AMANAT KETUA LAJNAH TARBIYAH DPPNJ

Monday, September 14, 2009


Assalamua’laikum...
13 Sep 09 bersamaan 23 Ramadhan 1430H telah diadakan Iftar Perdana Dewan Pemuda Pas Negeri Johor peringkat zon Selatan yang bertempat di Kota Masai, Pasir Gudang..
Apa  yang nak saya kongsikan di sini adalah berkenaan dengan amanat Ketua Lajnah DPPNJ iaitu Ustaz Ibrahim Masran Al-Banjari.Antara kupasan beliau adalah Di penghujung Ramadhan Rasulullah pernah memberi peringatan kepada para sahabat Baginda supaya perbanyakkanlah ibadat kepada Allah di 10 malam terakhir Ramadhan ini moga kita diberi rezeki dipertemukan dengan malam al-qadar yang mana malamnya lebih baik daripada 1000 bulan dan Baginda berpesan juga kepada sahabat-sahabatnya melalui satu hadis baginda yang masyhur yang maksudnya lebih kurang rugilah manusia bila mana perginya Ramadhan mereka tidak mendapat keampunan dari Allah SWT.
Selain itu juga, Beliau telah memperingatkan kami tentang penghayatan puasa yang diperintahkan oleh Allah iaitu bermula dengan perkataan “KUTIBA” dalam al-quran yang membawa maksud tulis dalam lughah arab biasa. Walau bagaimanapun “KUTIBA” dalam ayat perintah puasa adalah telah difardhukan atau diwajibkan. Diwajibkan kepada kita untuk berpuasa sepertimana diwajibkan ke atas umat-umat terdahulu. Dan diakhir ayat itu Allah manyebut tentang “LA’LLAKUM TATTAQUN” iaitu supaya kamu bertaqwa.
 Kemudian ustaz Ibrahim menghuraikan pula tentang TAQWA dari sekecil-kecil peringkat taqwa kepada sebesar-besar peringkat taqwa. Sekecil-kecil peringkat taqwa adalah pada lafaz “LAILAHAILLALLAH”. Peringkat ini adalah peringkat masyarakat umum yang susah untuk faham tentang TAQWA.  Seperti yang kita selalu dengar dalam khutbah jumaat bila mana khatib menyeru jemaah supaya bertaqwa iaitu yang maksudnya lebih kurang ‘Wahai orang-orang yang beriman berTAQWAlah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar “TAQWA” dan janganlah kamu mati selain dalam Islam. Bila mana turun ayat di atas para sahabat menangis. kerana apa? Kerana susahnya mengenang maksud taqwa, lalu para sahabat berjumpa dan mengadu pada rasulullah.
 Maha adilnya Allah, Allah menurunkan pula ayat lain bagi menjelaskan tentang jalan-jalan Taqwa. Antara jalan Taqwa tersebut adalah puasa. Walau bagaimanapun berdasarkan dalil naqli pahala puasa ini hanya Allah yang akan mengganjariNya sedangkan pahala-pahala lain kita tahu bila mana datangnya ramadhan,jika kita buat amalan-amalan sunat akan dikurniakanNya seperti ganjaran amalan wajib dan gandaannya mungkin boleh mencecah sehingga 700kali ganda dan mungkin lebih. Tetapi untuk pahala puasa malaikat tidak dapat mencatitnya kerana tidak layak untuk malaikat mencatitnya hanya Allah saja yang akan mengganjari pahala puasa kita. Ini bermaksud pahala puasa ini terlalu besar di sisi Allah untuk kita.  
Tambahan lagi, Ustaz Ibrahim juga telah menceritakan tentang bagaimana beruntungnya menjadi umat nabi Muhammad SAW terutamanya bila mana tibanya hari seluruh makhluk ini dihimpunkan di padang mahsyar kelak. Kecintaan yang tinggi Nabi Muhammad SAW kepada umatnya seperti yang dirakam dalam buku – buku sirah yang suka untuk saya petik di sini adalah seperti berikut:
 'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah   dengan suara yang amat lemah.  
'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.
 
'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu, ' kata Jibril.
 
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi.
 
'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?'
 
'Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah
  berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat   Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.  
Dialog di atas adalah sebahagian dialog Rasulullah dengan Jibril di saat Rasulullah akan dipisahkan ruhnya dari jasadnya. Di saat itu masih sempat lagi Baginda memikirkan tentang umatnya. Bagaimana dengan kita? Sangat terharu rasanya bila menghayati saat itu. Tapi malangnya umat Rasulullah ini jarang ingat padanya. Pesan Ustaz Ibrahim lagi banyakkanlah berselawat kepada Rasulullah selagi mana masih diberi peluang dalam kehidupan ini kerana di akhirat kelak di saat - saat rasul lain tidak mampu memberi syafaat kepada kita hanya Rasulullah sahajalah yang dapat memberi syafaat kepada kita dan insyaAllah jika kita banyak ingat kepada Baginda dengan berselawat kepadanya rasulullah juga akan ingat kepada kita.
Setakat ini sahaja yang dapat saya sampaikan kerana masa tidak mengizinkan. Semoga sedikit peringatan ini mampu memberi manfaat kepada kita semua.
Fastabiqul khairat
Sekian…

0 comments:

Post a Comment