Eidulfitri di Kampung..

Sunday, September 27, 2009


Assalamua’laikum wbt.

KELUARGA & SAUDARA MARA
“Budok-budok loni lebih suka gi jale rumah saing daripado gi jale rumoh worih”
Antara ngomelan nenek saudara saya semasa berkunjung ke rumahnya raya baru ni di Bunut Susu..Pedih sungguh memukul batang hidung saya sebab kadang-kadang saya pun macam tu juga. Rumah saudara-saudara dekat dengan rumah tak pergi lagi.. Rumah kawan-kawan yang di dahulukan. Tapi Salah ke? Mungkin dari sudut pandangan orang-orang tua nampak tak elok sebab sepatutnya saudara mara terdekatlah yang kita kena dahulukan. Walau bagaimanapun nenek saudara cakap
“mungkin budok-budok loni lebih rapat denge saing-saing sebab tu gapo-gapo pun saing dulu tapi kito jangela sapa tok kenal sdaro maro sdiri.”
Em memang betul cakap nenek saudara saya tu.. Alhamdulilah raya tahun ni meriah dalam bersederhana seperti tahun-tahun sudah juga maklumla saya orang kampung..meriah-meriah kampong je la.. Walaupun sudah empat tahun lebih merantau Alhamdulillah asal raya je tetap masih lagi di beri kesempatan beraya di kampung dengan keluarga cuma sedikit hilang serinya raya tahun ni kerana nenek sakit sejak kena strok 4 bulan lalu. Jadi nak gi jalan-jalan tinggal nenek sorang2 kat rumah tak bolehlah. Mak pun selalu tak sempat nak buat kerja-kerja dapur dan kemas rumah sebab nak kena uruskan nenek. Hendak je saya berhenti kerja dan cari kerja dekat dengan rumah tak pun susah-susah kerja sendiri jadi petani moden di kampong boleh tolong mak jaga nenek. Tapi mak tak yakin dan tak bagi..jadi tak sampai hati pulak nak bantah cakap. Walau bagaimanapun Alhamdulillah mak selalu je senyum dan tak pernah marah pun malahan selalu je bagi nasihat dan semangat. Itulah yang boleh menenangkan hati saya walaupun berada jauh di selatan tanah melayu. Moga mak dan ayah sentiasa kuat serta diberi kesihatan yang baik oleh Allah.
Raya ni juga merupakan kali kedua dapat bagi duit raya kat kanak-kanak dan orang-orang tua, memang puas hati bak kata Ustaz SaifulIslam.com ‘Erti Hidup Pada Memberi’ harapnya raya akan datang pun masih terus boleh bagi duit raya kat kanak-kanak dan orang-orang tua.. Bukanlah untuk menunjuk-nunjuk tapi sebagai amalan sedekah dan dorongan kepada kanak-kanak dan tanda ingatan kita pada orang-orang tua terutamanya saudara-mara terdekat. Moga Allah terus limpah dan murahkan rezeki saya sekeluarga.
KAWAN-KAWAN SEKOLAH.
Alhamdulillah, Raya tahun ni sekali lagi saya jadi tuan rumah untuk kali kedua, bagi program ‘reunion’ batch SPM2004 Al-Falah. Terima kasih mak sebab sudi dan sanggup menyediakan makanan untuk kawan-kawan saya walaupun dalam kesibukan menguruskan nenek. Ni lah kehebatan mak saya terlalu baik orangnya. Bukan nak puji mak sendiri tapi kalu tak puji mak sendiri nak puji mak sape lagi kan..
Selain beraya, borak sini sana, dan bertanya khabar kawan-kawan sekolah dulu kami sempat juga mengisi ruang yang ada dengan mendengar tazkirah dan berta’aruf walaupun dah lama kenal. Kami juga dapat mendengar tazkirah dari seorang sahabat yang sekarang tengah belajar di Yaman dan InsyaAllah beliau antara kawan batch SPM2004 Falahiah yang terawal yang akan mendirikan rumah tangga insyaAllah dalam bulan November ini nanti. Hebat dan kagum pada saudara Zaidi…tahniah ana ucapkan pada enta. Agak-agaknya sapela pulak yang akan menyusul ye lepas ni?
Dah jadi macam-macam rupanya kawan-kawan aku sekarang ni, ada yang dah habis belajar, ada yang tengah buat master dan akan bertunang, ada yang tengah belajar sem akhir, ada yang duk oversea tak dapat balik, ada yang dah kerja bank, kerja proton, kerja wat pelantar minyak, dan yang dah nak kahwin tak lama lagi pun ada Cuma yang dah ada anak belum ada lagi. InsyaAllah selagi ukhwah ni terjalin dan dunia belum kiamat bertambah ramailah yang akan hadir ijtimak kita nanti.. InsyaAllah nak-nak lagi kalau dah kahwin ada anak semua.. huh tak dapat bayangkan..
Kami juga telah bercadang untuk menubuhkan yahoogroup untuk alumni falahiah batch SPM 2004 ini kerana bagi memudahkan sebarang informasi dan untuk tahu perkembangan semasa kawan-kawan alumni falahiah batch SPM 2004. Satu cadangan yang cukup baik. Walau bagaimanapun satu lagi amanah yang terpaksa saya pikul sebab kena jadi moderator untuk yahoogroup ini tapi tak pelah asalkan korang bahagia.. Nak wat camne taka de orang sanggup tak sampai hati pula nak tolak.
SAHABAT-SAHABAT SEPERJUANGAN
Saya juga sempat menziarahi pensyarah saya dan sahabat-sahabat seperjuangan di kampus dulu terutamanya yang tinggal di Kelantan. Walaupun sudah setahun lebih tak jumpa tapi ukhwah yang terjalin tetap seerat dulu.. Sedikit berbeza raya tahun ni dengan raya tahun lepas, saya dan keluarga di datangi oleh ‘special guest’ walaupun baru kali pertama datang ke rumah kami, kemesraannya macam dah lama kenal..ni la keunikan masyarakat Kelantan didikan Tok Guru.. Moga persaudaraan kita berkekalan hingga ke akhir hayat..
Di kesempatan peluang dan ruang ini juga saya ingin mengajak diri saya dan teman-teman yang lain, dalam keghairahan kita menyambut aidilfitri jangan di lupa pada mereka yang kurang bernasib baik dan kepada kawan-kawan saya yang berada di seberang laut jangan sedih kalau tak dapat balik kampong beraya dengan keluarga dan saudara-mara sebab mungkin itu adalah tarbiyah Allah untuk antum. Antum adalah orang-orang hebat dan antara aset bernilai kepada agama dan Negara.. Teruskan perjuangan untuk Islam walau di mana pun kita berada.
29 + 6 = 360hari… Raya, raya juga tapu jangan lupa sama-sama puasa 6 di bulan Syawal pulak lepas ni..sebab berdasarkan hadis nabi sesiapa yang berpuasa sebulan di Bulan Ramadhan dan disusuli pulak 6 hari di bulan Syawal ganjarannya seolah-olah kita telah berpuasa selama setahun..so amacam?
Sekian..

0 comments:

Post a Comment