Kempen Daftar Pemilih

Wednesday, December 23, 2009

Assalamualaikum w.b.t.

[23.28] "Kemudian apabila engkau dan orang-orang yang bersamamu telah berada di atas bahtera itu maka hendaklah engkau (bersyukur kepada Allah dengan) berkata: ` Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menyelamatkan kami daripada orang-orang yang zalim '.

Kepada para blogger PAS khususnya di kawasan Pasir Gudang dan kawasan-kawasan lain juga, harap dapat menyahut kempen pendaftaran pemilih baru.

Untuk makluman, berdasarkan daftar pemilih terkini sehingga Mac 2009, UMNO lebih terkehadapan dan agresif mendaftarkan pengundi dengan nisbah 10:1 (10 pengundi ahli UMNO, 1 pengundi ahli PAS).

Apa yang para blogger perlu buat ialah dengan meletakkan borang online daftar pemilih di blog masing-masing sebagai salah satu usaha kempen.

Caranya copy code html di bawah ini. Kemudian paste ke dalam sidebar/widget text html :

Image Hosted by Pas Gombak™


Ia akan kelihatan seperti imej di bawah. Saiz imej boleh dibesarkan atau dikecilkan pada ruangan Rich Text di sidebar/widget text html tadi, mengikut kesesuaian saiz blog anda (kalau nak lebih molek la..:)

Pengunjung blog boleh membuat pendaftaran pemilih dengan klik pada imej tersebut dan terus ke borang online.

Pendaftaran pemilih ini boleh dilakukan oleh seluruh rakyat Malaysia (21 tahun & ke atas), tidak kira di mana sahaja. Tidak semestinya yang tinggal di Gombak. Di luar dari Gombak pun boleh.


Selamat mencuba!. Usaha sehingga berjaya

0 comments:

Post a Comment