mempelajari proses evolusinya. Dalam keadaan ini, sangat mustahak diselidiki masalah ini secara saintifik.

EVOLUSI SEMULA JADI SISTEM NEGARA.

Dalam perjumpaan para cendekiawan ini, saya tidak akan mengambil masa yang panjang untuk menerangkan bahawa sesebuah negara (dalam bentuk apa sekalipun) tidak muncul secara artifisial; bukan seperti barang buatan yang disiapkan di suatu tempat dan dihantar ke tempat tertentu mengikut kehendak hati manusia. Tetapi ia adalah hasil sampingan asli permainan antara faktorfaktor, saikologi, kebudayaan akhlak dan sejarah yang sedia ujud di sesuatu tempat. Sebelum ia muncul dari tekanan-tekanan kejadian, sesuatu keperluan awal mesti dipenuhi, sesuatu daya tertentu tercipta dan sebahagian keperluan tabii dipuaskan.

Seperti dalam logik keputusan deduktif selalu diikuti dengan pengaturan dasar-dasar; dalam kimia sebatian didapati dari campuran dan tidak dapat disangkal lagi dalam sosiologi, sesebuah negara adalah hasil tabii keadaan-keadaan yang sudah wujud di dalam sesuatu masyarakat tertentu. Sekali lagi, sifat negara ditetapkan secara keseluruhannya oleh sifat keadaan-keadaan yang menyebabkan kelahiran dan penubuhannya. Juga tidak mungkin dasar-dasar itu cuma satu jenis sahaja dan susunan mereka mungkin membawa keputusan yang berbeza. Unsur dalam bahan-bahan kimia mungkin sama tetapi bila dicampur kita akan dapati sebatian yang berlainan jenis; benih mempelam mungkin menjadi mangga; begitu juga kemungkinan keadaan-keadaan wujud menggalakkan perkembangan sesuatu jenis negara dan telatah interaksi bersama mereka mungkin juga sesuai bagi perkembangan negara yang serupa, tetapi selepas melalui beberapa peringkat evolusi, muncullah negara yang sangat berbeza dan operasi tenaga tertentu yang menghendakkan sesuatu bentuk negara akan melahirkan sebuah negara yang termasuk ke dalam kategori lain sama-sekali.

Diharap janganlah memikirkan cara membawa doktrin determinisms di sini dan menyangkal kebebasan kehendak manusia. Kemahuan dan tindak-tanduk orang-orang perseorangan dan masyarakat memainkan peranan yang amat penting dan tidak dapat disangkal lagi di dalam menentukan aliran sesuatu negara. Bagaimana bentuk sistem yang dikehendaki untuk menciptanya? Oleh yang demikian mustahaklah diambil dan dipilih cara yang sesuai dengan corak dan semangat sistem pilihan, dan turutlah jalan aksi yang sesuai ke arah itu. Adalah mustahak bagi sesuatu bentuk pergerakan berkembang dan diserap oleh semangat yang sama; satu aliran watak penduduk terbanyak diacukan; akhlak masyarakat yang sama dikembangkan; buruh yang serupa dilatih dan kepimpinan yang serupa patut dilahirkan; dan tindakan bersama yang berpaut kepada aliran sesuatu sistem negara yang diingini kelahirannya.

Apabila semua ini berjaya dikendalikan dan tenaga-tenaga yang diperlukan serta faktor-faktor yang sesuai, diteruskan operasi bagi suatu jangka masa yang cukup dan keputusan operasi itu, mereka telah melawan pengaruh-pengaruh luar yang bertentangan dengan semangat, justeru lahirlah, dari urutan peristiwa-peristiwa, sejenis aliran tenaga-tenaga yang kuat. Ini sama juga dengan anak benih yang telah cambah menyambung hidup dengan daya sendiri dan lepas itu akan membesar dan berbuah sesuai dengan bentuk semulajadi. Jika anda timbangkan fakta ini, anda akan mendapatinya, bila sesuatu jenis aliran pergerakan, kepimpinan, watak terbanyak dan akhlak masyarakat telah muncul dengan bentuk yang sesuai dengan bentuk tetap sistem negara. Akan tetapi digembirakan harapan, lanjutan dari itu,
satu sistem negara yang berbeza sama-sekali akan diciptakan. Ini cuma sesuatu keinginan yang dimimpikan.

NEGARA BERIDEOLOGI

Sekarang kita mesti timbangkan apakah bentuk negara yang dipanggil "Negara Islam". Bersangkutan dengan ini, saya akan tunjukkan tanda paling nyata negara Islam ialah kebebasan keseluruhannya dari apa bentuk dan pengaruh nasionalisme, secara langsung atau tidak langsung. Ia adalah sebuah negara yang didirikan dengan pengecualian prinsip-prinsip. Saya akan panggil negara ideologi. Sebuah negara yang mempunyai asas dan prinsip-prinsip moral tertentu dan bebas dari semua idea kebangsaan atau
ras telah dikenali dunia cuma sekali saja dan kebaikan-kebaikannya tidak dimuliakan hingga ke hari ini.

Dalam zaman purba manusia cuma mengetahui pemerintahan oleh keluarga atau kelas. Lepas itu mereka mengalami pemerintahan bercorak ras dan kebangsaan. Tetapi idea sebuah negara diselenggarakan atas prinsip-prinsip tertentu dan diperintah oleh sekumpulan orang yang terdiri dari
berbilang kaum yang menerima prinsip-prinsip itu sebagai asas hidup mereka -sosial, ekonomi, politik- penerimaan prinsip-prinsip sebegitu: menjadi hak mutlak untuk dapat bersuara dalam pemerintahan, ini tidak pernah terlintas di fikiran manusia. Kristian pun mengandungi satu pengamatan yang samar-samar tentang kebenaran ini tetapi ia tidak dapat menumbuhkan satu sistem idea-idea yang cukup sebagai asas bagi penubuhan negara serupa itu.

