Kempen Petisyen Online dan 10,000 Tandatangan

Wednesday, May 26, 2010

Kempen Petisyen Online dan 10,000 Tandatangan Desak UKM Gugurkan Pertuduhan Dilancar
Oleh Roziyah Mahamad (Emel penulis ini )

KUALA LUMPUR : Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) bersama-sama front-front mahasiswa yang lain melancarkan kempen petisyen online serta kutipan 10,000 tandatangan sebagai referendum mendesak agar segera menggugurkan pertuduhan AUKU terhadap empat mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang dituduh terlibat di dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor baru-baru ini.

Presiden GAMIS, Mohd Idris Mohd Yusoff juga mendesak pentadbiran UKM dengan segera menggugurkan pertuduhan AUKU terhadap empat mahasiswa tersebut. Petisyen online tersebut boleh dilayari melalui link http://www.petisyen .com/petitions/ view/40/referend um_bantahan_ 4_mahasiswa_ ukm_dikenakan_ auku.html

Menurut Idris, petisyen dan kutipan tandatangan ini seterusnya akan diserahkan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) serta pentadbiran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Referendum ini ditujukan kepada pentadbiran UKM dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi membuktikan suara bantahan daripada mahasiswa seluruh kampus yang bencikan tindakan zalim dengan menggunakan AUKU terhadap mahasiswa," kata beliau dalam kenyataan medianya.

Beliau yang mewakili GAMIS berharap kes ini merupakan kes yang terakhir di Malaysia dan meminta segera dimansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang menyekat dan menindas kebebasan mahasiswa.

Akta ini (AUKU) tidak lagi relevan kepada mahasiswa dan mencemarkan universiti sebagai pusat kebebasan aktiviti dan akademik serta sebagai sebuah gedung ilmu.

0 comments:

Post a Comment