Pesan Pada Diri..

Monday, October 26, 2009

Assalamua'laikum wbt.



      Manusia hanya akan beroleh ketenangan apabila fitrah atau rohaninya terisi, subur dan sihat. Yang dimaksudkan dengan kerohanian yang subur dan sihat ialah persediaan dan keteguhan hatinya untuk mengalahkan musuh-musuh batin, iaitu syaitan dan hawa nafsu. Musuh batin ini sangat payah untuk ditumpaskan jika kita tidak mempunyai persediaan asas yang lengkap.


      Oleh itu, hendaklah memperbanyakkan ibadah serta amalan-amalan sunat yang boleh membantu untuk meningkatkan diri di sisi Allah. Jadikanlah rasa kehambaan yang mendalam kepada Allah sebagai asas terhadap ibadah yang dilakukan. Allah akan menilai semua usaha-usaha tersebut jika dilakukan dengan ikhlas semata-mata keranaNya.

      Ia maha mengetahui akan segala rahsia - rahsia tersembunyi. Segala sesuatu yang di dalam hati manusia adalah miliknya jua. Berserahlah kepadaNya untuk mencapai ketenangan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat insyaAllah.

Doa Nabi Yusuff a.s ketika di dalam penjara:
"Ya Allah jika memang kehidupan penjara lebih bereti bagiku daripada dunia luar, maka aku lebih memilih tinggal di penjara tapi dekat dengan Mu daripada aku hidup bersama manusia pendusta..."

0 comments:

Post a Comment