Dalam revolusi Perancis, kita dapati sejenak idea penubuhan sebuah negara yang berasaskan prinsipprinsip, tetapi ia segera lenyap dalam kegelapan nasionalisme. Komunisma memang dengan giat mengajar hal ini dan telah cuba mendirikan sebuah negara dengan asas ini supaya dunia meminati percubaan-percubaan Rusia ini. Tetapi semangat liar nasionalisme telah menguasai negara Komunis dan mencucukkan racunnya hingga ke akar-akarya sekali. Dari dahulu hingga sekarang cuma sistem Islam saja di dunia ini, yang menyusun negara mengikut asas ideologi, yang bebas dari segala bentuk nasionalisma dan mengundang manusia membentuk negara tidak berkebangsaan dengan menerima asas-asas ideologinya. Oleh kerana perkara ini baru dan dunia keliling sedang bergerak ke arah yang
bertentangan, bukan sahaja orang-orang bukan Islam, tetapi orang orang Islam sendiri pun tidak dapat menyedari sepenuh implikasinya. Idea ini terkeluar langsung dari pencapaian orang orang Islam yang lahirnya Islam, tetapi mendapat pendidikan dan latihan-latihan Barat, yang mempunyai
pandangan hidup dan sejarah yang dipinjamkan dari sejarah dan politik Barat. Akibatnya ternyata di negara kita di mana orang-orang Islam lebih ramai dan merdeka, tetapi umat manusia jenis ini terus mengendalikan kerajaan. Mereka tidak nampak bentuk pemerintahan atau sistem negara yang lain kecuali pemerintahan nasional dan negara nasional. Ini disebabkan mereka tidak mempunyai pengetahuan Islam dan tasawwur Islam terhadap masalah hidup dan tidak mempunyai konsep sebuah negara yang diasaskan dari kumpulan moral-moral tertentu dan prinsip kerohanian, bukan prinsip ras atau kebangsaan.

Di rantau ini terdapat juga orang-orang yang mendapat latihan-latihan mental yang terlibat dengan kesalahan-kesalahan yang sama. Mereka inginkan sebuah negara Islam, tetapi oleh kerana latihanlatihan mental yang ganjil dan berlatar-belakangkan sejarah politik Barat, mereka tidak mempunyai
rancangan hidup yang lain selain dari kehidupan dan sejarah kebangsaan negara-negara di Eropah. Secara sedar atau tidak, mereka telah menjadi mangsa ideologi nasionalis; dan apa-apa rancangan yang difikirkan semuanya bercorak nasionalisma. Mengikut mereka bentuk masalah yang menghadapi kita ialah: Orang-orang Islam adalah satu kumpulan "nasionalis" yang berasingan seperti Hindu, Inggeris dan Perancis dan mereka mempunyai kebebasan untuk tegak sendiri di bawah negara dan pemerintahan sendiri. Walau bagaimana sekalipun mereka memeras otak,. mereka tidak dapat memikirkan jalan lain bagi mencapai objektif ini kecuali sebagai sebuah negara, orang-orang Islam patut mengikut qaa'idah-da'idah dan strateji yang sama seperti kumpulan negara-negara nasionalis lain
di dalam sejarah.

Dalam lain perkataan, unsur-unsur nasional mesti dipeterikan terlebih dahulu; semangat kebangsaan yang kuat mesti dicurahkan; mereka mesti dipimpin oleh pihak berkuasa pusat; mereka mesti merancangkan pengawal kebangsaan sendiri; mereka patut memiliki tentera kebangsaan; bila mereka
sudah menjadi majoriti, mereka patut membentuk sebuah negara demokrasi atas dasar pemerintahan golongan majoriti; di mana mereka merupakan kaum minoriti, hak-hak asasi mereka sebagai kaumkaum minoriti di negara-negara lain yang meminta perlindungan sedemikian rupa: dalam
perkhidmatan, yayasan pendidikan dan badan-badan berkanun mereka diwakilkan dengan betul, wakil-wakil mereka mesti dipilih oleh mereka sendiri, dan mereka patut diberi bahagian di dalam
kementerian-kementerian.

Demikianlah idea-idea dan qaidah-qaidah mereka. Jelas semuanya dipinjam dari konsep sistem negara Barat dan mereka yang mengambil cara dan strategi di atas bercakap dalam nada Barat, tentang resolusi pembentukan negara Islam . Mereka ini juga menggunakan istilah-istilah Islam seperti:
'Ummah', 'Agama', 'Sultan', dan tunduk kepada Sultan, yang mana maknanya dalam istilah-istilah Islam berbeza dari apa yang difikiran oleh mereka, apabila mereka menggunakan perkataan-perkataan tersebut. Bagi mereka bagaimanapun, perkataan-perkataan Islam ini seperti dengan istilah
nasionalisma, dan nasib baik pula, perkataan-perkataan itu sedia ada dalam kesusteraan Islam dan sekarang dipergunakan secara bebas sebagai pakaian idea-idea bukan Islam dalam aada-nada yang diperolehi dari Barat.

Jika anda memahami corak sesebuah negara Islam yang berasaskan prinsip-prinsip kerohanian dan akhlak, dengan senang anda akan menyedari tentang sikap pemikiran dan tindakan serta rancangan kerja tersebut tidak dapat dijadikan tapak permulaan ke arah cita-cita negara berideologi. Kita
tinggalkan soalan pengunaannya dalam peringkat akhir pergerakan itu. Juga idea-idea dan tindakan serupa itu kelihatan mudarat kepada perkembangan dan evolusi sesebuah negara yang akan diasaskan di atas prinsip-prinsip bukan kebangsaan.

