Hilang RM50 Juta, Macam Hilang 50 Sen

Wednesday, December 23, 2009

Assalamua'laikum

[30.41] Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).

Berita yang nendukakan hati pak cik dan mak cik era sebelum merdeka. Kita sanggup bergadai harta dan jiwa untuk sebuah kemerdekaan sampai tinggal sehelai sepinggang. Bila sudah merdeka enjin jet yang digunakan untuk mempertahankan negara hilang pun boleh wat dek je.. memang panas.

Kehilangan enjin pesawat pemintas F-5E bernilai kira-kira RM50 juta milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menimbulkan pelbagai persoalan terutamanya mengenai tahap keselamatan negara.


gambar hiasan

Menurut Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad,PAS berasa kesal dan bimbang terhadap tahap keselamatan negara atas kehilangan enjin pesawat bernilai kira-kira RM50 juta itu.

"Beberapa persoalan yang boleh ditimbulkan kepada kerajaan dan Kementerian Pertahanan. Kenapa sekarang baru kerajaan sedar tentang kehilangan enjin tersebut, sedangkan ia sudah berlaku sejak tahun 2007. Memang kita tidak faham tapi itulah hakikat yang berlaku.

"Apakah tahap keselamatan negara kita begitu lemah. Enjin kapal terbang bukan boleh diletak di dalam kotak mancis, macam mana enjin sebesar itu boleh dicuri dengan begitu mudah,?"soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, PAS yakin jenayah tersebut melibatkan orang yang berkuasa dan perlu disiasat dengan segera dan teliti.

"Kita tidak mahu yang ditahan hanya ikan bilis, sedangkan ikan jerung masih bermaharajalela. Jenayah ini amat memalukan negara kita di mata dunia, terutama di kalangan pelabur asing,"jelasnya.

Ustaz Idris juga berkata bahawa, peristiwa yang berlaku adalah jawapan kenapa indeks rasuah negara meningkat dari setahun ke setahun, contohnya pada tahun 2008 Malaysia menduduki nombor 47 manakala tahun 2009 meningkat pada nombor 56.

"Sebab itu PAS dan Pakatan Rakyat serius dalam menentang rasuah di negara ini kerana kita tahu bahana kepada negara dan rakyat.

"Keselamatan negara akan tergugat apabila gejala rasuah tidak dihapuskan dan ia merupakan ibu segala kejahatan dalam sebuah negara,"tegasnya.

Cerita yang saya petik dari Harakahdaily.net.

0 comments:

Post a Comment