'AUDIT FINDING' - PAC TUMPU 10 ISU

Monday, November 8, 2010

23 Dzulka'edah 1431 H
31 Oktober 2010

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan menyiasat 10 masalah membabitkan ratusan juta ringgit dan menjadi antara faktor utama mengapa hutang kerajaan melonjak kepada paras yang paling tinggi dalam tempoh lima tahun:

Tindakan Kementerian Pertahanan menggunakan peruntukan daripada Pakej Rangsangan Ekonomi untuk membeli sistem audio visual, lampu hiasan bernilai RM10,000 dan kerusi sofa berharga RM26,000.

Mengapa kementerian yang sama terpaksa membayar lebih RM800,000.00 untuk menjalankan kerja-kerja baik pulih untuk projek yang menelan belanja RM1.27 juta.

Mengapa Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia mengikat perjanjian dengan pihak ketiga dan sekali gus melanggar syarat bahawa kerajaan persekutuan tidak terikat untuk membayar RM240 juta dalam bentuk bon terbitan LKIM.