Asas awal negara berideologi ialah kita menolak semua soalan tentang kaum, klas dan bangsa dan melihat manusia sebagai makhluk berakhlaq dan kerohanian. Bukan bangsa yang kita perihalkan tetapi sifat-sifat kemanusiaan mereka. Kita hadapkan kepada mereka prinsip prinsip tertentu untuk tindakan dan satu kumpulan kepercayaan di mana mereka perolehi dan dapat mendakwa prinsipprinsip itu meletakkan asas kebudayaan sejagat dan sistem negara-bukan-nasiona1 yang akan membimbing manusia ke arah keamanan sejati di di dunia dan di akhirat. Sesiapa yang menerima prinsip-ini berhak mendapat hak-hak yang sama di dalam menyelenggarakan sistem negara yang diserahkan ke atas mereka.

Bagaimana mungkin seseorang yang kebanyakan aktivitinya berbau nasionalisma datang ke depan dengan ideal Islam itu? Bagaimana mungkin dia meminta dari kemanusiaan dan sentimen moral manusia bila dia sendiri menodai kedudukannya dengan berkerjasama dengan kebaikan sesebuah
negara atau sesuatu masyarakat? Adakah wajar bagi memohon dalam nama kemanusiaan dan kebajikan biasa manusia kepada orang-orang yang dikelabui oleh prasangka nasional dan berperang sama sendiri di atas nama nasionalisma dan negara kebangsaan, dan dalam nada yang sama menuntut
kebebasan nasional dan kebebasan menentukan nasib orang-orang Islam kita? Adakah dapat diterima aqal bahawa sesuatu pergerakan untuk menasihati orang dari pendakwaan mengadu ke mahkamah
undang-undang?

Wasiat ke-7 Al-Banna, Elakkan Bercakap Nyaring

Wednesday, March 4, 2009


Jangan bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kita. Demikianlah antara wasiat Imam Hasan al-Banna. Percakapan yang nyaring dan kuat banyak mengundang masalah seperti mengundang kemarahan orang dan menyuburkan takbur di hati para penceramah dan pendakwah itu sendiri. Dalam hal ini, seorang bapa yang bijaksana, Luqman al-Hakim menasihatkan anak-anaknya sebagai berikut:-

"Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai." [Luqman: 19]
Justeru, menjadi tanggungjawab ibu bapa menasihatkan anak-anak mereka agar tidak meninggikan suara ketika berbual bersama teman-temannya. Ini kerana, hal meninggikan suara itu boleh menimbulkan pergaduhan. Hal kesantunan bicara ini turut disentuh dalam buku bertajuk Cinta Di Rumah Hasan Al-Banna yang memperihalkan kehidupan rumahtangga Al-Banna sendiri. Di dalam satu bab, pernah dikupas perihal tiadanya suara-suara yang keras dan nyaring dalam keluarga beliau. Semua ini menunjukkan bahawa Hasan al-Banna telah merintis jalan teori dan melaksanakan amalinya dalam keluarganya sendiri. Maka di sini, al-Banna benar-benar telah menjadikan wasiat Luqman al-Hakim itu sebagai panduannya.
Sikap nabi-nabi yang bersikap lemah-lembut kepada pihak yang didakwah juga patut diberikan perhatian..
Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat), dan kalau engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentu mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya. [Ali Imran:159]
Demikian juga ketika diperintahkan kepada Musa a.s dan Harun a.s untuk berdepan dengan kezaliman Fir'aun.
"Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut." [Taha: 44]

Jangan nyaring berwirid
Malah dalam hal yang berkaitan dengan wirid, ratib dan zikir sekali pun, Allah s.w.t menyeru kita supaya meratibkannya dengan rendah dan tidak nyaring.
Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai. [Al-'Araaf: 205]
Mungkin, dengan berzikir dalam senyap, hal ini tidak diketahui orang lain dan dengan itu, kita terselamat daripada bahaya riyak, penyakit 'ujub dan sum'ah.

Lantas, timbul persoalan baru mengenai amalan tarekat yang berzikir, meratib beramai-ramai sehingga tinggi dan nyaring pula suara mereka. Maka, bagaimanakah kedudukan ratib, zikir mereka ini?
Dalam hal latihan kerohanian, hal-hal seumpama itu dibenarkan, diharuskan dengan sebab melatih murid-murid untuk berzikir. Ini kerana, bagi sesetengah orang, penumpuan untuk berzikir itu sangat sukar kerana mereka terlalu banyak berkhayal mengenai kenikmatan dan kelazatan duniawi sebelum ini.
Maka, hal-hal yang seumpama itu tiada salahnya atas tujuan latihan. Mungkin, apabila tiba waktunya, mereka akan diminta meneruskan wirid dengan perlahan-lahan di tempat suluk mereka sendiri. Wallahu'alam..
Jangan keraskan suara di depan guru
Perihal keburukan suara yang nyaring ini telah dibangkitkan oleh Allah s.w.t dalam al-Quran, di mana hal itu termasuk dalam perkara-perkara yang bercanggah dengan adab bersama Rasulullah s.a.w.
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengangkat suara kamu melebihi suara Nabi, dan janganlah kamu menyaringkan suara (dengan lantang) semasa bercakap dengannya sebagaimana setengah kamu menyaringkan suaranya semasa bercakap dengan setengahnya yang lain. (Larangan yang demikian) supaya amal-amal kamu tidak hapus pahalanya, sedang kamu tidak menyedarinya.
Sesungguhnya orang-orang yang merendahkan suaranya semasa mereka berada di sisi Rasulullah, - merekalah orang-orang yang telah dibersihkan Allah hati mereka untuk bertaqwa; mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.

Sesungguhnya orang-orang yang memanggilmu dari luar bilik-bilik (tempat ahlimu, wahai Muhammad), kebanyakan mereka tidak mengerti (adab dan tatatertib).
Dan kalaulah mereka bersabar menunggu sehingga engkau keluar menemui mereka, tentulah cara yang demikian lebih baik bagi mereka; dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [Al-Hujurat: 2-5]

Timbul persoalan lain, baginda Rasulullah s.a.w tidak lagi berada di sisi kita. Betapalah kita akan mengangkat suara dan menyaringkan suara kepada baginda? Maka, dalam hal ini, ingatlah pengertian hadis yang bermaksud, "Golongan ulamak itu adalah pewaris kepada para nabi."

