Kerana Syurgaku Dibawah Tapak Kaki IBU

Sunday, May 9, 2010

Selamat Hari Ibu untuk mak & ibu-ibu seluruh dunia

Sehebat manapun manusia, sebesar manapun kuasanya, setinggi manapun kejayaannya, masih tetap lahirnya dari seorang ibu dan dibuai juga oleh tangannya ibu.

Itulah besarnya fungsi seorang ibu yang seringkali diperlekehkan oleh generasi sekarang. Ibu hanya perlu apabila wang saku sudah kering, ibu dilupa bila anak sedang berseronok dan bersenang lenang. Kisah hikayat Melayu sahaja sudah banyak menujukkan secara simbolik tentang kuasa keramat seorang ibu. Hingga sumpah ibu boleh menukar kapal dan kelasi-kelasi Si Tanggang menjadi batu. Sumpah keramat ibu juga bisa buka bumi untuk menelan anak derhaka dalam Sumpah Semerah Padi.

Sedangkan nabi tunduk pada Ibu 3 kali dan yang ke-empat barulah kepada bapa. Mengapa naif sangat anak bangsa kita yang bukan sahaja mengatakan “Ahh” (seperti tegahan Allah dalam Al-Quran) malah lebih teruk lagi. Kes ibu ditempeleng anak sudah lumrah berlaku disekeliling anda, ibu dipukul anak juga sudah normal, ibu dikurung anak juga sudah biasa, ibu dibunuh anak juga semakin menjadi lumrah. Lumrah yang manusia cipta. Apabila sesuatu yang bathil terjadi di hadapan mata dan kita membiarkannya sahaja, lama kelamaan kebathilan itu akan dilihat seperti satu perkara biasa dan lumrah. Nau'zubillah.

Sempena hari ibu yang disambut seluruh dunia pada hari ini, di kesempatan ini saya ingin menzahirkan rasa cinta dan sayang saya kepada ibu saya melalui laman blog ini dengan ucapan Selamat Hari Ibu dan terima kasih ibu.... Ya Allah, ampunilah segala dosaku dan dosa kedua ibu bapaku. kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani sejak kecil lagi. Amin Ya Robb.. Kerana Syurgaku Di Bawah Tapak Kaki Ibu.

0 comments:

Post a Comment