Adapun guru-guru itu, orang-orang tua yang bijaksana dan mereka yang selalu dilihat sebagai orang yang berpengetahuan dalam memberikan tunjuk ajar dan bimbingan kepada kita, kepada bangsa kita dalam hal-hal agama, mereka itu penggalas amanah Rasulullah s.a.w. Kepada mereka, janganlah kita mengeraskan suara kita.

Rendahkan suara di depan ibu bapa
Maka, termasuk dalam kalangan manusia yang mesti kita rendahkan suara terhadap mereka, ialah ibu bapa kita sendiri.

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataankasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).
Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil." [Al-Isra': 23-24]

Melakukan amal kebaktian kepada ibu bapa adalah jalan termudah mendapatkan keredhaan Allah s.w.t. Dalam hubungan ini, baginda Rasulullah s.a.w bersabda:-

"Syurga itu terletak di bawah tapak kaki ibu." dan sabda baginda lagi; "Keredhaan Allah itu terletak di atas keredhaan Allah s.w.t."

Sesetengah pihak melihat keredhaan Allah itu didapati lewat zikir-zikir, wirid-wirid sebagai yang disebut mereka dalam munajat, "Ilahi anta maqshudi, wa ridhaka mathluubi - Tuhanku Engkaulah matlamatku dan aku menuntut keredhaanMu."
Tetapi, ada yang bersikap kasar, bengis dan mengeraskan suaranya kepada ibu bapa. Adakah kita termasuk dalam golongan yang berhak mendapat keredhaan Tuhan? Sekali-kali tidak! Kita perlu hormat ASAL-USUL (ibu bapa) bagi mendapatkan redha YANG PALING ASAL, YANG PALING AWAL (Allah s.w.t).
Demikian juga hubungan antara Rakyat dan Pemerintah. Pemerintah berasal daripada rakyat. Maka pemerintah yang diredhai pemerintahannya adalah pemerintah yang menghormati rakyat dengan memansuhkan ISA, PPSMI, Auku dan segala undang-undang yang meresah-gelisahkan hati rakyat.

Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat), dan kalau engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentu mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya. [Ali Imran:159]

Apabila rakyat tidak meredhai pemerintahan pemerintah, maka Allah s.w.t tidak meredhai pemerintahan mereka itu. Sebab itulah timbul banyak kekacauan dan semua itu adalah petanda, sindrom kepada pemerintahan yang tidak diredhai Tuhan. Oleh itu, banyakkan meminta ampun bagi pihak rakyat dan jangan bersikap kasar dengan rakyat.
Seperti mana anak mesti hormatkan ASAL-USUL (ibu bapa) untuk mendapat redha Tuhan, maka demikianlah pemerintah mesti hormatkan ASAL-USUL (rakyat) untuk mendapat restu Allah dalam pemerintahan mereka. Jika seorang anak itu berbicara dengan baik kepada ibu bapanya sebagai tanda hormat dan mendapat redha Tuhan, demikian pemerintah jangan berbicara dengan keras dan nyaring kepada rakyat dengan mengugut dan mengancam mereka dengan jentera kerajaan seperti polis, tentera dan sebagainya.
Diriwayatkan, pernah suatu ketika, seorang anak muda mendaftar diri untuk pergi berperang ke medan jihad. Rasulullah s.a.w merenung wajah anak muda itu dengan pandangan kasyafnya.

"Anak muda, jelaskan kepadaku bagaimana keadaan orang tuamu tatkala kamu keluar daripada rumahmu tadi," kata baginda.
"Ya Rasulullah, hamba mesti beritahu kepadamu bahawa dengan sesungguhnya aku ingin syahid di jalan Allah. Tetapi kedua orang tuaku menangis, meminta aku tidak pergi berperang kerana aku satu-satunya anak tunggal mereka."
"Engkau mendapat pahala. Sekarang.. dengan perintah Rasulullah, kembalilah ke rumah. Gembirakanlah hati kedua-dua ibu bapamu," demikian baginda memutuskan.
Maka, pulanglah si anak muda itu dan gembiralah kedua-dua ibu bapanya. Anak muda tadi telah beroleh pahala sekali gus mendapat keredhaan Allah di rumahnya dan bukan di medan jihad.

Sementara itu, Nabi Ibrahim a.s adalah antara contoh anak yang menyeru bapanya, Aazar (pembuat patung berhala) ke arah jalan Tauhid dengan baik dan tabah hati.
Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berkata kepada bapanya Aazar: "Patutkah ayah menjadikan berhala-berhala sebagai tuhan-tuhan? Sesungguhnya aku melihatmu dan kaummu dalam kesesatan yang nyata." [Al-An'aam:74]
Malah, baginda telah mendoakan kebaikan kepada ayahnya sendiri, walhal tindakan itu dilarang agama..

Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik sekali pun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli neraka.

Dan bukanlah istighfar Nabi Ibrahim bagi bapanya (dibuat) melainkan kerana adanya janji yang dijanjikan kepadanya; dan apabila ternyata kepada Nabi Ibrahim bahawa bapanya musuh bagi Allah, ia pun berlepas diri daripadanya. Sesungguhnya Nabi Ibrahim itu lembut hati lagi penyabar. [Surah at-Taubah: 113 - 114]

Disebutkan di situ, ada dua nilai yang menyebabkan baginda bersikap baik kepada orang tuanya. Pertama, baginda lembut hati dan bersikap penyabar. Hal inilah yang mesti hadir dalam jiwa seorang anak yang mahu keredhaan Tuhan dengan cara melakukan kebaikan kepada orang tuanya. Maka, hal bercakap nyaring kepada orang-ramai, menjerkah dengan marah-marah, bersuara dengan keras tidak melambangkan kelembutan hati seseorang pendakwah itu. Demikianlah jika kita mahu laksanakan pesan dan wasiat Imam Hasan al-Banna.

ADAKAH ISLAM DISEBARKAN MELALUI MATA PEDANG

Monday, March 2, 2009

Bagaiman Islam dikatakan agama sejahtera sedangkan ia disebarkan melalui mata pedang?

Adalah suatu rungutan biasa dalam kalangan beberapa orang bukan Islam bahawa Islam tidak akan mempunyai jutaan pengikut di seluruh dunia, sekiranya penyebarannya tidak dilakukan dengan kekerasan. Fakta berikut akan menjelaskan bahawa jauh sekali daripada menggunakan mata pedang untuk menyebarkan Islam; kewujudan kebenaran, sebab yang munasabah dan logik adalah yang bertanggungjawab terhadap penyebaran pesat Islam.

1.Islam bereti kesejahteraan.
Islam berasal dari kata akar 'SALAM' bermakna sejahtera. Ia juga bermaksud menyerahkan kehendak diri kepada Allah SWT. Oleh itu, Islam adalah agama kesejahteraan, diperolehi dengan menyerahkan kehendak diri kepada kehendak Yang Maha Pencipta, Allah SWT.

2.Kadang-kala kekerasan perlu untuk memelihara kesejahteraan.
Bukan setiap dan semua manusia di dunia ini menyokong pemeliharaan kesejahteraan dan keharmonian. Terdapat ramai yang akan mengganggu kesejahteraan untuk kepentingan sendiri. Hanya kerana sebab ini, kita mempunyai polis yang menggunakan kekerasan terhadap penjenayah dan unsur antisosial untuk mempertahahnkan kesejahteraan negara. Pada masa yang sama, Islam menggesa pengikutnya, melawan sekiranya terdapat penindasan. Perjuangan menentang penindasan, kadang-kala, memerlukan kekerasan. Dalam Islam, kekerasan hanya boleh digunakan untuk menggalakkan kesejahteraan dan keadilan.



3.Pandangan Sejarawan De Lacy O'Leary.
Jawapan terbaik kepada tanggapan salah bahawa Islam disebarkan melalui mata pedang diberikan oleh sejarawan terkemuka De Lacy O'Leary di dalam buku "Islam at the Cross Roads" (M/S 8) "Sejarawan menunjukkan dengan jelas bahawa legenda umat Islam fanatik yang bergerak serata dunia dan memaksa kaum yang ditawan untuk memeluk Islam dengan cara kekerasan adalah sebenarnya salah satu mitos karut terhebat yang pernah diulangi oleh sejarawan.

4.Umat Islam memerintah Sepanyol selama 800 Tahun
Umat Islam memerintah Sepanyol selama 800 Tahun. Umat Islam di Sepanyol tidak pernah menggunakan mata pedang untuk memaksa sesiapa menukar agama. Hanya kemudian, pejuang-pejuang Salibi Kristian datang ke Sepanyol dan menghapuskan umat Islam. Tiada seorang pun umat Islam di Sepanyol yang dapat melaungkan azan, iaitu seruan untuk solat, secara terbuka.

5.14 juta orang Arab adalah kristian Koptik.
Orang Islam merupakan pemerintah negara Arab selama 1400 tahun. Orang British memerintah selama beberapa tahun dan orang Perancis juga memerintah beberapa tahun. Secara keseluruhan, Orang Islam memerintah Arab selama 1400. Sungguhpun demikian, pada hari ini, terdapat 14 juta orang Arab yang merupakan Kristian Koptik iaitu Kristian sejak turun temurun. Jika orang Islam telah menggunakan mata pedang, pasti tiada seorang pun orang Arab yang masih beragama Kristian.

6.Terdapat lebih daripada 80% orang bukan Islam di India.
Orang Islam memerintah India lebih kurang seribu tahun. Jika mereka mahu, mereka mempunyai kuasa untuk mengislamkan setiap penduduk bukan Islam di India. Pada hari ini, lebih daripada 80% penduduk India adalah bukan Islam. Kesemua penduduk India yang bukan beragama Islam pada hari ini adalah bukti Islam tidak dikembangkan menerusi mata pedang.

7. Indonesia dan MalaysiaIndonesia merupakan negara yang mempunyai jumlah umat Islam paling ramai di dunia. Majoriti penduduk Malaysia adalah Islam. Pasukan tentera Islam manakah yang telah ke Indonesia dan Malaysia?

8. Pantai Timur Afrika
Begitu juga, Islam tersebar luas di Pantai Timur Afrika. Mungkin ada yang bertanya lagi, sekiranya Islam disebarkan melalui mata pedang, pasukan tentera Islam manakah yang telah ke pantai Timur.?

9. Dr. Joseph Adam Pearson
Dr. Joseph Adam Pearson pernah berkata, "Mereka yang bimbang kuasa nuklear akan jatuh ke tangan orang Arab satu hari nanti, gagal menyedari bahawa "bomb Islam" telahpun tersebar dan ia berlaku pada hari Muhammad (s.a.w) dilahirkan

MUHASABAH PEJUANG

Monday, February 23, 2009


Teringat saya kepada ucapan pengerusi lujnah tarbiyah PAS negeri Johor, tentang kata-katanya yang dipetik daripada kata-kata Saidina Ali KW...iaitu BATIL YANG TERSUSUN DAN BERSTRATEGI MAMPU MENEWASKAN KEBENARAN YANG BERCELARU...ini muqadimmah saya sebelum komentar saya yang lebih panjang..

Kemudian, Teringat pula saya kepada tulisan Assyahid Imam Hassan Al-Banna di dalam beberapa buah bukunya yang mana beliau berkata BERAPA RAMAI MANUSIA MAMPU BERCAKAP TAPI TIDAK BERSAMA DI MEDAN KERJA, BERAPA RAMAI PULA MANUSIA YANG MAMPU BEKERJA TAPI TIDAK BERSAMA DI MEDAN AMAL, BERAPA RAMAI PULA MANUSIA MAMPU BERAMAL TAPI TIDAK BERSAMA DI MEDAN JIHAD..

Setujukah anda Setiap kita terutamanya para aktivis pendokong Islam tidak boleh
terlepas daripada mengalami dan mengakui perkara-perkara yang saya nyatakan di atas?
Cuma yang bedanya kita adalah di tahap manakah kita sekarang? dan di tahap manakah kita telah berjaya menghadapinya? Jawapan itu saya tidak boleh menjawabnya kerana saudaralah yang mampu menjawabnya sendiri..

Di sini kita melihat bahawa perlunya kepada para aktivis gerakan Islam suatu bekalan, dan bekalan itu tidak lain dan tidak bukan adalah TARBIYAH. Tetapi tarbiyah adalah suatu yang subjektif untuk diungkapkan...Isu yang saya nak sentuh pada penulisan saya kali ini adalah apa pandangan anda tentang tujuan tarbiyah?
Mungkin bila kita bertanyakan soalan ini, pelbagai jawapan yang akan timbul. Saya ada jawapan, anda pun ada jawapan. Jadi, apakah jawapan saya sahaja yang betul dan pandangan anda silap.

Mungkin ada orang kata tarbiah bertujuan membina diri dan menggilap potensi, serta menjaganya supaya tidak melalukan perkara yang merugikan. Orang politik mungkin kata tarbiah adalah untuk melahirkan politikus yang handalan.Mungkin orang tarbawi melihat tarbiah dalam bentuk penyucian jiwa, pembersihan hati, melahirkan nuqaba’ dan orang yang cintakan usrah. Orang ekonomi pula melihat tarbiah perlu untuk melahirkan usahawan muslim yang Berjaya.

Semuanya betul, tak ada yang salahnya.Pandangan Us.Dzulkhairi pula yang beliau nyatakan Mungkin istilah terbaik boleh kita gunakan adalah, tarbiah adalah untuk melahirkan pakar. Pakar ekonomi, pakar nuqaba’, pakar kaunselor, pakar dalam bidang pendidikan, pakar politik, pakar pengurusan, dan macam-macamlah. Jangan jadi pakar maksiat sudah.Saya juga bersetuju dengan pandangan Us.Khairi itu. Pandangan Us.Khairi memperlihatkan Us.Khairi seorang yang bercita-cita tinggi dan mempunyai daya fikir yang jauh ke depan. Akan Tetapi timbul lagi persoalan, bagaimana pula peranan tarbiyah itu mampu menyelesaikan 2 ungkapan tokoh yang saya nyatakan sepeti di awal tulisan saya tadi. Mungkin dari satu dimensi tiada perkaitan tetapi dunia hari ini menuntut kita selaku aktivis jemaah Islam memandang sesuatu perkara dengan dimensi berbeza.

Kadang-kadang kita berasa sedih dan malu. Ada para aktivis gerakan Islam ini masih melakukan maksiat dan perkara yang merugikan Islam dan Jemaah. Mungkin dalam hal ini saya dan saudara-saudara juga tidak terlepas. Mungkin tidak keterlaluan jika saya katakan, hakikatnya perkara-perkara inilah yang telah melambatkan kemenangan Islam. Tapi jangan kita lupa hal ini juga dipanggil tarbiyah. Begitu luas makna tarbiyah untuk kita huraikan.

Pada hemat saya dari sudut syumuliah, tarbiyah umpama oksigen yang diperlukan oleh semua manusia untuk terus bernafas. Tetapi kalau oksigen itu tercemar maka kemungkinan besar manusia akan menghirup udara yang kotor dan boleh membahayakan kesihatan. Udara tercemar bukan kerana apa, tetapi akibat daripada tangan-tangan manusia juga. Begitulah juga Tarbiyah. Dari sudut hikmahnya,penulisan dan perbincangan saya ini adalah untuk mengajak kita sama-sama berfikir dan menilai tahap pemikiran masing-masing.

KEKUATAN IMAN MENGALAHKAN KEKUATAN KETENTERAAN



Tentera Israel yang adalah tentera keeempat terkuat didunia akhirnya tewas menghadapi pasukan ‘kecil’ pejuang2 gazza yang hanya memiliki tentera dan senjata yang terhad. Ini sesuatu keajaiban yg besar yang dilakukan oleh pejuang2 palestin. Prof Dr Hasan Nafiah pensyarah sains politik di cairo universiti berkata:

إن صمود قطاع غزة خلال الحرب كان معجزة بكل المقاييس أن الكثيرين توقعوا أن يكون قطاع غزة نزهة عسكرية للجيش الاسرائيلي، وأن يقوم الجيش الاسرائيلي بالقبض على قادة المقاومة الفلسطينية ووضعهم في سجون تشبه جوانتنامو الا أن إرادة الصمود والبقاء دحرت العدوان الاسرائيلي على قطاع غزة،إن انتصار حماس واضح جدا لان ما حدث ليس حربا لكنها مجزرة، لافتا الى أن نجاح حماس يتمثل في إفشال جميع الاهداف الاسرائيلية،


“Sesengguhnya ketahanan gazza dalam peperangan adalah suatu mukjizat (miracle) dari setiap sudut. Kebanyakan menyangka bahwa gazza adalah peperangan ‘bersiar2’ oleh tentera Israel dan tentera Israel mudah untuk menangkap pemimpin2 pejuang palestin serta meletakkan mereka di tempat yang menyerupai penjara guantanamo. Namun kehendak untuk berjuang dan kekal di tanah air mereka dapat menghalau tentera musuh dari bumi gazza. Sesungguhnya kemenangan hamas adalah amat jelas kerana apa yang berlaku bukanlah peperangan dengan pejuang tetapi penyembelihan beramai2. Kejayaan hamas adalah menggagalkan kesemua misi2 israel memerangi gaza.”

Ini adalah ulangan peristiwa2 yang lepas, dimana kekuatan keimanan boleh mengatasi segala kekuatan ketenteraan. Diantara peristiwa lepas adalah:

1. operasi pengeboman pejabat pegawai tinggi tentera amerika di Beirut pada tahun 1948 yang membunuh dan mencederakan ratusan tentera amerika. Ia dilancarkan oleh seorang pengebom berani mati. Bila ditanya presiden amerika Ronald Reagan “Bagaimana boleh berlaku? Dimana kawalan yang tinggi? Dimana perisikan?” Dia menjawab “Semua kawalan keamanan di dunia adalah disebabkan perasaan takut mati yang ada pada penyerang. Apabila hilang rasa takut ini maka tidak ada cara untuk menghadapinya.”

2. Operasi ansoriah pada tahun 1998 yang dilancarkan kepada unit jhas tentera Israel yang paling kuat. Perbelanjaan seorang tentera dalam unit tersebut dianggarkan 5 juta dolar amerika. Namun mereka telah dihapuskan oleh pejuang-pejuang palestin yg bersenjatakan iman dan takwa.

3. Pada jun 2006 para mujahidin telah menggali parit sedalam 400 meter di bawah dinding pemisah tanpa disedari oleh tentera dan perisikan Israel. Para pejuang telah sampai ke penempatan askar (garrison) di karam syalum dan membunuh serta menawan tentera2 Israel. Kemudian mereka pulang dengan selamat.

4. Pada tahun 2006 juga tentera Israel telah mendapat lampu hijau dari amerika, eropah dan dunia untuk menghapuskan, mengambilkan senjata dan melaksanakan peruntukan undang2 1559 terhadap hizbullah. Namun Hizbullah berjaya menewaskan mereka dengan jayanya.

Ini adalah sebahgian dari contoh yang menunjukkan kekuatan keimanan mengatasi segalanya. Kekuatan iman ini lah yang ada pada tentera Islam yang terdahulu. Walaupun mereka sedikit tetapi mereka kuat. Seorang Pemimpin rom yang telah tewas kepada tentera Islam telah berkata tentang sifat2 pejuang Islam:

إنهم يقومون الليل ويصومون النهار ويوفون بالعهد ويأمرون بالمعروف وينهون عن المنكر ويتناصفون بينهم.

“Sesungguhnya mereka bangun malam untuk berqiamullail, berpuasa pada siang hari, menunaikan janji2 mereka, mengajak kepada kebaikan, mencegah kepada kemungkaran dan saling nasihat menasihati sesame mereka.”

Kita lihat bagaimana pemilihan tentera Saluhuddin al-Ayyubi yang mana mereka telah mencipta sejarah kemenangan dan kegemilangan Islam. Apabila lalu di khemah tentera yang tidak bangun malam maka beliau berkata:

“Sekiranya kita diserang dan dikalahkan maka sebab merekalah kita dikalahkan.”

Namun pemuda2 Islam sekarang sudah lemah iman dan amalnya. Mereka hanya menjadi penyokong kepada perjuangan Islam dan tidak menjadi pejuang2 Islam. Untuk bangun solat subuh berjemaah pun mereka tidak mampu inikan lagi untuk berqiamullail. Lihat bagaimana Syeikh Ahmad Yasin yang mana dia syahid ketika pulang dari solat subuh di masjid berhampiran rumahnya pada 22/3/2004. Walaupun beliau sudah lumpuh sepenuhnya namun tetap solat subuh berjemaah subuh. Bagaimana dengan pemuda2 yang gagah berani yang sanggup turun padang mengharungi air penyimbah, gagah berani melawan samseng, hebat bermain di padang tetapi tidak mampu untuk mengenepikan selimut yang nipis.

Ummat Islam juga lemah kerana jiwa mereka kosong ilmu. Mereka hanya bersemangat mendakwa mereka memperjuangkan Islam tetapi berjuang tanpa ilmu sehingga mereka melakukan perkara yang haram tanpa mereka sedari. Suatu ketika para sahabat mengatakan syahid pada seorang yang telah mati dalam peperangan , namun Nabi saw bersabda:

كلا إني رأيته في النار في بردة غلها

“Tidak sama sekali, sesungguhnya aku melihatnya dalam neraka kerana disebabkan sehelai selimut yang diambilnya.” (HR Muslim – sahih)

Tanpa ilmu menyebabkan mengambil harta manusia dengan secara haram. Ini adalah dalam ilmu muamalah (pertukaran harta) yang manusia jarang mengaji dan mengetahui tentangnya.

Seterusnya para pejuang perlu mempunyai kekuatan jiwa. Kekuatan jiwa ialah jiwa yang cinta akhirat. Walaupun umat islam ramai tetapi mereka lemah lantaran cinta mereka pada dunia. Ia juga jawapan kepada yang bertanya sebab apa umat Islam diganyang oleh musuh2 Islam. Nabi saw bersabda:

لا ولكنكم غثاء كغثاء السيل يجعل الوهن في قلوبكم وينتزع المهابة من قلوب عدوكم لحبكم الدنيا وكراهيتكم الموت

“Kamu bukannya sedikit, tetapi kamu seumpama buih-buih dilautan. Allah meletakkan penyakit ‘al-wahn’ di dalam hati2 kamu. Mencabut perasaan takut dalam hati2 musuh kamu kerana kamu cinta kepada dunia dan kamu benci mati.” (sahih- Hr Ahmad, Abu Daud dan lain2)

Kesimpulan: Oleh itu marilah kita memperteguhkan kekuatan Iman, kekuatan ilmu dan kekuatan jiwa (hati yang bersih). Apabila kita memiliki kekuatan seumpama ini, Allah akan memberi pertolongan yang kita harapkan. Ini jelas yang terjadi dalam peristiwa yang terjadi dalam peperangan mujahidin dengan tentera rusia:

Seorang mujahidin yang terkenal maului arselan berkata “ Kami memiliki satu missile dan peluru anti kereta kebal. Kami pun bersembahyang dan berdoa kepada Allah supaya Allah menghancurkan semua kereta kebal dan kenderaan tentera dihadapan kami. Ketika itu ada 200 kereta kebal dan kenderaan tentera. Kami melancarkan peluru dan mengenai kenderaan yang mengandungi peluru2 dan bahan letupan yang menyebabkan ia meletup dan memusnahkan 85 kereta kebal dan kenderaan tentera. Kami telah mengalahkan musuh dan mendapat keuntungan yang besar.”

Untuk itu, saya akan baca setiap hari kitab (Fal Nabda' Bi anfusina) di sepanjang cuti dua minggu ini disamping kitab2 lain yg sedang dibaca. InsyaAllah akan habis dibaca pada masa cuti ini. Ia kitab membina diri seorang pejuang. semoga Allah membina diri saya (yang banyak kesilapan dan kekurangan) dan sahabat2 untuk menjadi tonggak Islam. Kita tinggalkan kesilapan lalu dan kita bina diri kita untuk sampai pada keredaannya insyaAllah.

Rujukan: majalah mukhtar Islami no 318, buku Ma za khasirul alam oleh an-Nadawi, Falestin Tarikh Musawwar oleh Dr Tareq suwaidan, Sofwatul hadis oleh Dr Abd Qadir al-Kattani, Ayatur Rahman fi Jihadil Afghan oleh Dr Abdullah Azzam

Penulis Yahudi mengaku "Kami telah kalah dan kami telah memberi kemenangan yang kuat kepada hamas"

Akhbar rusia yang diterbitkan di amerika telah ditarik balik pengedarannya kerana satu artikel yang ditulis oleh penulis yahudi pada muka surat yang ke tujuh. Ini terjemahan dari sebahgian artikel tersebut:

Penulis menyatakan:

Sekiranya kita ke gazza untuk membebaskan shalit (yg ditawan hamas sejak 2006) …… Kami pulang tanpanya.

Sekiranya kita pergi ke gazza untuk menghentikan roket2…………. Sesungguhnya bertambah jauh roket tersebut (sehingga hamper tel aviv) sehinggalah di hari terakhir dan semakin memberi ancaman.

Sekiranya kita pergi ke gazza untuk menghapuskan hammas…………… sesungguhnya hammas semakin disayangi dan kita telah memberikannya pengiktirafan rasmi.

Sekiranya kita pergi ke gazza untuk menjajahnya…………… Sesungguhnya telah kami sebut bahwa pasukan tentera tidak mampu menguasai satu meter pun di dalam kawasan gazza.

Sekiranya kita pergi ke gazza untuk menunjukkan bahwa kita yang hebat…………. Sesungguhnya peperangan telah berhenti setelah mana diputuskan oleh pejuang bukannya ketika kita buat keputusan.

Sekiranya kita pergi ke gazza untuk mempamirkan kekuatan kita……… Sesungguhnya cukuplah kita buat pertunjukkan ketenteraan di tel aviv.

Sekiranya kita pergi ke gazza untuk membunuh pemimpin hammas…………. Sesungguhnya kita hanya membunuh dua orang dari 500 pemimpin gerakan hammas.

Sekiranya kita pergi ke gazza untuk mendapat simpati dari dunia…………….. Sesungguhnya pandangan alam telah merubah kepada memusuhi kami. Orang yang dulu bersama kami pun telah memusuhi kami.

Sekiranya kita pergi ke gazza untuk mengembalikan kepercayaan kepada tentera kita……….. Sesungguhnya kita telah menambahkan kecut pada tentera kita dan telah menambahkan keyakinan kepada pejuang2 hamas pd diri mereka.

Sekiranya kita pergi ke gazza untuk menetapkan kekuatan pencegahan kita …………… sesungguhnya telah jelas bahawa senjata kita, tidak kita gunakannya dengan baik semasa di daratan dengan dua kali percubaan 2006 dan 2008. Ia tidak mencegah hizbullah dan tidak mencegah hammas.
Malahan bertambah ancaman dan kesombongan pemimpin2 hammas. Allah yang lebih mengetahui perkara yang akan datang selepas mana telah tersebar maklumat ini dikalangan penduduk setempat iaitu maklumat berkenaan dgn pejuang2 palestin dan kemampuan mereka untuk melawan kita. Kita tidak harus lupa ketika berlakunya pertemuan demi pertemuan untuk perdamaian Kita tidak pernah mendengar permintaan hammas walau sekalipun untuk gencatan senjata sehingga kita yang memintanya. Biarlah aku bertanya “Siapa yang menakutkan siapa?” Allah lebih mengetahui, terdapat 800 ribu penduduk Israel di selatan yang mana mereka akan gementar dan bergegas ke tempat perlindungan apabila mendengar nama hammas. “Siapa yang menakutkan siapa ?”

Akhirnya penulis membuat kesimpulan dengan kata2nya:

Peperangan ini menyebabkan rejim zionis(pertubuhan yahudi antara bangsa) membelanjakan 10.5 triliun dolar. Jumlah ini sama nilainya dengan belanja untuk kempen pengiklanan selama 40 tahun bagi mencantikkan gambaran orang2 yahudi di mata dunia. Dalam masa 22 hari , tentera2 yahudi telah memusnahkan segala2nya. Jumlah 10.5 trilion yang dikeluarkan oleh pertubuhan zionis ini tidak mencukupi bagi membiyai semua perbelanjaan perang ini.Ini juga tidak termasuk kerugian manusia di pihak askar dan orang awam yang terkena roket.

Penulis yahudi ini berkata:

Aku, olmert dan barak mengetahui kerugian manusia yang menimpa kami. Kesemuanya dilarang untuk mendedahkan jumlah kerugian manusia tersebut.”

Akhirnya penulis berkata:

“Cukuplah pembohongan kita selama ini. Sebenarnya kita tidak menang.”